AKU SEORANG PEMALU ATAU MEMALUKAN?

Arwah Ayah aku dulu pakai lori sampah daftar aku (KONVO). dia nak parking kat luar, aku kata, kita parking kat dalam seperti orang lain…al-fatihah buat abah….anak mu tak pernah malu ber abah kan mu… Rindu saat mengutip sampah bersama mu….

Aku ingat lagi masa darjah 2. ayah aku ambil aku kat sekolah agama naik motor vespa kaler hijau milik atuk aku. Ya Allah!! Malu betul aku masa tu. Motor vespa kut. Aku nak naik kereta. Bukan motor buruk zaman tu. Masa tu semua budak-budak pandang aku. Aku tutup muka. Aku marah ayah. Ayah aku gelakkan aku sampai sekarang. Dia siap cerita lagi kat orang lain “aku malu nak naik vespa atuk aku“.

Yang kedua, Ayah aku ambil aku naik lori bomba yang besar gedabak, yang lori untuk padam kebakaran. Korang bayangkan lah, masa sekolah rendah dulu, budak-budak ni semuanya ketot-ketot, kecik-kecik, pendek-pendek, jadi bila semua tengok lori yang gila besar tu, semua menganga dan mendongak dengan tingginya sebab nak tengok lori tu. (Budak dulu memang kecik dan pendek, tak macam budak sekarang, darjah 3 dah sama saiz macam aku). Semua tengok aku naik lori tu. Perasaan aku masa tu, aku tak tahu. Sama ada malu atau kagum. Tapi yang pasti, perasaan kedua-duanya ada.

Yang ketiga, pasal motor ayah aku. Motor tu memang agak retro kut sebab motor masa sebelum dia kawin lagi. (Bukan motor yang cermin bulat) Tapi ada sampai sekarang. Motor orang lain, siap rosak-baiki-rosak-baiki, tapi motor ayah jarang nak rosak-baiki. Cuma yang rosak sebab no plate, lampu depan, cermin sisi.. Tu semua kerja anak-anak dia. Tak ada orang lain. Aku malu nak naik motor tu kalau nak pergi kerja atau nak bawa ke USM (contoh la). Sebab motor tu lawak, sebab tu aku taknak bawak. Tapi kadang-kadang tu dia ada tanya aku “akak taknak bawak motor ayah tu ke?“. Terus terang aku cakap taknak.

Sekarang aku rasa macam, “Eh! Naik vespa tu smart lah beb. Dan kau naik lori bomba tu patutnya bangga. Anak-anak orang lain siap jelous dengan kau sebab tak dapat naik. So bersyukur lah.” Tapi yang part motor ayah aku tu, urm, malu lah. Sebab orang lain punya motor dah tak pakai motor macam tu dah.

Bila aku tengok ayat kat atas daripada seorang pengomen dalam facebook, aku terus rasa macam something. Dia tak malu pun bila ayah dia bawak lori sampah masa nak datang konvo dia. Bagi aku, kalau daripada mula kita hidup senang, bila nak “guna” yang susah, mesti kita malu. Sebab kita asyik fikir “apa yang orang lain fikir/tengok mengenai kita” dan bukannya “apa yang allah fikir/tengok mengenai kita”

Astaghfirullahalaziim.. Nak Insaf.

P/s: Kelmarin, satu family datang USM untuk hantar bubur yang diletakkan di dalam tupperware convex. Baru perasan, dah seminggu lebih tak sihat.

6 Comments

  1. Pertama: Syafakillah. Semoga cepat sembuh.
    Kedua: Betul. sekarang ni kalau boleh kita nak senang je. Kalau boleh kita tak nak ayah kita malukan kita. Tapi kita tak pernah fikir, selama ni apa yang kita buat, adakah semuanya sempurna? Pastikah kita bahawa kita tak pernah malukan ayah kita? Secara langsung mahupun tidak. Kalau dulu, Syaza naik vespa bangga. sebab tak semua org ada vespa. Hehe. 😉
    [nama] recently posted…Esok Gradding!!!My Profile

  2. Nurul Fazreen Othmansays: Reply

    cerita yang menarik. Pengajaran untuk kita semua.

    • tahu tak pe… tapi kan.. kadang-kadang, bila hilang baru kita nak hargai 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/aku-seorang-pemalu-atau-memalukan.html/trackback

PAGE TOP