SIAPA SEBENARNYA LELAKI PARODI SHAE "SAYANG"

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum… Tak jawab berdosa !



Temubual dengan Bobo



     Siapakah agaknya lelaki yang menyanyikan lagu parodi berjudul “Sayang” nyanyian Shae di laman YouTube sehingga mencetuskan viral di media sosial tersebut sejak pertengahan bulan lalu. 
 
     Menerusi sesi temubual yang dijalankan oleh Anwar Abdullah @ Kaio, Bobo menyatakan bahawa dia menghasilkan video berkenaan secara suka-suka dan langsung tidak menyangka video tersebut menjadi perhatian umum sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi dikalangan penonton.
 
     Sebenarnya memang daripada dulu lagi suka buat video macam itu. Miming, buat gila-gila bila bosan dan sebenarnya semuanya dilakukan secara spontan.
 
     Memang saya tak sangka langsung dan terkejut juga sampai macam itu sekali video ini boleh tersebar. Sampai keluar dekat TV semua.
 
     Menjawab mengenai pelbagai kritikan negatif yang dilemparkan keatas dirinya, Bobo akui dirinya sememangnya dilahirkan sebegitu dan berharap agar penonton tidak memandang serong terhadap dirinya selepas ini. Janganlah tengok pada luaran dan suka hakimi orang. Kenal dulu orang itu betul-betul. Memang saya dilahirkan macam ini.
 
     Bagi anda yang nak dengar dan lihat sendiri temubual Kaio dengan Bobo, jom layan video di bawah ini. Diharapkan segalanya terjawablah ya.
 
 
Ingin lihat video temubual dengan lelaki ini 
> > KLIK SINI < < 


P/S : He’s normal person ^.^

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/SIAPA-SEBENARNYA-LELAKI-PARODI-SHAE-SAYANG.html/trackback

PAGE TOP