Cikgu ada jerawat!! Tu bukan jerawat ke? Cikgu ada jerawat eh?

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa!

Hari ini masuk hari keempat jadi cikgu di sekolah tet! Best atau tak? Mesti lah best!. Jadi cikgu femous amos gila tak best. hik hok. “Eh ini cikgu baru eh?” ‘Eh cikgu baru la!

Pergi mana-mana jer mesti ada orang akan cakap macam tu. Takpun tunduk sambil cakap “assalamualaikum cikgu“. Dulu aku kena buat macam tu, hari ni aku terima macam tu. Pergi mana-mana jer murid-murid mesti pandang.

Masuk je kelas darjah 1. Ada seorang murid datang kat aku nak ambil kertas lukisan. “Eh cikgu ada jerawat“. Aku diam. “Cikgu ada jerawat!!”. Aku diam. “Tu bukan jerawat ke?”. Aku diam. “Cikgu ada jerawat eh?”. Hey! Bila nak habis? Tahu lah jerawat ni besar sikit. Nampak aje budak ni. Tension betul aku.

Sekarang ni murid-murid ni tengah exam. Ada seorang budak ni buat karangan mengenai cita-cita saya. Dia kata dia nak jadi pramugari. Sebab apa?? Sebab boleh pakai skirt dan blouse.. Haha.. Kecik-kecik pandai dah. Aku teringin nak suruh budak-budak ni buat karangan bebas. Cerita lah pasal mimpi ke apa. Nanti part yang lawak aku letak dalam blog okay.

 

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/CikguadajerawatTubukanjerawatkeCikguadajerawateh.html/trackback

PAGE TOP