BLOG RUMAHTANGGA

Nur Amalina binti Mohd Fadzil,

cikamal.com,

Blog Personal,

Malaysia.

________________________________________________________________________________

Tuan Blog,

Siraplimau.com,

Blog Informasi,

Malaysia.                                                                                                                                  30 JANUARI 2014

 

Tuan,

Review Blog Siraplimau.com 

 

Merujuk perkara di atas, saya sebagai rakan blogger daripada blog cikamal.com ingin memberi serba sedikit pendapat mengenai blog tuan. Di sini saya sertakan surat penyertaan saya di dalam Contest Review Blog SirapLimau.com daripada blog Ahmadfaizal.com.

2.       Secara jujurnya, saya melihat blog tuan mempunyai banyak informasi tentang dunia perkahwinan yang melibatkan konflik rumahtangga dan kehamilan. Tuan juga telah berjaya menjadikan Blog siraplimau.com sebagai satu platform yang khusus bagi wanita untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi. Bertepatan dengan tema “Segar lagi menyegarkan!”, setiap artikel yang diterbitkan telah memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat mereka kepada individu yang menghadapi masalah rumah tangga.

3.        Blog tuan yang ringan juga tidak menyukarkan orang ramai untuk singgah berkali-kali. Terus terang saya katakan, saya berasa amat senang untuk membaca setiap tulisan artikel di blog tuan kerana blog siraplimau.com ringan, kemas dan tulisan yang tidak terlalu kecil memudahkan pembacaan saya.

4.       Untuk makluman pihak tuan, bagi merealisasikan siraplimau.com sebagai blog niche perkahwinan terbaik dan mempunyai pembaca tetap, tuan amat memerlukan sedikit transformasi. Di sini saya sertakan beberapa cadangan yang boleh tuan pertimbangkan. Antaranya:

  • Fokuskan kepada 1 niche iaitu perkahwinan. Niche mengenai fesyen dan masakan sebaiknya diketepikan atau dikurangkan. Oleh itu, masyarakat moden dapat lebih mengenali siraplimau.com sebagai medan ilmu mengenai alam perkahwinan.
  • Hubungan dua hala. Blog tuan menerima banyak respons daripada pengguna facebook dan blog. Pendapat yang dilontarkan oleh masyarakat Malaysia, sebaik-baiknya haruslah dibalas. Paling tidak pun, pendapat mereka dibalas dengan ucapan terima kasih.
  • Penggunaan gambar. Gambar yang diselitkan di setiap artikel ada kalanya tidak sesuai dan menjolok mata. Penggunaan gambar yang lebih sopan mampu menarik minat pembaca asalkan tajuk dan isi artikelnya menarik.
  • Memanfaatkan media sosial. Facebook, Google+, Twitter, dan Fanpage perlu sentiasa dikemaskini supaya pembaca dapat mengetahui post terkini daripada blog siraplimau.com. Hal ini kerana, pembaca lebih kerap menggunakan media sosial ini berbanding email.
  • Pendapat tuan blog. Sebaik-baiknya, tuan boleh menyediakan beberapa tips, pandangan, atau kata-kata hikmah di dalam setiap artikel. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu masyarakat yang mempunyai masalah rumahtangga. Jika tuan mempunyai kesukaran berbuat demikian, tuan boleh menjadikan Al Quran, kitab dan buku motivasi sebagai rujukan. In Sha Allah, serba sedikit ianya dapat membantu.

5.         Besarlah harapan saya jika penyertaan saya ini diterima oleh pihak tuan. Dengan ini saya berharap segala pendapat dan kritikan membina daripada saya diterima dengan hati terbuka. Saya yakin, blog siraplimau.com bakal menjadi sebuah medan ilmu bagi seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang bakal berkahwin mahupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Ibarat “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”.

6.         Kerjasama daripada pihak tuan, amat saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

( NUR AMALINA BINTI MOHD FADZIL )

Cikamal.com.

 

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com

Rujukan Contest : Klik Sini

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/blog-rumah-tangga.html/trackback

PAGE TOP