Cara Present Slide Power Point Dengan Gempak!

Assalamualaikum.. Ehem! I ollss menaip dalam kelas ni. (Jangan contohi)

Hari ni aku nak share macam mana nak buat presentation nampak hebat tapi sebenarnya tidak. Ini masalah mental aku. Setiap kerja aku, kalau boleh nak perfect dan gempak. Padahal tak pun. Kenapa aku cakap masalah mental? Sebab tak bagus untuk kesihatan. Once aku fail, padahnya memang teruk.

Bagaimana Nak Present Power Point Tampak Hebat?

Straight to the point.

1.     Slide Power Point.

Bergantung kepada lecturer. Kalau slide lecturer kauorang jenis kartun-kartun, tak kesah kalau kauorang punya slide nak kartun-kartun jugak. Tapi masalahnya sekarang, most of them mempuyai slide yang jenis AKADEMIK! Macam mana slide akademik?

a) Slide kalau boleh tak lebih daripada 2 background. Kalau boleh background putih sahaja. Kalau nak colour-colour, jangan terlalu menonjol warna tersebut.

b) Takpayah banyak pergerakan. Tulisan keluar satu-satu. Benda tu menganggu.

c) Bunyi drum, kerincing, kompang tu semua jangan letak langsung. Mengganggu.

d) Gambar-gambar bergerak, gambar baby, dinasour dan kartun-kartun tu semua kurangkan. Kalau nak letak, pastikan tak mengganggu.

cara-buat-slide-akademik

Gambar kat atas ni, salah satu slide akademik. Cuma terlalu menonjol dengan warna-warna tersebut. Kalau boleh, warna yang digunakan hanya sedap mata memandang. Jangan main dengan warna seperti di atas.

2.     Cara presentation

Dalam Slide, kalau boleh letak 2/3 keyword sahaja. Contoh ayat:

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh di ukur atau di nilai satu peringkat ke peringkat yang lain. Perubahan ini mengambil masa yang lama. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan dari segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

cara-present-di-hadapan-lecturer

Ayat yang panjang-panjang itu tadi, jadikan seperti slide di atas.

Korang cuba bayangkan, Dalam slide ada sikit je point, sekali korang terangkan maksud pertumbuhan yang panjang-panjang macam kat atas tu. Gerenti gempak gila! Lecturer terpukau, mata keluar dragon ball sebab tergamam korang explain macam cikgu. Padahal korang hafal 3 hari 3 malam. Hampeh!

Kalau boleh letak keyword seketul dua ketul je. Sekali kauorang explain macam kereta api, gila tak full mark markah!

(Kenapa aku over gila explain?)

3. Kreativiti

Kreativiti ni ada banyak part. Aku cerita satu-satu ye.

a) Kreativiti Power Point.

Mesti kepala rasa sakit, sebab slide kosong, tak boleh nak cantik-cantik, tak boleh nak letak gambar minion, tak boleh nak letak gambar baby, tak boleh nak ada background bunga-bunga, kebun-kebun tu semua. Aku faham perasaan korang. Korang mesti rasa slide tersebut boring. Saranan aku, abaikan perasaan tersebut. Sebab yang bagi markah, bukan “perasaan” korang tu, tapi lecturer korang sendiri.

Jadi, untuk menjadikan slide tersebut kreatif, cari video yang menarik dan berkaitan dengan tajuk. Explain dan kaitkan video tersebut dengan isi kauorang. In Sha Allah dapat A.

b) Kreativiti hand out

Hand out tu kertas slide power point kauorang yang korang bagi-bagi pada kawan-kawan masa tutorial. Handout biasanya 1 kertas A4 ada 6 kotak power point kan? Apa kata, korang buat kelainan. Tak payah asyik duk guna cara yang sama. Kreatif sikit! Buat dalam bentuk pemplet ke, peta minda ke dan macam-macam cara lagi.

c) Kreativiti aktiviti

Benda yang sama. Kotak beracun lah, kuiz lah, teka-teki lah, soal jawab lah, kotak muzik lah dan pelbagai jenis kotak. Serius bosan! Arghh! <—- Kalau lecturer cakap macam ni, apa yang kauorang akan buat? Jadi, pastikan aktiviti diluar kotak minda anda, jangan hanya bermain dengan kotak beracun, kotak muzik dan sebagainya. Fikir diluar kotak! Ada bermacam-macam aktiviti yang kauorang boleh buat.

Aku bagitau satu rahsia macam mana nak buat aktiviti kreatif. Kauorang google “sample aktiviti ice breaking“, “sample aktiviti kreatif“. Okay cukup! yang lain cari sendiri. Usaha tangga kejayaan!

4. Rujukan

Jangan Lupa letak rujukan yang banyak-banyak. Tapi dalam pada masa yang sama jangan kauorang menipu, tetiba letak nama buku. Kau pergi bukak laman web library usm, kau cari tajuk, lepas tu bajet macam pinjam buku padahal nak buat rujukan. Kau ingat lecturer tak tau kau tu copy paste ke tak.

Contoh 1: Dalam Slide ada nama “Karl Garrison dalam Murugiah” yang macam kata atas tu, dekat bahagian rujukan nanti kena ada nama si Murugiah tu. Sebab teori Karl Garrison tu ada dalam buku Murugiah.

Contoh 2: Atan long Ada menyatakan bahawa _________________ . Nama Atan Long tu kena ada kat bahagian rujukan. Faham ke idok? Tak faham, PM aku.

Rujukan sangat-sangat penting. Tersangat penting! Jangan buat cincai dengan rujukan. Nak lagi kreatif, sediakan call number, then nanti cakap yang kauorang sediakan call number kat bahagian rujukan supaya kawan-kawan boleh search buku-buku tersebut masa exam. Bagi kreatif beb! Tunjukkan usaha yang padu!

5. Presenter yang hebat!

Dalam group, memang akan ada masalah. itu normal. Ada yang buat kerja sikit, ada yang buat terlebih banyak kerja dan terover-over, ada yang buat last minit, ada yang teliti, dan macam-macam lagi. Tapi atas kauorang untuk menggerakkan teamwork kauorang. Jangan tunggu pihak lain nak “gerak”. kau pun baru terhegeh-hegeh nak gerak. Padahnya, kerja last minit lah jawabnya. Jangan pasrah dapat teamwork yang problem macam tu. Bagi aku, “lagi banyak aku beri, lagi banyak aku dapat”. Kadang-kadang, member memang tak nampak usaha kauorang tu, takpe, takpayah tunjuk, Allah ada. Percaya cakap aku, Allah akan bantu kau masa exam nanti. Percaya lah! Cuba kau buat semester ni. Biar dia nak buat kerja cincai, biar dia buat kerja sikit, kau buat je lebih, nanti masa keluar result exam, jangan terkejut bilamana terdapat perubahan mendadak terhadap result kau. Percaya cakap aku, aku dah cuba, dan ianya menjadi.

Apa yang aku tulis, bukanlah seratus peratus aku buat dan seratus peratus diri aku. Tapi, yang termampu aku buat, aku akan buat. Yang ini hanya sekadar share sahaja. Dan ianya bukan sesuai untuk semua lecturer. Bergantung kepada lecturer kauorang. Kalau lecturer jenis akademik, gunapakai lah idea aku ini. Kalau lecturer jenis tak kesah, kembangkanlah kekreatifan kauorang itu. Mengenai member yang tak guna tu, biarkan je. Allah nampak usaha kau. In Sha Allah, dia akan bagi lebih extra marks untuk kau nanti.

P/S: Aku bukanlah daripada batery dan charger seperti robot. Aku adalah manusia. Yang buat kesilapan. Percaya cakap aku, aku lah yang paling bermasalah dalam group. Banyak kesilapan-kesilapan yang aku buat. Dan aku masih tetap belajar sehingga ke hari ini.

NUR AMALINA BINTI MOHD FADZIL DAPAT 3.9 DAN KE ATAS SEMESTER NI. Aamiiin…  Hahaha

2 Comments

  1. thanks for sharing… pasti gempak slide power point bila present nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-present-slide-power-point-dengan-gempak.html/trackback

PAGE TOP