CARA DAPATKAN PENYATA KEPUTUSAN MUET YANG SAH

Last updated : August 25, 2014

Assalamualaikum…

 

CARA DAPATKAN PENYATA KEPUTUSAN MUET YANG SAH, CARA DAPATKAN SLIP KEPUTUSAN MUET YANG HILANG, KEPUTUSAN MUET, CARA DAPATKAN BAND 3 MUET, SLIP MUET HILANG, CARA DAPATKAN PENYATA KEPUTUSAN MUET YANG HILANG.

 

 

     Ramai di antara korang yang nak dapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah. Maksudnya, bukan calang-calang kertas. Apa yang perlu ialah :

 

  1. RM 20.00 (jika permohonan kali pertama)
  2. RM30.00 (jika permohonan kali kedua)
  3. RM50.00 (jika permohonan kali ketiga dan seterusnya)

 

Jadi, kita hanya perlu bayar RM 20 sahaja. Tapi kalau korang dah pernah ambil, lepas tu hilang, rujuk perkara pada nmbor kat atas ni. Ada 2 cara nak ambil slip tu.. Satu pos atau korang ambil sendiri. Macam aku, better pos je.. Nak pergi ambil susah, sebab kena pergi Batu Caves sana…

  1. Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan salinan Kad Pengenalan. Permohonan juga perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 berserta bar code Posdaftar dalam Negeri bernilai RM2.20.
    Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara yang diminta pada perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.
  2. Datang sendiri ke Majils Peperiksaan MalaysiaBayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam tempoh setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke Majlis Peperiksaan Malaysia.

      Untuk mendapatkan borang Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET, sila klik di sini.

Ayuh pakat ambil sijil yang sah. Aku bagitau ni, sebab aku punya hilang. Ala, yang keputusan hantar kat rumah tu.. Aku telefon sekolah, dia kata sekolah tak ada kaitan apa-apa. Bila aku gali-gali maklumat, aku dapat tau boleh ambil penyata keputusan MUET yang sah, aku bagitahu korang. Sharing is caring 🙂

Villa Nabila —-> sini

Maklumat penting:

No telefon MPM : 03-61261600   

No Telefon Ketua Eksekutif “Dr. Jamil Bin Adimin ” : 03-6135 2035

Jika ada kemusykilan, kol terus pada mereka. Mereka akan jawab. Jika maklumat yang diberi oleh saya salah, saya minta maaf sangat-sangat. terima kasih.

71 Comments

  1. Taufiksays: Reply

    Yg barcode pos daftar tuh kena tampal terus ker sertakan sahaja ?

  2. Ainsays: Reply

    Salam.
    Terima kasih atas info ini. Saya pun kehilangan slip MUET & ingin memohom semula slip tersebut melalui pos. Saya ada beberapa soalan:

    1. Adakah saya perlu membeli 2 keping sampul surat bersaiz 23cmx32.5cm? maksudnya, satu utk diposkan kepada MPM dan satu lagi yg bertulis alamat saya sendiri.

    2. Bayaran wang pos/kiriman wang/bank draf tu saya hanya perlu nyatakan Ketua Eksekutif MPM sahaja ke? Maksud saya, tiada nama sebenar ke bagi pemegang jawatan tersebut?

    Maaf jika soalan saya agak menyusahkan. Sebab saya baca Cik Amal pernah memohon melalui pos jadi tentunya lebih arif tentang hal ini.

    Terima kasih. 🙂

    • waalaikumussalam… saya pergi ambil sendri, tak guna perkhidmatan pos, memandangkan cara pos agak sukar.. tapi tak mengapa, boleh cuba 🙂

      soalan 1 dan 2 : ya

      buat Bayaran wang pos/kiriman wang/bank draf ke Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
      apa-apa kemusykilan, kol no ni.. 03-61261600

  3. MAELsays: Reply

    kenapa mahal sangat untuk dapatkan sijil tu sedangkan kita dah buat bayaran RM100 semasa mendaftar… sepatutnya ia perlu diberi PERCUMA kepada semua calon… lebih baik print ja slip

  4. suesays: Reply

    salam..sy nk tya..klo kta mtak blik kptsan yg dh dilang tu..dia akan htar sijil original kan?

  5. Ewasays: Reply

    salam.. kalau nak bayar guna wang kiriman post tu alamatnya apa eh ? dan klau krim guna bank draf tu mcm mna ?

  6. MMsays: Reply

    Salam .. nak tanya bagaimana dgn kes saya ni. Saya langsung x terima slip keputusan MUET sesi Mac tahun ni. Saya dah buat panggilan kpd MPM but there is still no answer and feedback 🙁

    Any suggestion and idea to be share? TQ

    • wsalam.. slip keputusan MUET? yang slip kertas biasa tu ke? selalu dia hantar kat rumah. Alamat yang awak gunakan masa daftar MUET.. tapi kalau dia tak bagi pun, awak boleh mohon penyata yang sah 🙂

  7. kalau ambil sendiri, kena bawa document apa je ye selain ic?

      • diejasays: Reply

        Salam..nk tnye
        .awak pnh Ke datang sendiri KT MPM tu? Cmne erk cara nk sampai kt sana? Sy x psti lokasi nye

  8. shashalinasays: Reply

    Hai..thanks for the info.

  9. cik suusays: Reply

    Assalamualaikum, saya telah kehilangan keputusan Muet .. saya telah memohon melalui pos .. sudah 6 hari.. tapi masih belum dapat.. berapa lama tempoh yang diambil?
    Terima kasih

  10. walsays: Reply

    Kalau ambk muet tahun 1999 blh dpt ke sijil 2..mohon pencerahan..

  11. Ziesays: Reply

    Assalam,
    Sy amik muet nov 2015. Baru2 ni mpm dah hantar slip muet.
    Nak tanya, yang dipos di rumah ni hanya slip atau sijil original?

    • waalaikumussalam.. bukan original. tapi slip tu still boleh guna

      • farahanasays: Reply

        Salam. Salah satu syarat untuk minta penyata slip muet adalah besertakan dgn ic yang “terbaharu”. Kalau kita hantar pakai ic yang lama tak boleh ke? Sebab saya belum renew lagi 🙊

  12. Amirsays: Reply

    Assalamualaikum. . nak tanya apa beza penyata muet dengan salinan sijil muet ?

    • penyata muet tu sijil sah keputusan muet kita. mcm sijil spm atau sijil brjenti sekolah. bukan yg keputusan spm yg kertas biasa tuu.. salinan sijil muet tu yg org potosted keputusan muet 😀

  13. Pulutsays: Reply

    Sy pny slip muet xhlg tp xdpt pn

    • tak dapat? kena ambil penyata lah kalau macam tu. sebab selalu hantar kat rumah je slip muet. kalau tak hantar, mungkin ada masalah.

  14. muhammad zhafri bin firuzsays: Reply

    Assalamualaikum. Saya kehilangan sijil muet. Saya ambil muet pada tahun 2010. Adakah boleh dapat kembali salinan sijil muet?

  15. Muhammad Bukhari Abd Razaksays: Reply

    As salam

    saya sudah ambil peperiksaan MUET tahun 2015 dengan mendapat keputusan Band 3.
    saya bercadang untuk megambil sekali lagi pada tahun ini (2016) dengan tujuan untuk mendapat band yang lebih tinggi.
    jika saya mendapat keputusan yang lebih rendah dari tahun 2015, contoh band 2.
    Pihak universiti akan mengunakan keputusan pada tahun 2015 atau keputusan tahun 2016.

      • Cik sarahsays: Reply

        setahu saya, pihak u akan amik result terkini muet. bukan tertinggi.

  16. Aku yang tengah buntu dan keliru_ Kenapa aku???says: Reply

    Hi, tolong.. tolong.. baru dapat sms dari kawan dia tanya slip muet dia ada dekat saya ke? ok dah 8 tahun berlalu sekarang baru dia nak tanya. Serius saya dah lupe dan kenapa pulak saya nak simpan slip Muet orang lain?? Dan lagi teruk sekali 2 orang kawan kata saya simpan slip diaorang T_T boleh bagi cadangan tak ? Macam mana kalau slip diaorang ni hilang boleh ke saya wakilkan untuk pegi ambil salinan tu? Emm serius dah serabut dah kenapa say simpan slip orang lain. dah tu cmna depa sambung blaja dapat keja. Serabut betui tah betul tah tidak kata saya simpan slip tu.

    • kalau mereka da sambung degree, memang bohong lah kata awak yg simpan slip tu. sebab nak sambung degree, mmg kena tnjuk slip asal muet.Tapi kalau tak sambung degree, master, phd, mungkin mmg betul ada pd awak. just ckp je pada mereka bahawa slip hilang or bg alasan apa-apa2. dan suruh mereka mohon sendiri salinan sijil muet. sebab nak kena salinan ic semua. kalau taknak menyusahkan diri, bagi sahaja link blog ni, dan tunjuk pada mereka dan suruh mereka mohon sendiri. suggestion saya lah.. hehe

  17. beelasays: Reply

    post daftar tu cuma sertakan dalam smpul je ye?? slip muet sy hilang jga

  18. assalamualaikum, pihak muet perlukan dua sampul surat, salinan ic, bank draf dan lagi?? kalau sampul surat letak alamat sendiri di muka depan yang alamat mpm bagaimana ya? maaf ada pening2 sikit

    • waalaikumussalam.. awak bli 1 sampul surat dan alamatkan kt diorng. dalam sampul tu letak salinan ic, 1 sampul surat yg beralamatkan rumah awak, duit n lain2..

  19. walaosays: Reply

    salam. nak tanya, tempoh paling lama request salinan slip muet ni berapa lama? saya dah seminggu tunggu posmen datang rumah hantar sampul atas nama saya tapi takde pun. yang ada surat utk mak ayah saya ada la. penat la menunggu seminggu takde apa hasil pun. instruction dalam borang tu semua saya dah ikut sebijik sebijik. dah la ipta request dokumen utk diposkan sebelum 15 april ni utk calon lepasan bukan tahun semasa (and salah satu dokumen yg diorg nak ialah slip keputusan muet).

    • waalaikumussalam.. maaf baru balas. saya terlalu sibuk dengan aktiviti universiti. Saranan saya, kalau sampai sekarang tak dapat juga,boleh kol terus pihak yang uruskan bahagian MUET ini.

  20. Nurul Najibah Mohd Azzemisays: Reply

    Assalamualaikum, nak bertanya . Sekiranya buat di sekolah luar , perlu ambik slip muet ni kan ? bagaimana jika buat di Universiti , adakah pihak U akan keluarkan slip atau kene pos mcm ini jugak ?

    • waalaikumussalam… maaf, kalau yg universiti saya tak tahu macam mana prosedur dia.. sbb sy ambil kt sek.

  21. cik waniesays: Reply

    assalammualaikum.mcmna nk print slip keputusan muet..
    sya hanya cek mllui sms sahaja..

  22. Laraaaaasays: Reply

    Assalamualaikum. Saya nak tanya, kalau pasal duit tu, kita sertakan duit tu dalam sampul surat yg kita nak pos ke mpm tu ke? Maksud saya, duit tu kita sekalikan dgn borang tu, ic, and sampul surat alamat rumah kita tu. Thanks a lot!! I really need your respond as soon as possible :'(

  23. Yanti Bensonsays: Reply

    So klau tuk calon persendrian cmtu jga ke? …diaorang kan post sdri or kte kna mohon spya diorang post? Cme erk?

    • klu yg slip biasa tu mmg diorang akan pos sendiiri.ni yg salau penyata sah macam sijil tu, kena mohon. ikut langkah2 kt atas ni.

  24. atysays: Reply

    boleh kah kalu wang tunai terus disertakan di dlam smpul surat?

  25. khairun nisa binti anuar sadadsays: Reply

    Nk tny
    Slalunya akak punya slip haritoo smpai dlm berapa hari ya?
    Kena buat pos laju tak?

  26. wanieyzsays: Reply

    salam sy nk tanya..kalau sy nk buat semula muet sy boleh ke?? kalau sy nk daftar untuk masuk belajar dulu lepas tu baru amik muet boleh ke?? kiranya sy nk perbaiki keputusan..sy harap dpt penjelasan ye..terima kasih..

    • klu masuk U, guna result muet yg first. bila dah masuk, nk ambil exam semula, boleh je..

  27. pikachusays: Reply

    Saya repeat muet dah daftar apa semua tapi saya tak pergi sebab ada masalah keluarga. Adakah mereka akan mengambil kira result saya yang lama ?

  28. Siti narimahsays: Reply

    Salam, slip.muet saya tahun 2002, tp dah hilang, boleh ke sy dptkan semula slip.muet saya

  29. mohamed hariz aizamsays: Reply

    saya nak tanya, apa beza salinan sijil muet dan penyata keputusan muet? sijil saya tak smpai rumah. so mana yang saya patut mohon??
    kalau untuk salinan sijil muet harga rm40 dan untuk penyata keputusan muet adalah rm20? jadi yang mana satu patut saya mohon?

  30. Miraaesays: Reply

    Assalamualaikum. Awak. Sya ade mohon Penyata Keputusan muet sbb saya punya hilang. Saya dah mohon seminggu lepas. Agak2 bila dia akn pos blik ke runah kte ye?

    • Tunggu je.. Kalau rasa lagi seminggu tak sampai, call mereka. Dan minta mereka untuk mempercepatkan proses pengeposan. Cakap yang awak urgent ke. In sha Allah, mereka faham

  31. intansays: Reply

    asssalamualaikum, klau saya nk pergi ambil sndiri salinan sijil dan penyata muet dkt pejabat dia batu caves just kna bwa duit, borang yg diisi dan salinan ic ye? ke mcm yg post jugak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-dapatkan-penyata-keputusan-muet-yang-sah.html/trackback

PAGE TOP