Apa Lagi Yang Kita Nak Beri Ya?

Pernah tak cakap “Kenapa orang lain tak pernah hargai apa yang kau buat?” atau pernah tak tercakap “Aku punya la buat penat-penat, bukannya nak cakap terima kasih” Dan nanti bila kita dah kawen, lepas tu kita buat anak. Lepas tu keluarkan anak. Lepas tu besarkan anak. Punya lah penat buat macam-macam kat pasangan, tapi pasangan tak pernah hargai. Lepas tu, mula tanya soalan, “Prof, macam mana cara untuk menghadapi masalah di mana suami tak pernah hargai semua kebaikan yang kita buat pada dia? Apa yang perlu saya lakukan?“.

Memang kita hidup ni selalu amalkan 5D ni. Iaitu:

  1. Ingin dicintai.
  2. Ingin dihargai.
  3. Ingin dibalas budi.
  4. Ingin diberi perhatian.
  5. Ingin dihormati.

Ini yang sedang berlaku sebenanya. Sebab kita terlalu taksub apa yang orang akan fikir mengenai kita. Jadi, kita berlumba-lumba untuk menjadi terbaik supaya orang melakukan 5D ini kepada kita. Tapi kita tak sedar, yang terbaik adalah menukar 5D ini kepada 5Me. Iaitu:

  1. Mencintai.
  2. Menghargai.
  3. Membalas budi.
  4. Memberi perhatian.
  5. Menghormati.

Jangan fikir apa yang kita perlu dapat. Tapi fikir, apa yang perlu kita beri. Sebagai contoh, kalau kau beri hadiah pada kawan, siapa yang perlu bersyukur, dan siapa yang perlu menghargai? Agak-agak, mana jawapan betul? Comfirm, yang bagi hadiah akan menghargai sahabat dan yang dapat hadiah akan bersyukur.

Tapi malangnya, jawapan salah.

Kenapa salah?

Kenapa yang bagi hadiah patut bersyukur dan orang yang menerima perlu menghargai? Sebab, orang yang bagi akan dapat semuanya. Pahala berterusan, Dia rasa lebih seronok. Orang yang bagi sesuatu kepada orang lain, dengan ikhlas, dia rasa sangat gembira. Tak tahu mana datangnya perasaan gembira tersebut, tapi dia akan rasa happy gila bila orang lain suka hadiah pemberiannya. Dia rasa puas saat orang lain tersenyum. Tak perlu balas budi, senyuman pun dah cukup untuk dia rasa puas.

Kenapa orang yang menerima perlu menghargai. Sebab, berada bersama orang yang ikhlas di sekeliling kita sebenarnya sangat menguntungkan. Kita perlu hargai orang disekeliling kita. Sebab itu, kita perlu Mencintai, Menghargai, Membalas budi, Memberi perhatian dan Menghormati orang disekeliling kita. Supaya nanti, kita dapat apa yang kita bagi.

apa-lagi-yang-kita-nak-beri-ya

p/s: Kalau tak sekarang, mungkin akan datang.

6 Comments

  1. doa jumpa org yg baik2…tp kalau takde org yg mcm ni..kita tak belajar pape dari mereka..no worries..

    p/s: cik amal, nak request cantikkan blog kita boleh..
    [nama] recently posted…Kisah Rm50My Profile

    • alamak.. amal da xreti blogspot. serius xtipu… haritu log in blogspot, xsmpi 10 minit, tutup balik. sbb da xingat apa daa. lg la nk main dgn code.. lg haru.. hehe sorry sgt2 ^.^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/apa-lagi-yang-kita-nak-beri-ya.html/trackback

PAGE TOP