Cara Nak Capai Pointer Yang Kita Target

Masa result keluar, kebanyakkan student akan cari blog ni. Maybe sebab post aku mengenai “Cara Dapat 4 Flat Paling Berkesan!“, atau nak tips lain, aku tak tahu kenapa, tapi sayangnya aku baru nak menulis. Maaf lewat, aku sangat sibuk.

Pada kauorang semua, aku buat post ni, aku fikir banyak kali. Sama juga dengan post-post lain. Sampai 1 masa aku terfikir, kenapa perlu aku simpan ilmu yang Allah bagi pada aku, tapi aku tak kongsi dengan orang. Tapi apa yang aku buat, bukan Allah sahaja yang tengok, tapi manusia pun tengok sama blog ni. Dan manusia ni ada banyak jenis. Seandainya kau tak kenal tuan blog ini, maka kau mungkin tidak menganggap tajuk dan content ini sebagai riak. Tetapi seandainya kau kenal aku, aku takut anggapan kau terhadap aku boleh timbul 1 dosa. Aku mohon maaf, andai pengalaman yang aku tulis ini boleh menyakitkiti hati mana-mana pihak. Semasa aku menulis ini, yang aku fikir hanya diri aku, dan tidak sekalipun aku terlintas akan perbuatan dan tingkah laku orang lain. Terima kasih membaca.

Untuk semester kali ini, result dirahsiakan. Haha. Aku nak share sikit tips-tips yang aku guna masa semester yang lepas. Aku menulis bukan untuk ajar kauorang untuk dapat 4 flat, tapi aku nak kauorang guna tips-tips yang aku guna ini untuk capai pointer yang kau target.

Okay kita mulakan.

1. Doa

Masa semester 1 yang lepas, aku selalu doa untuk dapat 3.79 dan ke atas. Kenapa aku nak sangat 3.79? Rahsia. Habis sembahyang aku doa 7 kali “Ya Allah, bagilah aku dapat pointer 3.79 dan ke atas semester ni Ya Allah“, dan akhirnya aku dapat 3.70. Walaupun tak termakbul, aku tetap puas hati sebab 3.70 tu sangat tinggi.

Jadi, untuk semester 2, aku up sikit doa aku. “Ya Allah, bagilah aku dapat pointer 3.90 dan ke atas semester ni Ya Allah“. Doa 7 kali lepas sembahyang + doa-doa lain. Dan Alhamdulillah, tak sangka allah makbulkan doa aku kali ini.  Mesti kauorang terkejut kan? Aku lagi terkejut. Kenapa aku doa tinggi sikit? Sebab kalau tak capai 3.90 pun xpe. Maybe Allah bagi 3.8 ke atau 3.7 ke. Kat situ dah kira tinggi dah kan?

Kenapa aku letak doa nombor 1? Allah makbulkan atau tidak, itu belakang kira. Tapi aku nak jelaskan di sini, lepas kau habis sembahyang, dan kau sebut nombor tu 7 kali, otak kau akan set pointer yang kau nak. Pointer yang kau nak itu adalah perkara yang positif, jadi segala apa yang kau buat, contohnya dalam kelas atau semasa kau belajar, tubuh badan dan otak kita akan ke arah yang positif. Ada faham?

2. Tolong buat Group Study!

Masa aku diploma dulu, sekalipun tak pernah buat study group. Sebab tu masa aku sem 1 sampai sem 5, tak pernah sekalipun aku dapat 3.8 dan ke atas. Padahal, diploma lagi senang daripada degree. Tapi kenapa masa aku ijazah, dengan menggunakan tips “saya ada group study sendiri“, senang nak dapat A walaupun soalan exam susah gila. Sebab saya ada group study masa Ijazah. Hoyeahhh! Hoyeahhh!

Teknik ni mudah, create 1 group study dalam 4 atau 5 orang. Sebagai contoh, dalam 1 subjek maybe ada 9 topik, jadi kauorang hanya bahagi-bahagi topik sahaja. Lagi banyak kau dapat topik, lagi besar potensi kau nak dapatkan A. Tapi jangan kau tibai semua topik. Jangan baca semua topik sendiri. Kepercayaan sangat penting. Kau kena percaya kawan kau sendiri.

3. Group assigment VS Group Study

Tips ini mungkin kauorang susah nak guna. Sebab dalam mindset korang “Tak boleh hidup tanpa kawan“. Buang sifat ketidakberdikarian ini. Naik semester ini, setiap subjek sudah semestinya akan ada assigment group. Sebagai contoh, next semester kau ada 4 subjek yang ada assigment group. Jadi, kalau nak cari ahli kumpulan, cari orang yang lain-lain. Jangan setiap subjek kau pilih orang yang sama.

“Nanti susah nak kena pergi desa/kolej lain untuk buat discussion”

“Tak boleh nak masuk group dengan perempuan tu. She’s little bit annoying”

“Tak boleh nak pergi group lain. I taknak berpisah dengan kekasih I”

Alasan-alasan kat atas ni sila buang jauh-jauh. Masuk je dulu, nanti masa buat assigment, baru fikir. Memang akan ada masalah tidak ada sefahaman, rakan tak buat assigment dan banyak lagi. Nasihat aku, abaikan mangkuk-mangkuk yang tidak berguna ni. Tugas kau, serlahkan potensi diri kau. Kalau group assigment korang ada 4 orang semuanya, seorang tak buat kerja. Kau ada 3 kepala lagi.

Kenapa aku cakap “Group assigment VS Group Study”?

Tolong jangan campur adukkan kawan group study korang dengan group assigment. Kalau setiap sem kauorang ada group study sendiri, memang fix group study tu, maka dengan itu jangan pilih orang yang sama untuk group assigment. Kenapa aku nasihatkan sebegini? Apa yang makhluk allah buat di muka bumi ini semuanya tidak perfect. Masa kau buat assigment group, tergaduh sikit akan menjejaskan otak dan badan kau untuk kekal positif. Mesti ada rasa sakit hati, mesti ada kecik hati, mesti ada iri hati dan semua-semua ini adalah sifat-sifat negatif.

AMARAN! JANGAN CAMPURKAN GROUP STUDY DENGAN GROUP ASSIGMENT !

4. Biar diri sendiri lebih banyak buat kerja berbanding orang lain.

“Mana aci! Aku buat penat-penat doe assigment ni, dia goyang kaki!!

“Weyh… Kita je buat macam-macam. Dia rilex je. Ko tengok tu, kita duk buat kerja, dia boleh main handphone”

Normal kau akan jumpa orang macam ni. Masa ni kau boleh nasihatkan dia. Tapi tolong jangan pertikai kau buat banyak tapi member lain buat sikit je kerja. Aku set dalam kepala aku, “Takpe kalau aku buat banyak. Sebab nanti Allah akan tolong aku masa exam nanti. Tolong jangan pertikai. Daripada Allah nak bagi kau banyak A, tapi disebabkan ketidakikhlasan kau, automatik Allah bagi A- atau B+

Aku bagi 4 je ya. Malas nak tulis dah. Kalau rasa nak tips lagi, baca balik post “Cara Dapat 4 Flat Paling Berkesan!“, “Cara Present Slide Power Point Dengan Gempak!” dan “Cara Nak Capai Pointer Yang Kita Target

Keempat-empat tips ini perlu dilakukan mengikut situasi masing-masing. Ada orang tak boleh guna langsung tips ketiga dan keempat. Dan ada orang tak boleh nak buat pun keempat-empat tips ni sebab course mereka susah. Tapi agak-agak lah. Tips pertama tu kan doa. Nak doa pun susah ke? Tak payah lah doa nak dapat 4 flat. Kau tengok subjek kau tu susah atau tak, then target berapa pointer yang kau nak, lepas tu berdoa. Simple. Macam semester akan datang, aku harap aku dapat pointer 3.75 dan ke atas pulak. Sebab aku tahu bila aku ambil minor nanti, nak capai A agak susah.

CARA NAK CAPAI POINTER YANG KITA TARGET

P/S: Aku mintak, lepas dah habis baca, nampak aku, jangan cerita pasal pointer please. Kurang suka 🙁

7 Comments

  1. Izzsays: Reply

    Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat dan adakah anda berminat untuk mengadakan kolaborasi bersama ZALORA? Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my dan saya akan berikan butiran di sana 🙂

  2. Perkongsian yang baik. Jika ada target untuk capai pointer yang baik dan ditakdirkan dapat ijazah sarjana muda kelas pertama membolehkan para pelajar tukar hutang PTPTN kepada biasiswa. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang lain. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-nak-capai-pointer-yang-kita-target.html/trackback

PAGE TOP