AKU, SPM DAN A+

Last updated : May 4, 2014

Hari ni semua sedia maklum, result spm keluar. Kalau korang tak dapat g ambil result pun, boleh je check result spm korang tu kat handphone. Sekarang zaman canggih. Semua dijari. Kalau dulu, semua dikaki..

malas-study-selalu-lepak-dengan-kawan

Aku mula dulu dengan PMR. Straight to the point, aku PEMALAS. Study ikut suka hati. Lepas tu bajet setiap result dapat A. Hampeh! Semunya gara-gara selalu hangout, aktiviti lagha, lepak, berbual kosong dan semuanya berkaitan dengan ‘kawan. Pada waktu tu adalah waktu untuk enjoy. Kata orang “Budak baru nak up”. Ada banyak benda baru nak explore. Dan sekarang aku tetap tak menyesal. Sebab ianya Fun!

Masa nak exam PMR, boleh lagi tengok cerita ‘Hanazakari no Kimitachi e’. Study ? Study atas angin je. Tapi masa tu aku agak, aku boleh dapat banyak ‘A’. Bila result keluar, aku dapat 2 ‘A’. Dan bila ambil result, aku relax je, boleh lagi nak keluar hangout bagai. Sampai Mother ‘M suh balik. Aku pun berhenti tepi jalan, Mother ‘M’ datang ambil aku. Bila dia tengok result, aku agak dia kecewa kut.

Masa form 4, Lagi lah enjoy! Kelas tak masuk, duk lepak dalam bilik kaunseling. Kejap masuk kelas, sekejap tak masuk kelas. Sampai ustazah suruh budak ‘baik’ panggil kita orang yang ada dalam bilik kaunseling ni, untuk masuk kelas. Fuh~ Boleh agak, bingit jugak lah telinga lepas tu. Tapi tetap cool ~

Masa tingkatan 5… Jeng jeng jeng….. Aku berubah. Semuanya gara-gara masa kelas tambahan Sains, cikgu ajar teknik menjawab Sains yang senang. Kalau korang tengok soalan Sains, cincai je weyhh kalau jawab.. Senang !! start tu aku belajar teknik-teknik menjawab soalan semua subjek. Kemudian study gila-gila. Hafal satu buku dengan teknik hafal nota yang senang dan gila babeng, dan mejadi antara top 3 pelajar terbaik untuk dapat 8 ‘A’ SPM..

Study, study, study.. Lepas tu, bila member tanya “weyh, ko da study?” “Ko da study sampai bab mana?”… lepas tu aku jawab, “Aku tak study lagi lah” “Banyak lagi bab tak baca”. Padahal waktu tu dah khatam satu buku. Kalau korang perempuan, mesti korang pernah buat benda ni kan ? Hahahaha

Bila exam SPM, study bagai nak rak, kitaran tidur aku jadi tak betul. Malam berjaga, siang mengantuk ? Boleh paham ? Sampai aku jawab exam “Perdagangan dan Ekonomi Asas, aku jadi blank. Bayangkan, aku tak tidur langsung, sampai otak ni jadi sejuk (Tak tahu macam mana nak explain). Aku dah hafal dan aku tahu jawapan memang senang, tapi….. Untuk 2 subjek yang aku selalu dapat A dan A+, tapi dapat B+. Aku salahkan oksigen! Sebab doktor kata, kalau tak cukup tidur, oksigen kat otak pun tak cukup.

teknik-hafal-nota-yang-senang

Kalau aku dapat ‘A’ subjek tu, memang aku dapat 7 ‘A’ dan aku mungkin boleh pergi maktab. Tapi tiada rezeki kut. Tapi tak pe lah, 2A+, 3A, 1A-, 2B+, 1B pun aku bersyukur sangat-sangat.

teknik-hafal-nota-yang-senang

Bila aku tak dapat UPSI, sedikit kecewa. Tak ada rezeki aku. Tapi aku harap sangat aku dapat ambil ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak. Aku rasa nak ambil PJJ je kat USM ni. Dekat dengan rumah aku. Dalam Pulau Pinang. Tapi, tak bebas la. Paham tak ? Hehe. Kalau tak kepit dengan family, dia ‘bebas’ sikit. Hahaha

p/s: sok aku agak, aku busy gila. Nak kena tanda buku budak dan esok juga PK1 nak check

🙁

9 DOA LULUS PEPERIKSAAN/UJIAN/EXAM

15 Comments

  1. Aidinsays: Reply

    tahniah kak….
    Risaunye sy spm tahun ni 2015…
    dahla KBAT pstu 80% bru A………
    Akak ni dah kira bijak sbb first time KBAT bagai diperkenalkan…
    tahniah again …
    gudluck for the next

  2. batch99says: Reply

    Akak bole tak bagi tips cara jawab paper atau mcm mana akak hafal / khatam satu buku tu? I really need to know !

    • keyword tu buat cerita. masa sy kecik, parent hntr g 1 klas yg sy fikir agak bodoh, tp rupanya2, bila sy besar sy guna kaedah itu. kaedah di mana, klu nk hafal, buat 1 jln cerita n watak/benda dlm cerita trsebut perlulah sangat sangat besar dan mengarut.. contoh, awk nk ingat 10 nama benda : kerusi, buku, botol, minyak, plastik, kertas, wayar, laptop. So buat 1 cerita:

      Kerus baca buku. buku yg besar makan botol. botol sapu minyak kat badan dia. and so on…. sy try buat. alhamdulillah, boleh hafal 20 brg dlm masa 5 minit secara ikut turutan tanpa skip dan boleh secara terbalik. start brg ke 20 then 19 then 18.

  3. Intansays: Reply

    F4 saye x belajar lngsong sbb skola game,f5 baru msok smk bulan 4 so nk minx tips brjaye ..tq,thon ni spm

    • belajar dalam kumpulan, buat nota mind map (google macam mana nak buat), dulu tak suka juga buat mind map, tp skrg study kat U, baru tau mind map sgt senang. cuma awk kena rajin buat mind map je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/aku-spm-dan-a.html/trackback

PAGE TOP