BUKU PENYEBAB PUTUS HUBUNGAN

Last updated : July 19, 2014

Assalamualaikum… Tak jawab berdosa! 🙂

 

Kapel tu tak haram. Tapi cara kita bercinta, yang menimbulkan maksiat yang buat kapel itu haram. Mukadimah.

     Aku yang dulu bukan yang sekarang. Dulu masa muda mudi, hangat bercinta, main-main mesej, dan tolong jangan muntah kalau aku guna panggilan “Biey-Baby”. Kalau dah guna panggilan macam tu, korang mesti dah boleh bayang masa aku bercinta macam mana. Jahiliah sungguh! Cuma… Aku masih ada batas dan had. Terus terang aku kata, susah nak bercinta kalau tak gayut kat telefon sampai berjam-jam, inbox ada beratus-ratus mesej. Susah bukan? Sama macam aku. Tak senang duduk.

     Ditambah pula celebrate anniversary yang ke 6 bulan kemudian celebrate yang ke setahun, yang tak boleh blah bila korang dengar cerita mengenai “kek anniversary yang ke 6 bulan“. Mesti korang gelak. HaHa..

     Dan masa kat universiti dulu, aku suka kerja part time.. Jual Topup, kerja kat kedai kasut-baju, jual buku. Nak cari duit lebih. Dan duit lebih tu semua habis untuk bercinta. Bila kerja kat kedai buku, pakcik (owner buku) bagi pekerja dia baca semua buku yang dijual. Korang nak habiskan baca novel latest yang masih berplastik pun dia kasi. Dia tak kesah.

Buku penyebab putus hubungan aku

 

     Nak dijadikan cerita, aku belek-belek novel, dan ternampak satu novel cover warna biru. Aku belek-belek helaian  demi helaian dan ternampak satu caption:

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri

     Aku tersentap. Rasa macam darah naik terus ke kepala. Aku tak tahu kenapa.

     Aku bawa balik buku tu. Aku baca sampai khatam. Aku rasa macam “Aku tak booleh hidup macam ni, aku kena berubah“. Buku ni buku paling terbaik yang aku pernah baca.

     Bila korang baca, memang seram sejuk badan. Mungkin banyak dosa yang melibatkan”Perhubungan”, jadi tak hairan kalau korang rasa semacam. Buku ni memang menyentuh jiwa raga, dan disebabkan buku ni, aku berubah. Mungkin Allah jadikan buku ni sebagai perantaraan. Dan apa yang aku nak cakap sekarang adalah ‘Alhamdulillah’..

     Lepas tu, aku tak beli buku tu.. Mungkin aku tak rasa menyesal. Lama-kelamaan, aku menyesal!! Arghhh!! Kenapa aku tak beli buku tu padahal tak sampai rm20 pun!

     Merata aku cari buku tu. Aku tak ingat nama buku, yang aku ingat cover dia biru. Bertahun lamanya. Serius susah nak cari. Kalau pergi mana-mana, aku cari kedai jual buku untuk cari buku ni. Dan…

     Pada minggu lepas, aku pergi Hasani, Eon Big kat Seberang Jaya. Masuk hasani, aku doa “Ya allah, harap-harap ada buku tu“, aku pusing belakang, mataku tertacap pada sebuah buku cover biru. Aku ambil cepat-cepat dan cari caption macam kat atas tu, dan akhirnya, aku jumpa!!!!! Alhamdulillah!! Bertahun aku cari buku ni, baru sekarang aku jumpa. Termakbul doa aku weyhhh…

buku-penyebab-putus-hubungan

Tadi aku nak google cover buku ni, sebab malas untuk ambil gambar. Tengok-tengok ada ni:

stanza-cinta-penyebab-putus-kapel

Laaa…. Dah buat cerita rupanya.. Aku tak tengok cerita ni. Aku harap la ceritanya best macam novel tu. Bila dah baca novel, kemudian drama pulak yang kurengg.. Sebab buku Stanza Cinta ini teramat lah best!

caption sebelum kawin

Single is simple, double is trouble

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/buku-penyebab-putus-hubungan.html/trackback

PAGE TOP