CARA TANAM URI ANAK DENGAN BETUL

Last updated : January 12, 2014

TEKNIK DAN CARA TANAM URI ANAK

TEKNIK-DAN-CARA-TANAM-URI-ANAK

 

     Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Selalunya lepas bersalin, pihak hospital bungkus uri dan serahkan pada suami atau ahli keluarga terdekat untuk di uruskan. Mempelajari cara mengurus serta menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

     Uri dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

     Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara tanam uri anak dengan betul

1. Cara menguruskan uri Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

3. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

4. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

5. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

6. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput,

7. letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti Baca “Bismillahirahmannirrahim” dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

     Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM) Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

 

stress dengan blog ni 🙁

Sumber: Facebook

2 Comments

  1. faezahsays: Reply

    whoaa good sharing. dah bookmark entry ne untuk future reference sy 🙂 thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cara-tanam-uri-anak-dengan-betul.html/trackback

PAGE TOP