BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Ramadhan Menjelma kembali! Setiap orang sudah tentu mempunyai ‘moment’ indah menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Walaupun baru sahaja menginjak hari keempat berpuasa, namun laman sosial seperti instagram, facebook dan twitter telah banyak dihidangkan dengan gambar, status dan ‘hashtag’ yang berkaitan dengan puasa. Umpama ‘pameran Ramadhan’, tidak kurang juga ada yang ‘selfie’ selepas solat sunat terawih. Lawak bukan? Tetapi ragam yang dipamerkan inilah kita dapat lihat hanya setahun sekali.

Seringkali bilamana Ramadhan muncul, kebanyakkan Restoran dan hotel mula mencatur menu masing-masing untuk mempromosikan juadah berbuka puasa kerana di situ dikatakan lubuk duit. Kacau plan betul.

Tidak mahu ketinggalan, Casa Ombak Sdn Bhd mula mencorak langkah dengan merancang buffet Ramadan yang menjanjikan kelainan dan kesempurnaan. Casa Ombak, Kuala Lumpur merupakan lokasi yang sangat strategik dan grande, ianya merupakan tempat yang sesuai bagi yang mahukan suasana berbuka puasa bersama keluarga mahupun bersama rakan.

 

Informasi penting mengenai Buffet Ramadhan Casa Ombak.

  • Dewasa : RM55 nett
  • Kanak-kanak : RM27 nett (5-12 tahun)
  • Lokasi : Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang.

 

peta-buffet-ramadhan-casa-ombak

 

Buffet Ramadhan Casa Ombak menjanjikan kelainan dan kesempurnaan.

1) Harga yang berpatutan

Pelbagai juadah yang disediakan di hotel-hotel membuatkan pengguna rambang mata untuk memilih makanan. Sikap boros yang berlipat kali ganda pada bulan Ramadan membuka ruang yang selesa kepada banyak pihak untuk mengambil kesempatan membolot keuntungan dengan mengenakan harga yang tidak munasabah bagi juadah berbuka yang disediakan.

 

“Bos! kasi kuranglah sikit harga. Kalau mahal mau kempis dompet…”

Sering kali pelanggan menyuarakan ayat-ayat sebegini apabila mereka merasakan harga yang ditawarkan tidak munasabah. Tetapi apabila makan di hotel-hotel mewah yang menawarkan pakej RM100++, adakah manis untuk kita tawar menawar? Pakej buffet yang mencecah harga lebih RM100 untuk seorang individu berbuka puasa adalah terlalu mahal. Pelanggan tidak mungkin akan mampu makan sama dengan nilai yang dikeluarkan. 

Di sini, Ombak Creative mengambil inisiatif menawan hati pelanggan dengan menawarkan pakej berbuka puasa untuk dewasa dan kanak-kanak pada harga yang sangat berpatutan. Umpama ‘syurga makanan’, makan di sini sangat berbaloi dengan layanan dan kemudahan seperti hotel 5 bintang, lokasi yang menarik serta makanan yang terhidang daripada chef  yang sangat berpengalaman.

 

2. Makan sehingga menjilat jari!

menu-buffet-ramadhan-casa-ombak

buffet-ramadhan-casa-ombak-kuala-lumpur

Apa yang menariknya mengenai Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah pelanggan akan memilih dan mengambil sendiri makanan pilihan mereka dari meja buffet yang berkonsepkan ‘Kampung Style’. Walaupun dikelilingi suasana ‘ala-ala garden’, pengalaman makan di sini mampu mengimbas kembali nostalgia suasana berada di kampung. Lihat sahaja makanan di atas, pasti kecur air liur bukan ?

Kepada yang merantau mencari rezeki mahupun menimba ilmu, berjauhan dengan keluarga merupakan satu pengalaman yang perit. Waktu menjamah makanan, pastinya hanya jasad yang ada, sedangkan fikiran dan hati sudah melayang jauh mengenang emak, ayah mahupun adik-beradik di kampung. Kepada sesiapa yang merindui ahli keluarga, nikmatilah makan di sini dengan sepuas-puasnya.

Malah, keselesaan yang disediakan pihak Ombak Creative juga bukan kepalang. Dengan dekorasi yang menarik, susunan makanan kemas dan hiasan meja makan yang ekslusif menjanjikan kepuasan ketika makan.

Yang menariknya, buffet Ramadhan ini juga bukan hanya tertumpu kepada masakan kampung sahaja malah pihak Ombak Creative juga menyediakan stesyen ‘instant cook‘ buat mereka yang mahukan sedikit kelainan semasa berbuka puasa.

3. Layanan ‘Tiptop!” dan kemudahan Surau.

Hidangan yang sedap tidak akan berhasil tanpa perkhidmatan yang memuaskan. Pelayan yang ramah dan murah dengan senyuman membuatkan segala-galanya tampak serba sempurna. Pihak Ombak Creative menjanjikan layanan kelas pertama yang semestinya tidak akan diperoleh di tempat lain, dengan kata lain membuatkan anda merasa seperti dialu-alukan.

Para muslimin dan muslimat, saya juga ingin nyatakan di sini bahawa anda tidak perlu risau di mana hendak solat kerana pihak Ombak Creative sendiri telah menyediakan kemudahan seperti ruang solat. Sambil menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak, pada masa yang sama anda boleh melaksanakan perkara paling wajib iaitu menunaikan solat. Ingat! Berbuka puasa dan menunaikan solat itu wajib!

Sedikit Informasi mengenai Ombak Creative

Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Dimiliki sepenuhnya usahawan bumiputera, Ombak Creative Solution telah bertapak dalam bidang perniagaan lebih 10 tahun. Menceritakan sedikit keistimewaan Ombak Creative, selain daripada perkhidmatan Buffet Ramadhan, Ombak Creative turut menyediakan khidmat sewa kanopi, sistem bunyi (PA system), katering, pelamin, hantaran, make up dan andaman untuk majlis seperti pertunangan, perkahwinan, ‘birthday party’, ‘Hi Tea’ dan sebagainya.

Secara ringkasnya, Ombak Creative mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menjayakan apa jua majlis yang diingini oleh pihak pelanggan . Bagi penulis, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Ombak Creative dengan tagline “Your True Experience” sangat memuaskan bermula daripada ‘reservation’ sehinggalah proses pembayaran berlaku.

 

Makanan yang sedap, tempat yang menarik dan kemudahan yang terbaik sudah tentu mempunyai ramai pelanggan bukan? Jadi di sini, penulis galakkan supaya anda membuat tempahan sebelum datang bagi mengelakkan kesukaran mendapat tempat.

Bagaimana Untuk Menempah?

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook pageOmbak Creative page

 

Bagi mereka yang memiliki keluarga, pengalaman bersahur dan berbuka bersama tentu sahaja akan menjadi detik terindah untuk setiap ahli. Pada bulan Ramadhan ini lah mengajar kita untuk duduk dan makan bersama-sama dengan ahli keluarga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Oleh itu, penulis sarankan supaya anda membawa ahli keluarga atau sahabat handai ke Casa Ombak untuk merasai sendiri pengalaman menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Anda boleh lihat senarai lokasi beserta bayaran untuk setiap buffet. Sila klik link di bawah 🙂

Senarai Lokasi Buffet Ramadan

 

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

27 Comments

    • ok. nanti saya ziarah.. xtau nk bg tips mende.. sy xreti sgt bab2 ni… xtau mcm mne tiba2 ada kt no 1… 🙂

  1. ya betul! Saya setuju 100%… Buffet Ramadhan Casa Ombak ternyata mempunyai kelainan yang tersendiri jika hendak dibandingkan dengan Buffet-buffet ramadhan yang lain…
    [nama] recently posted…Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/buffet-ramadhan-casa-ombak.html/trackback

PAGE TOP