AKU RASA MAK AYAH MEMANG KENA GARANG

Dulu, masa aku zaman remaja, manusia yang paling aku takut adalah mak dan ayah aku. Actually, masa aku sekolah rendah pun. Memang diorang garang gila. Rotan dengan hanger sampai berbirat badan, kena penampar, menangis sampai tak ada suara sebab kalau bersuara, aku kena lagi. Emosi tak payah cakap lah, memang sakit mental bila ayah aku mengamuk. Dia balingnya barang yang dekat dengan dia, dengan mata dia yang penuh dengan amarah. Waktu tu, kalau diuji perkembangan emosi aku, memang dalam kategori tak normal. Hampir semua aku takut, sebab garangnya ayah aku.

Kalau korang cakap zaman dulu tak macam sekarang, now aku nak bagitau, hidup aku walaupun lahir tahun 90-an, waktu aku sekolah rendah aku dah pandai guna laptop. Sebab mak aku kerja cikgu, dia dapat laptop daripada kerajaan. Laptop yang berat + besar dengan internet yang disambung daripada telefon rumah. Bayangkan waktu tu, aku ada line internet. Nak godeh2 internet dan search yang bukan-bukan, senang sangat. Macam budak-budak sekarang. Tapi aku ni naif. Tak ada nak buat yang bukan-bukan. Sebab aku takut gila dengan mak ayah aku.

Kalau korang cakap, zaman sekarang banyak apps lucah, waktu aku even tak ada apps, aku senang je dapat game. Kami siap share game melalui CD. Game pun ada bahan lucah okay. Ada 1 game ni, aku tak ingat game apa, bila kau dah habis main game ni, part last game, akan keluar kartun “Cara lelaki dan perempuan beromen”. Dia ajar ikut step. Masa mula-mula aku tengok, terkebil-kebil jugak, Sebab tak faham.

Pengaruh kawan 1 hal lagi. Mak aku tak bagi berkawan dengan jiran sederet rumah aku. Sebab perempuan ni, siap bawak kawan-kawan lelaki lepak rumah dia waktu persekolahan siap tengok movie lucah ramai-ramai. Kat sini aku pelik, yang nak tengok ramai-ramai kenapa? Tak malu ke dengan kawan sebelah. Kau duk stim sekor-sekor, then kawan sebelah kau tengok, tak ke nanti kena bahan? Lagi 1 yang aku pelik, kes rogol beramai-ramai. Kenapa nak rogol perempuan ramai-ramai? Tak malu ke nanti partner sebelah kau nampak kau punya? Haha. Tapi bila fikir balik, dah kalau merogol anak orang, mesti jenis muka tak tahu malu. So, ada kebenarannya juga kalau dia pun dalam kategori tak malu kalau partner crime dia nampak dia punya. Haha. Atau aku yang fikir lebih-lebih?

Kat sekolah pulak, aku kawan dengan kawan-kawan yang baik bagi aku, tapi tidak bagi orang lain. Walaupun kawan baik, aku tetap tahu kerja-kerja mereka di luar sekolah. Tapi aku kategori bernasib baik, sebab aku sekolah di sekolah yang semuanya perempuan. Tak ada lelaki langsung melainkan cikgu dan staf. Dan walaupun kawan-kawan aku orang kata teruk, at least mereka ‘jaga’ aku. Nasihat aku. “Amal, kau jangan mula main dengan lelaki“. Dan, tak ajak aku pergi balik rumah diorang untuk tengok video lucah. Dan, kalau tengok video yang bukan-bukan kat henset masa waktu sekolah, tak ada pun mengajak aku. Cuma, diorang akan bahan aku gila babi sebab aku tak matang. Kematangan waktu itu berdasarkan keupayaan kau untuk tengok video lucah. Kalau kau tak reti atau tak suka tengok, memang kau budak lagi. Ada faham?

Kalau ayah dan mak aku tak garang waktu dulu, aku rasa, aku terikut dah kawan-kawan aku. Sebabnya, bila keluar dengan lelaki, punya la takut macam kejap lagi nak masuk kubur. Sebab tu aku hanya membontot kawan-kawan aku bila keluar dengan balak mereka. Dan aku, masih sendiri sebab takut kantoi dengan mak ayah aku. Aku rasa, kalau mak ayah aku tak garang, aku rasa aku tak jadi orang. Aku mesti taknak belajar. Aku mesti jadi macam kawan-kawan aku.

Tapi sekarang, mak ayah aku dah kurang garang. Dan aku nampak perbezaannya. Bila diorang garang waktu kami kecik, sekarang boleh nampak, anak-anak yang diorang marah ni, ada hala tuju dan masa depan. Tapi bila mak ayah aku tak garang dengan adik-adik aku yang hujung-hujung ni, diorang boleh buat apa je. Tak takut pun. Dan aku boleh nampak, yang diorang tu bebas nak buat apa aje. Dan aku paling takut, nanti diorang tak macam aku.

Sebab tu aku rasa, mak ayah kena garang dengan anak mereka. Walaupun pada zaman sekarang. Kalau dulu boleh, kenapa tidak sekarang.

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/aku-rasa-mak-ayah-memang-kena-garang.html/trackback

PAGE TOP