Azam 22 tahun Yang Tidak Pernah Dapat

Post yang dah setahun dalam draft. Baru hari ini nak publish.

Sebenarnya, daripada dulu sampai sekarang, ada satu azam yang aku nak capai masa tahun baru, but in the end, impian tu tak tercapai. Impian untuk berisi. Because I’m too skinny and in order to avoid low self esteem, aku cuba macam-macam cara, tetap tetap tak berhasil.

Tapi sekarang aku positif. (Positif lah sangat)

Apa yang aku ada sekarang, aku akan guna sebaiknya. Kekurangan aku, aku hanya perlu terima. Kalau rajin, berusaha. Tapi aku tak nak cuba dah. Lastly, aku yang penat. You know how I feel when  yourself can’t accomplish what you want to, ianya sakit! Macam kau putus cinta. Macam tu lah aku rasa.

Tapi aku akan refresh, apa yang aku dah buat sepanjang tahun 2014 ni.

Ingat lagi waktu aku mengajar Sekolah Kebangsaan apekebenda entah, aku lupa. Aku ajar diorang mengenai perwarisan. Korang boleh baca entry ini “Lukis Dan Ajar Versi Seorang Cikgu” Comel tak gambar kat bawah ni? Tapi yang paling best bila mereka ingat apa yang aku ajar. Best kan belajar dengan cikgu Amal? Haha

guru-lukis-gambar-muka-orang

2) Aku Pasrah dengan blog

Korang boleh baca entry “Penat Dan Pasrah” dan “Kesedihan Melampau“. Masa ni aku tukar platform daripada blog yang sangat cantik dengan bunga dan rama-rama, lepas tu ada purple peach warna kegemaran aku kepada platform wordpress yag korang nampak sekarang. Bosan kan blog putih gini je ?

3) Makan Roti Bakar Railway Kluang!

Okay yang ni best. Aku balik Kluang Johor, tempat kelahiran aku. Dan tempat wajib adalah makan roti bakar ni. Boleh baca entry “Roti Bakar Railway Kluang Terbaik” Siyes mahal, tapi sedapnya ya aampuuuuunn !!!! Sedap bak hang! Sedap! Aku anak Johor Okey! *Okay tak ada kena mengena

4) Aku Spm Dan A+

Tiba-tiba waktu ni aku teringat mengenai zaman aku ambil SPM. Boleh baca rentetan cerita hidup sekolah menengah aku kat entry “Aku Spm Dan A+“. Bagi aku, tak nakal kut :p

5) Post motivasi Diri

Aku ni dulu tak ada negatif. Sentiasa positif. Tak percaya, baca entry “Nikmat Bersyukur” Tapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, cerita-cerita aku mengenai zaman sekolah aku yang jahil. Aku tak nak korang jadi macam aku okay.

6) Kenapa Otak Lelaki Bersifat Khusus ?

Kenapa perempuan boleh buat 3 4 kerja dalam satu masa tetapi lelaki tak ? Boleh baca kajian yang dibuat pasal masalah ini. Boleh baca kat sini “Mengapa Otak Lelaki Bersifat Khusus ?

7) Cerita Paling Sedih Aku Pernah Tengok

Okay aku mengaku, dah 3 kali aku tengok cerita ni, dan aku menangis. Korang boleh baca kat “Miracle In Cell No 7 Cerita Paling Menyedihkan“. Tolong lah download cerita ni. Tolong lah! Sedih sangat cerita ni

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/azam-22-tahun-yang-tidak-pernah-dapat.html/trackback

PAGE TOP