VIDEO: Kim Jong Kook wish Selamat Hari Raya!

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa!

     Tadi saje lalu lalang kat wall abang kachak Anas Fiqrie, tetiba jumpa video Actor Kim Jong Kook. Sejak 2 menjak aku duk asyik tengok running man ni, semakin gian pulak. Dalam ramai-ramai, aku paling suka kwang soo. Memang kalau nak diikutkan dialah pengkhianat terbesar negara Running man, tapi kalau tak ada dia, rasanya tak dengar ngilai tawa aku kalau tengok perangai dia. Ngilai? Tragis Tragis.
     Aku tak boleh nak download tapi videonya ada di facebook ! 😀
     Mesti kalau yang kipas mati mamat ni, mesti akan jerit argghhhh!! Jong Kook!!! Joong Kok!! Arghhh!! Aku? Oupss! Sorry.. Aku tak macam tu..

Walaupun agak lambat dan mungkin dikira basi, Tapi tetap nak wish jugak “Selamat Hari raya maaf zahir dan zahir kepada semua reader blog aku ni. Walaupun blog ni cikai-cikai, Walaupun visitor tak pernah lagi cecah puluh ribu dalam sehari, walaupun Blog ini tak omei-omei tapi andai penulisanku mengguris hati, menyiat-nyiat bentuk love dalam body korang, aku minta maaf dari hujung helaian rambut sampai hujung kuku kaki. Tak kesah lah panjang kuku tu sampai 10cm, aku tetap nak minta maaf 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/VIDEOKimJongKookwishSelamatHariRaya.html/trackback

PAGE TOP