AMARAH SEORANG PEREMPUAN SEHINGGA BERTUKAR SINGA

Last updated : April 23, 2015
Assalamualaikum..  Tak jawab berdosa!
 
 
Semalam. Ya.. Semalam aku curi mesin jahit ibu. Curi means pinjam. Kenapa nak curi? Sebab aku kalau guna barang dia mesti bagi jahanam. It’s not a habit but sometimes people yang agak cuai always do anything yang bikin orang marah. Itu merupakan perangai aku. Jadi dia tak suka aku guna barang dia.
 
Since i was born, memang aku tak tahu guna mesin jahit. Sumpah! Ya. Budak-budak mana pandai nak menjahit! Tapi sekarang aku dah pandai guna. Cuma perlu picit guna anak kaki lepas tu dia gerak dengan sendiri. Tapi semalam bila aku nak jahit pencil box, dia meninggal tiba-tiba. Mula-mula dia pengsan. Tak tahu macam mana, dia stuck entah macam apa lagi. bunyi dia macam ni.. greeeenggg !!! greeeeengg!! Macam bunyi motor lah pulak. *abaikan
 
Selepas itu, jarum pun patah… Innalillah
 
Korang mesti nak kata aku miskin kan, sampai pencil box pun nak berjahit. Hey You! I buat pencil box okay. Cikgu adik aku yang minta tolong buatkan guna kain felt. Sebab dia tengok aku buatkan pencil box   untuk adik aku siap ada nama lepas tu cantik lepas tu comel lepas tu pangg!! *senyap kena lempang
 
Jadi apa perlu buat kalau jarum pada mesin jahit tersebut patah dan kalau ibu anda dapat tahu dan dia buat muka singa yang ada bulu di muka sambil menganga tunjuk keempat-empaat taring sambil keluarkan samurai? Apa lagi!! Nyorokkan lah. Dah bersalah kena pandai simpan.
 
Lepas tu simpan dalam almari. Tinggallah mesin jahit terkulai disitu.
 
 itu…. Dengan dasyatnya ayah telah menyuruh ibu jahit langsir. Korang tahu apa maksudnya itu ???  Rahsia bakal terbongkar. Macam mana lah mesin jahit tu dah berbulan-bulan dia dalam box tu tak berusik pun tiba-tiba bila aku jahanamkan sikit, dan dan lah ibu cari mesin jahit tersebut.
 
Miahaha. Sempat lah jugak aku tengok muka ibu yang tengah bersila atas katil. Fuhh.. Nasib baik tak ada bulu kat muka, gigi empat taring, samurai semua tu.
 
krik krik. Tadi dia tahu aku patahkan jarum mesin jahit tu. Aku senyum je
 
 
p/s: Agak keterlaluan lah pulak tajuknya. Macam tiada kena mengena pulak

Hari ni birthday adik no 4. Happy birthday! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki gemuk. Dia tak ada lah gemuk mana. Kecik sikit je dari anak gajah

6 Comments

  1. hello cik amal… selamat pagi Khamis dan salam kenal dari saya

    Hehehe…. saya pun sama selalu mengerjakan mesin jahit mak kat rumah…. bila jahit tak jadi memekak-mekak panggil mak… huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/amarahseorangperempuansehinggabertukarsinga.html/trackback

PAGE TOP