APA YANG DAPAT SEBELUM UMUR 26 TAHUN

Mula-mula aku nak tuli pasal “APA YANG AKU TAKUT BILA HABIS UMUR 25 tahun”. Aku nak tulis pasal benda ni mungkin sebab aku nak suruh korang-korang yang tak cecah 24 tahun enjoy life korang baik-baik kot. Sebab, bila kau habis umur 25, macam-macam perasaan kau. Lepas tu aku berhenti menulis dan pergi berak. Balik bilik, aku tiba-tiba nak tukar tajuk dan cerita pasal apa yang aku dah dapat dan dah buat selama 25 tahun aku hidup. Mungkin aku nak appreciate diri aku yang masih berada di landasan yang betul. haha

 

1. Pendidikan Yang Benar

Haha. Penat aku fikir tajuk untuk nombor 1. Serius aku tak tipu. Bersyukur sangat yang aku ambil degree Pendidikan yang aku tak terfikir pun aku akan nak. Aku terfikir, macam mana bongoknya aku menyalahkan tuhan bila aku gagal interview untuk masuk UPSI. Bila setahun aku tunggu nak masuk UPSI, rupa-rupanya Allah tu nak suruh aku masuk USM. Ambil course yang lagi baik. Nak suruh aku belajar free sebab dapat tajaan. Nak suruh aku dekat dengan mak ayah aku walapun aku jarang balik rumah. At least sekarang ni, aku tak menyesal sedikit pun Allah atur hidup aku daripada aku 18 tahun-26 tahun hanya diperuntukkan kehidupan untuk dapat segulung degree. Serius alhamdulillah sangatsangat.

Dan aku bersyukur sangatsangat sebab masa aku sekolah duludulu, mak ayah aku garang. Berkat aku dapat 6A tu pun sebab kegarangan dan doa dari mereka. Mustahil nak dapat 6A bila dekat sekolah, selalu hilang daripada kelas. Balik rumah, pukul 8 malam lesap.

 

2. Travel

Aku bersyukur sangat-sangat saat mak aku cakap “Takpelah kak. Kau ada duit. Pergilah mana yang kau nak pergi. Nanti kau dah kawen, susah nak pergi mana-mana.” Nasib baik tak ada bilik air sebelah aku, kalau tak, aku dah menangis. Kau tahu tak, macam mana susahnya seorang mak nak lepaskan anak perempuan dia pergi keluar. Macam mana sedihnya dia bila dapat tahu yang anak dia beli tiket flight, sekali pun tak bincang dengan dia. Aku bersyukur sangat ibu ayah aku dah open minded pasal benda-benda ni. Hasilnya, Aku berjaya pergi Betong, Yogyakarta, Medan, Bangkok dan nanti ada lagi. Maaf mak! Haha

Betong

 

Yogyakarta

 

Medan

 

Bangkok

 

3. Tak Ikut Rumors Untuk Beberapa Perkara

Bila kau lama hidup, sampai satu masa kau kena decide keputusan sendiri. Sebagai contoh, bila member kau suruh kau kumpul duit dulu dan bayar lamsam PTPTN. Jimbet. Aku rasa, kalau aku tak bayar sikit-sikit masa diploma dulu, tak merasa aku naik kapal terbang. Dan nama aku pulak buruk disenaraihitam. Takpun rumors cari kerja kat SPA sebab nanti habis degree belum tentu dapat kerja, amek degree pun nak kena duit yang banyak. Aku rasa, masa degree lah aku berduit. Allah bagi rezeki tiap masa walaupun orang tak bayar hutang dari aku semester 3 sampai sekarang, Aku boleh travel guna duit sendiri tanpa duit mak ayah aku. Tanpa kacau duit biasiswa. Now, takpayah fikir beban kerja dan merungut pulang lewat.

 

4. Bestfriends

6 Orang (termasuk aku) yang selalu ada dalam blog dari 2010 sehingga kini. Terima kasih sebab ada untuk masing-masing. 5 Ni je yang ada untuk masingmasing susah senang sehingga sekarang. Zaman kegemilangan sampai lah zaman korang bukan siapasiapa, masih tetap bersama. Haha.

5. Kesihatan Muka Yang Semakin Baik

Aku ingat lagi, waktu aku sekolah duludulu, aku paling stress sebab jerawat kat muka. Kena perli, ejek, menganjing, jadi bahan dan sebagainya. Bukan dengan member je beb, cikgu sekali bhai. Masalah muka ni berterusan sampai 2016 kalau tak silap aku. Slowslow aku buat bekam, try produk itu ini (only klinikal/non comedogenic), alhamdulillah muka aku sekarang dah semakin okay. Cuma aku just nak cakap, stop pakai produk melayu lah, kkm dan sebagainya. Kalau nak sangat pakai produk melayu, try produk melayu yang jenis klinikal atau separa klinikal. Aku bersyukur sangat-sangat yang sekarang ni xde benjolbenjol kat muka masa nak basuh muka.

Tanpa make up

Dengan make up

Muka sekarang dengan make up

.

Sebenarnya ada no 6 -10, pasal family, dan sebagainya. Tapi, untuk blogkan, hanya sampai sini sahaja. Thank you 1992-2017 yang  awesome. Aku harap, 2018 adalah tahun untuk aku lebih serius dengan keluarga dan personal life. Doakan okay 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/apa-yang-dapat-sebelum-umur-26-tahun.html/trackback

PAGE TOP