APA KAU DAPAT JADI ANAK CIKGU? Iaitu best……..

Last updated : November 27, 2014

Benda yang aku paling tak nak “dikembalikan” adalah waktu zaman persekolahan aku iaitu zaman sekolah menengah. Zaman dimana pemberontakan hidup seseorang yang bergelar remaja dan penghinaan-penghinaan yang aku dapat daripada manusia bongkak. Tapi hari ni aku bukan nak cerita mengenai zaman sekolah menengah, tapi zaman sekolah rendah.

Zaman sekolah rendah aku best.

 

1) Anak cikgu.

Mak aku cikgu sekolah rendah. Dan aku pun disekolahkan ditempat yang sama. Best sangat jadi cikgu. Bila rehat, kau special sangat-sangat. Semua budak-budak tengok aku makan. Sebabnya makanan aku tak sama macam budak-budak lain. Masa dulu aku tak beli makanan dekat makcik kantin, aku makan makanan guru-guru. Paham tak maksud “Makanan Guru”? Kalau kat kantin sekolah, cikgu diasingkan daripada pelajar. Dia ada bilik khas dan makanan dia bukan macam makanan budak-budak sekolah. Dulu aku makan nasi ayam yang sangat sedap dan dikira mahal tapi budak-budak lain makan mee 50 sen dan air 20 sen. Aku makan dengan anak-anak cikgu. Bila kelompok anak-anak cikgu ni makan, semua akan tengok kami makan. Sebab pinggan kami special, air kami special dan makanan kami special.

Masa exam. mak aku tahu soalan-soalan spot. Dia memang takkan cerita dekat aku, tapi dia guna alternatif lain. Masa aku darjah 6, mak aku suruh aku hafal buku bahasa inggeris. Dia tunjuk aku topik-topik tertentu dan aku kena hafal. AKU KENA HAFAL. Maksudnya, aku kena hafal satu persatu cerita tu, setiap baris ayat dan setiap patah perkataan. Aku marah + geram!  Bakpe aku kena hafal??? Aku nak main dengan jiran-jiran pun susah. Tapi mak aku paksa juga. Disebabkan marah dan geram, aku pun hafal gitu-gitu je. Tak lama lepas tu exam, tengok-tengok apa yang mak aku suruh hafal, keluar exam.  Dan disebabkan IQ Bahasa Inggeris aku sangat rendah ditambah pulak “hafal gitu-gitu sahaja“, markah exam pun “gitu-gitu” jugaklah walaupun aku pernah hafal jawapan tu semua.

Walaupun mak aku cikgu, mak aku tak pernah ajar aku. Tapi mak aku pernah ajar adik aku yang last (Gemuk), masa dia darjah satu. Gemuk kena panggil mak aku “teacher”. Tapi jangan kau ingat mak aku bagi muka kat si gemuk ni. Ouhh tidak, tidak….. Mak aku layan dia sama macam dia layan student lain. Aku rasa gemuk ni kena lagi teruk kut. Sebab balik sekolah je, kalau mak aku bagi kerja rumah, gemuk ni tak ada alasan untuk tak buat. Kalau subjek lain, dia boleh bagi excuse, tapi untuk subjek sains (yang mak aku ajar), dia terpaksa buat. Sebab, malu lah kalau anak cikgu tak buat kerja.

Aku dapat banyak keistimewaan bila jadi anak cikgu. Semua orang yang aku tak kenal, akan kenal aku dengan panggilan “anak cikgu“. Walaupun dia tak tahu nama aku, tapi kalau aku pergi mana-mana je, aku akan dengar orang gelar aku “tu anak cikgu“, “dia ni anak cikgu?”. Tapi aku cuma famous dalam sekolah je la. Amal… Takpayah bajet satu dunia kenal kau. HAHA.  Orang kenal aku pun mungkin sebab sekolah tu kecil dan zaman dulu tak macam sekarang. Zaman sekarang, sekolah besar gedabak, cikgu dah ramai, murid-murid pun dah bertambah.

Dan aku juga dapat pergi merata tempat, aku boleh join macam-macam program sebab “muka aku kredit anak cikgu“. Mak aku cuma tanya “akak nak pergi tak _______“. Aku cuma perlu cakap ya, dan nama aku tersenarai dalam list pelajar yang akan mengikuti program _________. Aku juga bole sesuka hati nak duduk bilik guru, nak lepak-lepak kat sana, sebab mak aku cikgu.

Mesti korang akan cakap hidup aku mudah dan senang kan?? Jawapannya tidak. Cerita-cerita di atas hanya sementara. Jangan ingat kebahagiaan sentiasa ada. Pada satu tahap, kau akan terkontang-kanting. Sebab apa aku cakap macam tu??

Nanti aku sambung, now aku nak buat esaimen. Assalamualaikum…

5 Comments

  1. Nurul Fazreen Othmansays: Reply

    mmg anak cikgu ade keistimewaannya. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/apa-kau-dapat-jadi-anak-cikgu.html/trackback

PAGE TOP