Cara Dapat 4 Flat Paling Berkesan!

Last updated : August 30, 2015

Nak dapatkan 4 Flat bukan susah. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku dapat 4 Flat. Dan aku bagi sedikit tips cara nak dapat 4 flat, supaya kauorang dapat rasa sekali syurga 4 Flat.

cara-dapat-4-flat-dengan-berkesan

Ya. aku pernah rasa nikmat 4 flat. Hanya sekali. Sebelum dapat rasa perkataan “4 rata” tu, macam-macam aku berangan. Aku berangan nak dapat 4 flat, aku berangan nak dapat A semua subjek, aku berangan nak dapat rasa perasaan dapat 4 flat, tapi setelah aku dapat 4 flat, tiba-tiba aku rasa kosong.

Sebab aku kejar dunia, sebab aku kejar angka, sebab aku kejar abjad “A”.

Dan akhirnya, 4 flat itu cuma sesuatu yang “tak ada apa-apa“. Percaya lah cakap aku. Jangan belajar sebab 4 Flat. Sebab sekali kauorang dapat, kauorang akan rasa “la… Macam ni je ke dapat 4 flat“. Tapi kauorang jangan pulak cakap aku tak bersyukur. Aku happy gila tau tak! Rasa macam nak jerit, nak bagitahu satu dunia yang aku dapat 4 Flat. Tapi perasaan tu hanya sekejap. Sekejap sangat-sangat. Dan lepas tu kau akan rasa “la… Macam ni je ke dapat 4 flat”.

Cara Dapat 4 Flat Paling Berkesan:

1. Fokus

Dalam banyak-banyak, yang ini paling utama. Percaya cakap aku, kauorang hanya perlu fokus apa pensyarah ajar. Takpayah fikir “bila nak kawen“, “Tema wedding nanti nak warna apa“, “tudung dan baju pensyarah cantik atau tak?”. Fokus dan catit keyword. Apa yang pensyarah cakap, dan tiba-tiba dia tekankan keyword tersebut banyak kali, tak mustahil akan masuk exam.

2. Study group

Masa aku kat UPSI dulu, aku study sorang-sorang. Aku tak tahu yang study group tu senang. Senang gila weyh. Kau takpayah hafal banyak-banyak, baca banyak-banyak. Kau cuma baca sikit je. Satu bab je. Nanti kau explain pada ahli group. Nanti kawan lain pulak ambil satu bab, dan dia akan explain isi-isi penting, kau pulak salin isi-isi penting tu. Percaya cakap aku “Study group paling senang dan best!

3. GEMPAK!

Aku selalu nak sesuatu benda tu dengan PERFECT! Walaupun hantar esaimen lambat, walaupun tak pergi kelas, janji esaimen aku gempak. Itu kelemahan aku. Bila apa yang aku rancang tak jadi, aku akan jadi down. Down gila. Bagus kalau kauorang target nak buat sesuatu perkara dalam keadaan perfect, tapi jangan keterlaluan. Macam aku, terlalu keterlaluan. Sangat tak bagus.

4. The more you give, the more you get

Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. (Walaupun sekecil-kecil hal)

5. RAHSIA SEBENAR PELAJAR CEMERLANG

Kau tengok RI, bahagian rujukan, dan pinjam buku-buku tersebut. Slide pensyarah kauorang buat tu ada kat buku-buku tersebut. Sem lepas, aku pinjam buku-buku tu lah. Alhamdulillah dapat A. Dekat slide ada sikit je point, kat buku tu ada banyak point dan huraian pun panjang. Bila kau baca, senang nak faham, sebab adanya huraian.

6. Solat Dhuha

Terus terang aku tak pernah buat. Dan aku nak buat. Nak jadikan ianya rutin. In sha Allah. Kauorang doakan aku ya. Sebab aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam.

“Sebelum dapat 4 Flat, saya dapat D+”

Ikuti Kisah mamat ni:

 

cara-dapat-4-rata

cara dapat 4 rata

Failure is only the opportunity to begin again. Only this time more wisely.

Arghh..”, aku menguap bangun pagi (tidur selepas subuh) sambil membuka iPad untuk check result semester 2 2013/2014. D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu. Terkejut. Kecewa. Terdiam seribu bahasa.

Banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. Namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. Tetapi, atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali meningatkan diri bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini. Keinsafan disertakan sujud syukur. Semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu. Apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.

1. Jikalau dahulu, kelas didahulukan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan manusia datangnya dari Allah. ‘Kun Fayakun’

2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahajud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit. (terpantun pula)

3. Solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.

4. Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. Boleh rujuk www.TeknikBAD.com . Teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. Banyak yang Allah datangkan tanpa disangka-sangka. Turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke Kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.

5. Ubah cara belajar. Jikalau dahulu di PASUM, study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan Kejuruteraan Mekanikal yang lain. Study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. Sharing is caring.

6. Fail to plan is plan to fail. Kata-kata ini disemat supaya merancang awal. Merancang carry mark dan menyiapkan tutorial sebelum study week. Peperiksaan bagi subjek yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.

Alhamdulillah, semester ini (sama ada rezeki atau ujian) aku memperoleh 4 rata.Sebagai umat Islam, kita ada senjata orang beriman iaitu doa. Bukan tidak perlu belajar, tetapi utamakan si Pemberi yang Maha Esa dari makhluk-makhluknya yang lain.

p/s: Pesanan ini untuk kita semua terutamanya pada aku pada semester 4 nanti. Ingat! Jatuh bukan bermakna gagal selamanya. Hidup ibarat roda, mungkin hari ini kau berada di atas, esok, lusa tidak diketahui. Ambil pengalaman orang lain untuk diadaptasi dalam jalan menuju kejayaan kita kelak.

Kredit Cerita: Kisah Ahmed Hazman itu sendiri.

Mula-mula lagi aku cakap “Nak dapatkan 4 Flat bukan susah“. Ya. Tak susah. Asalkan kau usaha. Tapi satu je aku nak cakap, belajar lah sebab Allah, bukan sebab angka. Apa yang aku tulis ni, bukan lah 100% diri aku. Sebab sampai lah tadi aku check result, aku sedikit kecewa. Masih kecewa sebab angka. Tapi sekarang aku fikir “Buat apa nak kecewa? Aku dah buat yang terbaik”

p/s: Tapi yang pasti, semester 1 di USM, aku tak dapat 4 Flat.

Baca 2 post ini dan amalkan

Cara Nak Capai Pointer 3.9  Dan Ke Atas

9 DOA LULUS PEPERIKSAAN/UJIAN/EXAM

*Jangan Lupa Bookmark doa ini.

28 Comments

  1. Akmal Sahrinsays: Reply

    Cukup bermanfaat, entri ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk score dalam exam.

  2. siti nur fatimahsays: Reply

    terima kasih sbb sudi share u’re experience, exactly same with me ,aku pun pernah lalui benda yg sama mcm kau , tapi aku rasa bersemangat lepas baca u’re entry ni, thanks so much ya, semoga berjaya di dunia dan akhirat ,insya Allah 😀

  3. norainmustafasays: Reply

    Can I share this please? or keep in my phone… really meaningful and really boost up my self esteem to get better result. I just got listed for dean’s award for my first semester in degree. I didnt expect that but the worse thing is I dont think I’m going to achieve the same result or better in the future. I dont feel confidence about myself but this entry! It really spice up my confidence! Thank you. :’)

  4. nurharihtasays: Reply

    SEBAB AKU KEJAR DUNIA,SEbab AKU KEJAR ANGKA,SEBAB AKU KEJAR ABJAD A
    BACE 3 KALI DAH Buatkan air mate aq trun..YES,NOTHING!kalau aku harapkan semua kat atas…thanks for open my mind,my heart..

  5. miesays: Reply

    Sem lps dpt d+ flat….. kecewe gak.. tp tu la cabaran part time study.. untuk korg2 yg ade peluang buat full time ni hargailah mase study. Jgn main2 mcm aku dulu. Dh tu br nk study.. tp xde la tue sgt pun.. haha

  6. info yang sgt bergunaa… yang penting kene ada USAHA + DOA + TAWAKAL

  7. muhajir al hadhramiysays: Reply

    salam,,,cik amal cerita d atas ni brkenaan cik amal la ye?
    subhanallah…kuat mujahadahnya.
    mksdnya cik amal dpt d+ tu wktu sem 2 la? then dpt 4 flat wktu sem 3 ye? btul ka? huhu…mohon cik amal mnjwb soalan2 sy ni..

    -insan yg bru ingin bangkit drpd kegagalan-
    :’)

    • kalau mengenai cerita dapat D tu merupakan cerita seorang saudara yang saya ambil di facebook. terdapat link fb pelajar tersebut di bahagian bawah post

  8. Hariz Aizad Bin Abu Hassansays: Reply

    Saya suka tengok setiap langkah usaha awak….all the best

  9. Salam…

    Saya ada buat apps untuk kira dan track GPA/CGPA… Kat situ korang boleh share2 pendapat ataupun tips2 untuk score dalam community channel… Korang boleh download apps ni dekat Play Store :

    4Flat

    Nanti dah download jangan lupa rate dan review yea…

    Terima Kasih

    • Waalaikumussalam. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak2 sebab bantu ramai Student😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-dapat-4-flat-paling-berkesan.html/trackback

PAGE TOP