BILA MAK MURID BUAT KERJA RUMAH UNTUK ANAKNYA !

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa!

Mood
     Baru tadi aku buat entry kat sini, pergi perpustakaan, minta murid-murid hantar kerja sekolah masa cuti haritu, tahu apa terjadi ?? Diorang hantar buku, ada yang hantar, lepas tu kosong. Okay fine! Bila ditanya, kenapa tak buat, “Eh! Kena buat ke cikgu? saya lupa cikgu“, “Saya buat dekat dalam kertas, kertas tertinggal kat rumah“. Nampak permainan mereka ?? Ni baru darjah 4.
     Ada pulak masa aku semak buku satu-satu, ada seorang budak ni tulisannya tak ada lah lawa sangat, tapi comell comell gitu macam tulisan aku. HaHa. Yang peliknya, tulisan SEBENAR dia macam tulisan ayam  yang tengah cakar-cakar tanah. Aku pun pelik. Apa lagi, bila disiasat, rupanya maknya buatkan. Baik maknya.
     Apa yang aku buat ? Aku suruh dia padam balik apa yang mak dia tulis, kemudian buat balik kat rumah. Aku cakap dengan nada yang sopan sambil betulkan tudung sehingga tampak ayu dan manja, okay muntah!! Aku marah ? Mesti lah tak. Aku cakap elok-elok.
p/s : Geram tu geram tapi suka tak kalau dapat cikgu macam aku ? HaHa

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/BILAMAKMURIDBUATKERJARUMAHUNTUKANAKNYA.html/trackback

PAGE TOP