CARA MENABUNG YANG BERKESAN

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum. Tak jawab berdosa !

Dah lama tak update. Lagipun, bukannya

1- Jangan Makan di luar.

     Kalau pergi kerja, bawa lah bekal dari rumah. Korang letak nasi+kicap dengan ikan bilis pun kenyang.. Paling murah kalau korang makan kat luar pun rm3.00 ke atas. Rm3 didarabkan dengan 30 dah berapa ? Persetankan orang nak kata korang ni miskin, janji duit dalam ASB Masyukk!!
2- Jangan merokok!
     Merokok penyebab duit poket tipis. Nak kata kenyang, tidak! Nak kata sihat, tapi content rokok tu merbahaya. Nak kata Hensem dan Macho kalau merokok? Aku tengok geli ada laa.. Dengan asap berkepul-kepul, lempang nak ?
3- Kurangkan penggunaan elektrik
     Matikan elektrik yang tidak digunakan. Yang ni aku tak boleh megah-megah sangat, sebab aku pun kadang-kadang tak buat. Yang paling heaven, ajak la bini korang tidur dalam khemah.. Save elektrik! Yang penting, tiada lampu. kehkeh
4- Sorok Kad kredit anda!
     Ini bagi yang boros, Cara nak sorokkan kad. Tutup mata, duduk dalam 1 bilik, pusing 10 kali dan campak kad tu jauh-jauh. Hilang. Jangan cari. Paling tidak pun, korang reka alat macam perangkap tikus. Senang kan ?
5- Kumpul kotak dan surat khabar dan jual.
  
     Cara yang tak perlu guna duit dan tenaga. Bukan susah pun. Kalau korang kata nak lipat kotak tu perlukan tenaga yang banyak, sila pijak diri sendiri yang sangat pemalas tu.
6- Set dalam kepala “duit cepat hangus”
     Ya!. Macam aku, sangat-sangat save duit. Tak topup dan sangat save bab makan, kecuali air. Tapi bila sekali aku keluar duit, korang semua boleh cop aku sebagai perempuan boros! Bila balik jer, mesti tengok balik resit.. “Adduh.. aku dah beli apa ni?” Time tu, korang dah tak boleh buat apa.
7- Jangan ada pakwe/makwe
     Kenapa? Sebab kalau ada kekasih mesti mau mesej dan gayut kan ? Kat situ duit untuk topup mesti jalan punya lah.. Kalau macam aku dari dulu memang save. Kapel pun, ex yang selalu kol. Haha.. Jadi memang takde beza, kapel atau tak, macam sama jerr..
p/s : Benci kawan touch and go!

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-menabung-yang-berkesan.html/trackback

PAGE TOP