Aku Bukan Tak Sayang Tapi …..

Last updated : April 5, 2015

Aku anak sulung. Dan aku tak reti nak tunjuk kasih sayang pada ibu bapa mahupun adik beradik. Aku tak kata anak sulung semua macam tu. Tidak. Aku sekarang sedang cerita kisah hidup aku. Apa yang aku nak tulis, supaya kauorang tidak jadi seperti aku.

Aku tak tahu kenapa aku tak reti tunjuk yang aku take care pasal orang lain. Which mean  tanya khabar, tanya dah makan ke belum, wish birthday, itu bukan diri aku. Aku bukanlah orang pertama wish birthday pada keluarga aku. Walhal, beberapa hari sebelum tu aku dah accited. But that day, untuk aku bangun pagi, senyum dan sebut “Happy Birthday” tersangatlah susah. Dan aku akan wish birthday “nampak acuh tak acuh” dengan nada yang perlahan, tapi sebenarnya aku serius. Aku sayang mereka tapi aku malu nak tunjuk yang aku sayang adik-adik aku, mak ayah aku.

Aku lebih suka tujuk rasa sayang tersebut melalui perbuatan. Tapi bukan percakapan. Dan aku sangat-sangat pelik bila adik aku yang study UITM Arau call ayah aku lebih daripada 5 minit. Dan tersangatlah pelik bila dia call hari-hari. Aku sangat-sangat pelik. Dan bila dia call pulak, handphone tersebut akan pass-pass ke orang lain. Mula-mula cakap dengan ayah, lepas cakap dengan ibu, lepas tu adik yang ke-3, ke-4 then ke-5, then pass balik kat ayah, then kat adik yang tu pulak, lepas tu pass pada adik yang ni pulak hanya semata-mata nak tanya “Tengah buat apa?”, “kau sekolah tak tadi?” dan bla bla bla.

Bila dia nak cakap dengan aku, automatik kalau aku tengah buat something, then i will refuse untuk bercakap dengan dia sebab aku tengah sibuk. Sibuk yang teramat sangat. Bukan sebab malu, tapi aku tak tahu nak cakap apa. Bila dia kata penting, aku akan jawab acuh tak acuh. Dan kalau lama, telinga aku cepat penat then aku akan tanya “kau telefon lama-lama kenapa? Aku tak faham betul.” <—- Baca dengan nada pelik bukan marah.

Aku sayang tapi untuk aku tunjuk sayang aku melalui percakapan, sangat-sangat susah.

*Tapi aku start ubah perangai sikit-sikit.

Semua kisah di dalam blog ini adalah pengajaran untuk semua. Andai kau kata aku teruk dan hina, maka jangan jadi sepertiku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/aku-bukan-tak-sayang-tapi.html/trackback

PAGE TOP