Bila Kau Takut Pandangan Orang di Sekeliling Kau

Aku dah terbiasa dengan ayat “Jangan ambil kira pandangan orang lain terhadap kau. Abaikan. Tetapi ambil kira pandangan allah kepada Kau“. Ayat dia something like that la.

Tapi susah kan?

Kau tetap nak peduli pasal apa orang akan fikir dan cakap pasal kau. Aku bagi contoh, orang yang kawen. Bila kau kawen, kau hanya fikir nak bahagia pada waktu tu. Sebab ianya sekali dalam seumur hidup. Tapi secara tidak sedar, kau jugak taknak malu dengan orang sekeliling. Contohnya, kau malu nak hidang nasi dengan ayam masak merah je tanpa ada sayur, dessert, buah-buahan. Sebab nanti orang akan mengata “Laa.. satu lauk je?“.

Padahal………

 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari.

Kau malu nak beritahu orang lain yang ayah kau kerja kutip sampah walhal kerja tu murni bilamana kau alih sebatang kayu di tengah-tengah jalan bagi mengelakkan kemalangan pun dapat pahala inikan pula pungut sampah di setiap rumah. Kau malu bila orang akan pandang jelek pada kau. Bukan kau je, aku pun. Sebab kita lagi pentingkan pandangan orang lain.

p/s: Jadi diri sendiri.

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/bila-kau-takut-pandangan-orang-di-sekeliling-kau.html/trackback

PAGE TOP