5 perkara unik tentang Jepun

Last updated : March 6, 2015

5 perkara unik tentang Jepun telah aku tulis pada post yang terdahulu iaitu “Jepun sebagai destinasi pelancongan utama.“. Aku tak sangka contest yang kedua ini, aku perlu bercerita mengenai keunikan Jepun. Mula-mula memang tergamam, sebab tak tahu nak tulis apa lagi pasal keunikan Jepun tapi tak lama lepas tu, bersemangat terus! Haha.

Kenapa bersemangat? Sebab aku memang suka Jepun! Jadi, kali ini, aku akan cerita dengan lebih detail mengenai uniknya Jepun sebagai negara Asia berdasarkan post yang terdahulu. Kenapa tak tulis lain mengenai keunikan Jepun? Sebab 4 perkara tersebut merupakan perkara yang paling aku minat apabila bercuti ke Jepun. Tetapi post kali ini, aku akan tambah lagi satu perkara yang unik tentang Jepun memandangkan contest ini diminta untuk menyenaraikan 5 perkara.

Orang selalu tanya, kenapa minat Jepun? Okay. Aku akan start cerita. Pada posting Jepun sebagai destinasi pelancongan utama, aku hanya cerita sikit sahaja mengenai 4 Keunikan Jepun Sebagai Destinasi Perlancongan. Jangan risau okay semua. Kali ini,  Aku akan cerita dengan lebih detail lagi.

5 perkara unik tentang Jepun

1. Pakaian Tradisional

Bagi aku, cara rakyat Jepun berpakaian tradisional adalah sangat menarik. Kalau cerita detail pasal pakaian diorang, memang penat nak tulis. Tapi menarik! Sebelum ini, aku ada cerita mengenai maksud Kimono secara ringkas sahaja. Kali ini aku akan terang dengan lebih detail lagi. Kimono adalah pakaian tradisional Jepun. Pada abad ini, Kimono hanya dipakai di majlis rasmi. Kelebihan memakai Kimono adalah kau akan tampak anggun, comel dan elegan. Ada banyak jenis kimono untuk dipakai pada masa yang berlainan dan pada waktu-waktu tertentu. Itulah uniknya Jepun!

furisode jepun yang unik

Kalau nak ikut tradisi, perempuan yang belum berkahwin akan pakai Kimono jenis furisode (lengan berayun) yang macam gambar kat atas ni. Panjang lengan dia adalah 110 cm. Panjang gila kan? Ok. Aku punya mesti ada lengan sepanjang 110 cm. Baru remaja! Tapi ingat. Lengan tu bukan untuk kauorang kibai-kibai tau. Haha.

Kalau musim sejuk pulak, rakyat jepun selalunya akan pakai kimono yang diperbuat daripada kain bulu biri-biri.

Untuk pengebumian pulak, lelaki dan perempuan di Jepun masing-masing akan pakai kimono hitam.

Korang semua pernah tengok Yukata tak? Yukata ni pakaian tradisional jugak tapi lebih kepada versi kasual. Rakyat Jepun selalu pakai yukata selepas mandi. Kalau tengok drama-drama Jepun, korang akan nampak ramai orang Jepun pakai Yukata di rumah-rumah tumpangan tradisional. Yukata ni diperbuat daripada fabrik seperti kapas. Kira macam tuala mandi jugak la. Tapi tak semua Yukata macam ni tau.

Nagajuban pulak adalah jubah tapi dia ambil bentuk kimono. Kira macam Jubah versi Kimono. Sebelum pakai Kimono, diorang akan pakai Nagajuban dulu. Disebabkan sutera susah nak dibersihkan sebab tu diorang pakai Nagajuban dulu baru pakai Kimono untuk mengelakkan contact antara sutera dan kulit. Nagajuban biasanya warna putih kalau tak silap aku laa. Cuba korang tengok video bawah ni. Nanti mesti korang faham.

keunikan-pakaian-Jepun

Pakaian Lelaki:

Haori – Kalau lelaki Jepun pakai kimono, Kimono diorang jenis loose-fitting. Dulu lelaki je yang pakai Haori, tapi sekarang aku ada nampak perempuan pun pakai. Haori ni ringan dan kalau tengok betul-betul, Haori ni macam sejenis kot. Cuba tengok gambar atas. Macam kot kan? Haori ni fungsi dia sama macam Nagajuban perempuan jugak,  untuk menjaga kimono supaya sentiasa dalam keadaan bersih.

Himo haori – Sejenis tali leher. Biasanya tali tenunan. Comel kan?

Hakama – Sejenis skirt. Unik kan lelaki pakai skirt?  Masa dalu, yang selalu pakai hakama adalah samurai. Yang uniknya adalah mereka pakai Hakama sebab taknak pihak lawan melihat pergerakan kaki mereka. Bijak betul! Haha.

Tabi – Sejenis stokin tradisional Jepun. Jangan main-main. Stokin pun bukan cincai tau. Stokin diorang ada pemisahan antara ibu jari kaki dan seluruh jari-jari kaki. Senang kalau nak pakai selipar. Eh bukan selipar ya. Tapi sandal.

Zori – Sandal rata. Masa first time tengok Zori, nampak macam terompah pun ada.

Perempuan:

Obi – Macam tali pinggang. Ada banyak cara untuk buat ikatan Obi. Bukan ikat reben hadiah tau. Korang boleh tengok video kat atas, tengok macam mana orang dalam video tu ikat obi. Obi boleh diikat dengan pelbagai knot (musubi). Cara ikatan ni mempunyai makna masing-masing. Orang dulu-dulu percaya knot ni untuk menjaga roh-roh jahat.

Obiage – Macam bantal dan digunakan untuk menyokong ikatan daripada obi. Obiage ni penting kalau lelaki nak tahu status perkahwinan seseorang. Perempuan yang tak kawin lagi akan pastikan obiage yang diorang pakai tu dapat dilihat oleh orang lain. Kalau perempuan yang dah kawin, mereka akan menyembunyikan obiage diorang. Menarik kan?

Obijime – Tali yang diperbuat daripada sutera, satin, dan macam-macam lagi.

Obidome – Perhiasan.

Kanzashi – Sepit rambut. Sepit rambut pun bukannya cincai tau. Diorang akan pakai sepit rambut mengikut bulan atau musim tahun tersebut. Aku selalu nampak geishas dan maikos je yang pakai Kanzashi ni. Sebab diorang kan selalu pakai Kimono lebih kerap kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

2. Japanese Village

Kalau tengok pemandangan dari jauh, Japanese Village kelihatan sangat comel. Bentuk rumah dia macam dalam kartun. Serius Comel! Pernah tak korang menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi, Pahang? Di sana juga ada Japanese Village tau. Bila pergi sana, korang boleh cuba memakai pakaian tradisi Jepun seperti Baju Kimono dan Baju Samurai sambil menikmati pemandangan yang seolah-olah korang berada di Jepun. Japanese Village merupakan tempat pertama yang aku nak pergi. Walaupun kat Malaysia ada Japanese Village, tapi aku nak rasa sendiri bagaimana suasana sebenar Japanese Village di Jepun.

Orang Malaysia memang akan panggil “Japanese Village”. Sebab ada “Japanese Village” kat Bukit Tinggi. Tapi kalau kat Jepun, diorang panggil Shirakawa Village. Perkampungan comel ni telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi jangan pelik kalau aku teringin sangat nak pergi sana. Kalau korang tengok bumbung rumah diorang, curam kan? Ianya berfungsi untuk melindungi mereka daripada salji lebat. Aku pelik. Macam mana diorang bina rumah tu ya? Cuba korang tengok salah satu video yang aku cari kat bawah ni, cuba korang kaji rumah tu. Cer tengok betul-betul. Unik kan?

Water is sprayed at Shirakawa-go World Heritage site

SONY DSC

rumah jepun terunik

Shirakawa-go, Gifu Prefecture, Japan --- Image by © Hiromi Morita/Aflo/Corbis

3. Harajuku

Aku terus terang eh? Urm. Sebenarnya aku sangat suka dengan anime. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, aku pakai Pinafore. Tapi tu tak cukup anime. Aku tak tahu kenapa aku suka watak-watak kartun yang sangat comel. Straight to the point, aku juga suka tengok orang pakai cosplay. tak kira lelaki atau perempuan. Dan aku juga suka tengok perempuan pakai baju cheerleader. Nak kata gila, tak gila lagi. tapi aku tak tahu kenapa aku suka pakaian yang comel dan gila seksi. Hahaha.

Dekat Malaysia ni ada je event yang membolehkan aku tengok perempuan-perempuan comel pakai cosplay. Tapi aku tak tahu kenapa aku paling nak tengok orang Jepun yang pakai. Sebab orang Jepun ni mostly muka diorang pure cantik, licin dan gebu gebas. Bila diorang pakai cosplay, kebanyakkannya menjadi. Sebijik jadi! Aahhhh nak jugak! Korang agak lah kan, kalau kawin nanti, bila aku pakai benda-benda ni, laki aku lari tak? Hahahaha.

Jadi, aku memang nak sangat pergi Harajuku. Sebab satu je. Aku nak tengok anime-anime ni berjalan di kaki lima. Haha.

Takeshita Street jepun

kawaii hair wigs harajuku fashion toupee wig japenese cosplay

Minah saleh yang gambar first tu pun join. Comel kan diorang-diorang ni 🙂

4. Kereta Api Berpeluru

kereta api berpeluru

Okay. Sebenarnya macam ni. Masa sekolah dulu, kereta api ni merupakan salah satu kebanggaan. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu asyik cerita pasal kereta api ni. Dengar cerita orang, memang boleh nganga mulut. Bayangkan, aku hanya naik kereta api dan monorel bila aku umur 18 tahun. Itupun sebab aku study UPSI dulu. Impian aku start daripada aku kecik lagi nak naik kereta api ni. Sekali pun jadi lah.

Dapat merasa sekalipun jadi lah. Sebab nanti aku nak jadi macam cikgu aku pulak. Aku akan cerita pasal kereta api Jepun ni kat anak-anak murid aku. Haha.

5. Empat Musim

Jika lihat pada tajuk, “5 perkara unik tentang Jepun”, sudah tentu perlu tambah lagi satu perkara. Dan semestinya aku memilih Jepun sebagai destinasi perlancongan adalah disebabkan Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai empat musim.

jepun ada 4 musim

musim luruh yang best

musim panas kat jepun

salji unik

Sebab keunikan yang ada ini lah yang membuatkan Jepun sebagai negara yang aku ingin lawati.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

4 Comments

  1. bila lah dapat pergi ke jepunn.. harap harap ada lah rezeki nantii.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/5-perkara-unik-tentang-jepun.html/trackback

PAGE TOP