BERSEBELAHAN DENGAN BILIK SHOOTING GERAK KHAS

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa

     Ehem. Garu kepala kemudian pikir, nak cerita apa ya ? Okay. Dah ada dah..

     Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur.  Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga bersarapan terlebih dahulu. Saya makan 2 keping roti canai dan air apa entah. Saya lupa. Maaf. 

     Setelah habis bersarapan, kami pun bertolak ke Kuala Lumpur. Pemandangan sungguh indah. Saya melihat banyak bukit-bukau, awan dan kereta. Kami juga lalu di kawasan terowong di Perak. Semasa berada di terowong, saya sangat takut. Gelap dan sunyi terowong itu. Walaupun saya tidur sepanjang perjalanan tetapi saya tahu ada banyak bukit-bukau, awan, kereta dan torowong.

     Kemudian saya dan keluarga singgah di Universiti pendidikan Sultan Idris. Saya berasa amat gembira apabila menjejakkan kaki ke ex-Uni saya. Setelah hantar, borang permohonan kemasukan ijazah di sana, kami pun segera berangkat ke Kuala Lumpur.

     Serabut kan kalau aku cerita macam karangan bosan kat atas. Macam balik kat zaman darjah 4 Sekolah Kebangsaan Seri Intan je. 

     Pengalaman yang best bila hari kedua pindah hotel lain, tiba nak masuk je hotel ada seorang mamat ni pakai jaket keselamatan warna hitam macam nak berperang. Mamat tu macam kenal macam tak. Lama-lama baru perasan mamat tu pelakon gerak khas. Bila masuk dalam lif, rasa macam sayangnya tak bergambar. *sigh

     Masuk bilik, rehat jap, lepas tu bunyi riuh. Tiba-tiba adik bagitahu ada orang shooting gerak khas kat bilik sebelah. Time tu kembang nak tengok pelakon-pelakon. Last-last, adik lelaki 2 orang je sanggup duk hotel semata-mata nak tengok diorang shooting. Aku dan yang lain pulak, nak g shooping. lantak diorang lah, tak sanggup berendam kat hotel tu.

     Tamat lah cerita saya.

4 Comments

      • Muhamad Sharilsays: Reply

        Ala nak tahu je.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/bersebelahan-dengan-bilik-shooting-gerak-khas.html/trackback

PAGE TOP