Bertapa Susah Cari Kerja

Last updated : February 24, 2015

Cerita ini merupakan sambungan cerita Pengalaman Join Program Keusahawanan USM. Maaf  sebab buat cerita part by part. Untuk menulis (menaip) memerlukan masa yang lama sebab aku ada life yang sibuk sikit. Maaf.

Susah Cari Kerja?

Ya, Sangat susah cari kerja. Daripada pagi sampai petang, aku dengan Mina cuma dapat RM12. Bayangkan, masa untuk mencari RM430 tinggal berapa jam je lagi, kami cuma dapat RM12. Jadi, kami pun berjalan, jalan dan jalan untuk mencari pekerjaan. Kerja apa-apa pun tak apa. Cuci pinggan, lap meja, angkat pinggan mangkuk, tolong garu badan makcik-makcik pun tak apa. Janji boleh sediakan perkhidmatan.

Kami pergi macam-macam tempat. Kedai-kedai yang jual ikan bilis, makanan ringan semua kami redah. Tapi sorang pun taknak ambil kami kerja. Walaupun aku kata “dapat seringgit pun tak apa lah“, diorang tetap taknak ambil pekerja. Gila sadis weyh!! Untuk cari kerja punya pasal, aku dengan Mina pergi satu tempat ni. Tempat di mana nelayan-nelayan bawa balik hasil tangkapan ikan, udang etc. Aku mula-mula tak tahu tempat tu sunyi, sebab nampak ada orang tengah lepak kat sana. Siap ada perempuan lagi. Jadi, aku pun tak takut la.

IMG_20141206_094505

jeti pulau pangkor

Gambar kat atas ni lah, tempat yang aku maksudkan. Kami siap boleh bergambar lagi. Haha. Sampai kat dalam, memang agak gelap. Lepas tu sunyi. Lepas tu tak ada apa-apa. Kami explain  pada seorang perempuan yang kami jumpa tu, yang kami nak kerja. Guess what?! Dia tak faham bahasa melayu. Tiba-tiba ada tokey cina Malaysia datang tempat tu, jadi kami pun cakap dengan dia yang kami nak kerja. Macam biasa, kami direject.

Keluar je daripada tempat tu, ada seorang pakcik melayu marah kami. Dia kata tempat tu bahaya. Tempat orang asing (bukan warganegara). Diorang pun tak pernah pergi, kami pula dengan berani pergi ke sana. Masa tu aku rasa macam nak lari laju-laju je. Bayangkan, kat situ cuma ada perempuan sorang je, yang lain lelaki asing. Dan kat situ juga diorang tinggal. Sebab aku ada nampak banyak bilik dekat situ. Kalau diorang tarik masuk bilik, bukannya siapa tahu. Fuhh! Bahaya! Alhamdulillah, kami berdua selamat.

IMG_20141206_105142

Setelah aku fikir balik, gambar kat atas ni pun merupakan satu tempat yang agak bahaya. Ianya hotel. Tempat tu bukan “hotel murah” tapi “hotel gila murah“. Sebab keadaan hotel yang macam tu. Boleh faham tak maksud yang aku nak sampaikan? haha. Hotel tu sunyi. Sunyi gila. Kalau aku sorang-sorang, aku akan cakap hotel berhantu. Kami sempat lagi snap gambar. Haha

Lepas penat berjalan, perut pun lapar, tekak pun haus, kami pun balik kat jeti (Tempat asal). Masa tu, aku sanggup tak makan, sebab nak cari seringgit pun susah, nak keluarkan duit nak beli makanan rasa macam sayang je duit tu mengalir. 🙁 Kami kan kena jual makanan ringan, disebabkan tak ada customer yang beli, lastly, Azmi yang beli guna duit dia sendiri. Haha.  Aku makan lebih daripada satu, ambil senyap-senyap pulak tu, hahahaha. Lapar weyh! Maaf Azmi. :p

Disebabkan aku tak puas, sebab tak dapat duit, aku pun pergi cari kerja dekat Restoran Pangkor Kopitiam. Tebalkan muka, beranikan diri, ayat aku mudah je “Maaf ganggu. Saya daripada USM, kami ada program keusahawanan, perlu cari duit RM430 dalam masa 1 hari. Ada tak kerja yang kami boleh buat, mop lantai ke, cuci pinggan ke, bayar berapa ringgit pun jadi la, kami tak kesah“.

Kali ni bukan direject tapi budak lelaki tu terkebil-kebil. Haha. Mesti dia pelik kan, aku punya ayat sampai macam tu sekali. Dan dia kata, “ini bukan kedai saya, bos tak ada“. Disebabkan aku rasa macam ada harapan nak kerja situ, dan disebabkan aku dah penat berjalan dan meminta-minta kerja, aku pun dengan rakusnya cakap kat dia “Boleh tak kalau saya tinggalkan no telefon. Nanti awak misscall je saya, saya akan datang sini balik“.

Aku letak harapan yang tinggi pada kedai tu. Disebabkan bos dia tak ada, aku pun pergi kat ahli group aku untuk berbincang mengenai strategi-strategi untuk dapatkan duit. Kauorang agak kami berbincang ke tidak? Ouhh! Semestinya tidak! Haha. Kami cipta memori ada lah. 😀

IMG_20141206_162910

IMG_20141206_120048

IMG_20141206_120043

IMG_20141206_120041

IMG_20141206_120038

IMG_20141206_115904

IMG_20141206_115849

Lepas bergambar, terus aku ambil baju putih RM5, dan cari customer. Aku jumpa seorang couple ni. Maybe baru kawin dan nak pergi honeymoon. Aku pun jual pada dia. Nasib baik dia beli! Yeahhh!!! Aku jual baju tu RM10. Gembira hati tidak terkira bila dapat RM5. (Disebabkan baju tu modal RM5, so, untung RM5) HAHA. Eksited kemain lagi, padahal beli topup RM5 laju je, tak tau yang nilai RM5 tu sangat berharga.

Pukul 12.30, Bos kol! <— tiba-tiba panggil bos, padahal belum kerja lagi.

So, aku dengan Mina pun pergi Restoran Pangkor Kopitiam tu. Dan kami diterima kerja. Restoren tu betul-betul sebelah jeti.

IMG_20141206_133545

IMG_20141206_133536

Aku bukan jadi tukang masak, tapi hanya sekadar ‘tolong-tolong’. Cuci pinggan, hidang makanan, potong sayur. Itu aje kerja aku. Aku nak tergelak bila aku potong carrot, timun dan sayur-sayur yang lain, tidak mencapai piawan yang mereka nak. Tapi mereka-mereka ni baik. Redha je aku potong carrot yang besar sangat. Okay. Kena haluskan sikit. Kemudian tunjuk “Macam ni ke?“. Jawapan yang didengar “Urm.. Urm okay lah“. Kauorang kena makan sayur sampai habis tau! Sebab, Carrot  yang kauorang makan tu, kalau kauorang belek betul-betul, bukan cincai tau. Bukan potong macam kauorang potong carrot kat rumah.

IMG_20141206_133425

Serius best kerja kedai makan!

Sebab nanti kalau silap order, makanan customer takkan nak buang kan? Kau lah yang kena makan nanti. HAHA. Kan tadi aku ada cerita pasal aku tak makan lagi disebabkan aku sayang duit. Kerja dekat kedai ni, dapat makan free dan kalau nak minum air, ‘just order’ jerr.. HAHA. Best weyh!

Yang aku kagum, tukang masak. Dia main campak-campak dalam kuali pun sedap. Yang aku punyalah teliti kalau nak masak, tak sedap-sedap pun. Yang best, dapur diorang bersih! Tiptop!

pangkor-kopitiam

IMG_20141206_161432

IMG_20141206_160311

IMG_20141206_160432

Aku nak cerita. Susah cari kerja. Diorang ini sangat baik. Sanggup ambil aku kerja daripada pukul 12.30 Tengah hari sampai lah pukul 4 petang. Gaji yang aku dengan Mina dapat sebanyak RM60. Banyak weyh! Sebab kami kerja berapa jam je. Sepatutnya tak sampai RM60, tapi mereka bagi lebih. Diorang siap suruh belajar rajin-rajin. Ending cerita ini sangat menyedihkan. Sebab aku nangis bersungguh-sungguh.

Pengalaman Join Program Keusahawanan USM (Part 1)

Bertapa Susah Cari Kerja (Part 2)

Modal RM130 Untuk Mula Perniagaan (Part 3)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/bertapa-susah-cari-kerja.html/trackback

PAGE TOP