Alkisah Seorang Pelajar Ninja di Universiti. Apa Yang Berlaku?

Hasil tulisan ini telah mendapat kebenaran daripada Ukhti Wajihah, salah seorang pelajar di sebuah universiti. Diharapkan post ini tidak mengundang perkara negatif terhadap pihak lain. Kisah ini telah diedit ekoran terdapat banyak singkatan perkataan tanpa mengubah makna asal penulisan.
Bismillah..
Baru semalam rasanya terlibat dengan minggu orientasi sebagai pelajar baru. Sekarang tengok adik-adik pulak. Teringat semasa pertama kali menjejakkan kaki di sana.
Semasa pendaftaran:
Kak, maaf tanya. Boleh pakai purdah tak?
 
Adik pendidikan kan? Akak pun pendidikan. Tak boleh pakai dik. Student pendidikan tak boleh pakai purdah. Akak tahu sebab akak juga pendidikan.”
.

Sentap hati yang pada masa tu baru sebulan start berpurdah. Dalam hati mula fikir, nak teruskan atau tak? Adakah ini permulaan ujian Allah untuk ana sebagai niqabis? Abah kembali tidak membenarkan pakai purdah lepas tahu perkara tu untuk mengelak berlaku masalah dengan pihak atasan dan kesulitan semasa minggu orientasi. Refresh semula niat. “Aku pakai purdah kerana manusia atau kerana Allah??” Ok. Mula buat ‘perbahasan’ dengan abah. Sudah pasti perlukan hujah yang kuat untuk menang.

 
Abah, jangan takut. Rezeki Allah yang bagi. Wa tetap akan pakai, selagi pihak atas sendiri tidak ambil tindakan!” Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya. Ayat Allah bermain dalam ingatan sebagai kekuatan,

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

Alhamdulillah. Abah akur dengan ‘kedegilan’ anak dia. Bersyukur sebab pada masa yang sama dapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari keluarga tercinta. First minggu orientasi, Allahuakbar.. Ana sorang kah yang berpurdah? Saat itu rasa begitu kerdil & malu. Tiap kali masuk dewan orang akan pandang. Hiraukan pandangan orang. Yang penting, ana tidak bersendiri. Ana ada Allah. Ana mampu untuk bertahan!

Sekejap! Awak tahun berapa? Student pendidikan? Siapa benarkan kamu pakai benda tu?” Sungguh ana tidak mengenali lecturer itu. Tanpa diberi peluang untuk menjelaskan situasi, ana dihentam dengan ayat-ayat yang tidak sepatutnya orang Islam tuturkan. “Ni bukan Negara arab awak nak tutup bagai. Nanti lecturer bagi awak markah rendah bila tengok awak berpakaian begini. Secara automatik awak akan kena buang U. Terserah kepada awak untuk dengar nasihat saya atau tidak. Saya sudah lama mengajar di sini.

Erk? Ana nak cakap yang semua lecturer benarkan ana berpurdah tapi dia terus berlalu pergi. Allah, setitis air mata gugur. Berlari menuju surau library. Menangis dalam dhuha. Ujian kedua setelah proses pendaftaran tempoh hari. Hari demi hari berlalu. Allahu Allah. Segalanya dipermudahkan. Allah uji pula dengan ujian kenikmatan. Dan sekarang, Alhamdulillah. Ana masih begini. Masih cuba pertahankan nilai secebis kain di wajah ni, walaupun kadang-kadang ana sendiri terfitnah kerana tidak mampu untuk menjaganya. Semoga selepas ini, diri ini mampu lebih istiqamah dengan apa yang diperjuangkan.

Peringatan untuk diri sendiri & muslimah yang lain, pertahankan secebis kain itu kerana Allah! Tidak perlu berbangga dengan purdah yang menutupi wajah jika purdah itu tidak mampu berfungsi untuk melindungi dirimu dari celaan manusia kerana perbuatanmu sendiri. Muhasabah diri. Niatkan sekali lagi segalanya kerana Allah. Nasihat saya untuk adik-adik, jangan mudah give up dengan sesuatu yang belum dicuba. Ujian kita mungkin berbeza. Tapi bukankah Allah menguji sesuai dengan kemampuan kita?

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

-Hakak Ninja-
Pelajar Tahun Akhir
Ilmu Pendidikan
……………………………………………………………………………………………………………
Aku ingat lagi, masa aku sekolah dulu, ada kelas tambahan. Kauorang faham-faham je lah. Tersangat cerdik, asyik main je. Dah kena sumbat masuk kelas tambahan. Masa tu, ada seorang ustazah ni bagitahu aku, cikgu tak boleh pakai purdah. Pakai warna hitam pun tak boleh. Serius aku terkejut. Masa tu aku terfikir, nanti diorang kena bukak balik ke purdah tu?
Tapi bila difikir-fikir balik, selagi kau hidup di muka bumi ini, selagi tu kau diuji. Lepas kau baca kisah akak ni, aku mohon kita sama-sama berdoa agar akak ni tabah. Nak tahu kenapa? Untuk kekal dalam Universiti sahaja sudah diberi dugaan yang hebat, apatah lagi apabila akak ini menginjak ke alam pekerjaan. Lagi besar ujian yang akan dia hadapi.
In Sha Allah kak Wajihah, akak boleh buat!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/alkisah-seorang-pelajar-ninja-di-universiti-apa-yang-berlaku.html/trackback

PAGE TOP