PUISI MENYENTUH PERASAAN LUAHAN ISTERI ASHRAF MUSLIM

Last updated : October 28, 2013
Assalamualaikum… Tak jawab berdosa!
 
     Bicara Noor Dayana 1st wife Ashraf Muslim.. Bila aku baca, serius tersentuh. Kalau jadi macam ini time kapel kapel pun sampai boleh menyebabkan pergaduhan 2 orang minah bersama-sama sekutunya sambil tarik-tarik baju sehinggakan tertanggal baju dalam, rambut kalau boleh seluar pun nak ditarik-tarik, ini pula kisah rumah tangga.
 
 
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
 
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
 
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
 
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
 
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
 
Tak usah bicara tentang dia
Kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia
 
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
 
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan… 
 
 

ini bukan puisi yang dibuat beliau.. terima kasih 🙂

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/PUISIMENYENTUHPERASAANLUAHANISTERIASHRAFMUSLIM.html/trackback

PAGE TOP