CERITA SEDIH: NENEK NI TAK GILA

Last updated : August 12, 2014

Aku ada kerja luar. Nak tak nak, hari minggu kena kerja. Semua pekerja kena kumpul kat satu tempat ni. Dua hari kena kumpul kat sini. Makan tidur semua kat sini. Kat mana aku tak boleh bagitahu. Aku bukan nak cerita pasal kerja aku banyak gila ke apa, aku nak cerita pasal seorang nenek ni.

nenek-mencari-sesuap-nasi

Masa tu waktu aku rehat. Dengan panas terik, tambah lagi dengan orang ramai. tiba-tiba aku ternampak seorang perempuan kena marah dengan seorang pekerja kedai. Perempuan ni nak panggil mak cik pun boleh, nak panggil nenek pun boleh. Aku bahasakan dia ni nenek okey. Aku tak tahu sebab apa dia kena marah. Tapi bingit jugak lah telinga kena maki habis-habis.

Nenek tu jalan pun tak betul dan apa yang aku nampak dia korek-korek tong sampah. Aku rasa dia cari tin. Sebab kat tangan dia ada 2 tin. Dan ada satu air mineral dalam tong sampah tu, lepas tu dia gi minum. Terkejut aku. Sebab air tu air kotor, berdasarkan warna air tersebut yang bukan lagi jernih.

Aku Tanya owner kedai yang ada kat situ pasal nenek ni, tahu apa yang pakcik ni kata?

“Orang gila tu memang selalu ada kat sekitar sini. Dia selalu cari tin. Tapi dalam sehari, susah dia nak dapat banyak tin. Sebab ramai orang macam dia ni kat sini. Nasib dia la, kadang-kadang dapat banyak tin, kadang-kadang tak ada tin langsung. Dia cari tin nanti dia minta tukar dengan makanan. Kalau dapat banyak tin pun dalam 7 ke 8 macam tu laa..”

Kalau korang tengok nenek ni, kebanyakkan daripada korang mesti akan cakap nenek ni gila sebab itu adalah mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia.

cerita-sedih-orang-gila

Aku beranikan diri gi dekat dengan nenek tuu. Ya ampuuunnn!! Bau dia buat aku rasa nak muntah. Terlalu busuk. AKu tak tahu dia dah berapa hari tak mandi. Aku kesiankan nenek ni. Badan dan muka dia tersangatlah teruk. Kurus, cengkung, berbau, pakaian dia kotor dan lusuh. Kuku tangan dan kaki dia panjang dan kotor gila. Siap ada hitam-hitam lagi kat kuku dia. Aku tak tahu macam mana nenek ni boleh makan dengan keadaan tangan dan kuku dia macam tuu. Korang bayangkan lah sendiri macam mana kondisi nenek ni.

Aku pandang dia, dia macam nak makan aku balik. Aku bagi dia roti yang ada dalam beg aku. Dia tak nak. Aku pun ambil satu tin yang ada kt tangan dia, aku bagi dia roti. Mungkin dia faham sistem “barter” aku ni, dia pun ambil roti tu dan makan macam 10 hari tak makan.

Yang menjadi tersangat pelik adalah dia ni tak ada anak ke? Dia tinggal mana?

Aku serius kesian kan dia.

Lama aku perhatikan dia.

Petang tu, aku jumpa lagi nenek ni.. Kat belakang toilet. Tengah cari tin aku rasa. Kat tangan dia ada 3 tin. So, maksudnya, daripada tengah hari sampai lah petang, dia hanya dapat 2 tin sahaja???

Aku g kat nenek ni, aku berbual dengan dia. Dia diam je. Aku tetap cakap dengan dia padahal aku cakap sorang-sorang  memandangkan dia buat tak tahu jer, kalau orang tengok, mesti kata aku gila, aku cerita macam-macam sampai lah aku rasa dia selesa dengan aku. Aku rasa dia dengar apa yang aku cerita.

Tak lama lepas tu, aku rasa dia dah mula okay kut dengan aku. Sebab cara dia pandang aku, tak de lah nak makan aku macam mula-mula dulu.

Aku teringin nak ikat rambut dia. Lepas lama berbual (walaupun dia tak respon), aku tunjuk kat dia getah rambut. AKu cakap, aku nak ikat rambut dia (sambil buat bahasa isyarat). Mula-mula dia taknak (geleng kepala), lepas aku pujuk, baru dia okay. Aku nak ikat rambut dia sebab dah macam orang tak betul (walaupun orang kata dia gila). Masa ikat rambut dia tu, rambut dia sangat kasar dan berbau. Tapi aku tahan je nafas.

Lepas tu, aku ajak dia mandi. Sebab badan dia tersangat lah teruk dan berbau. Dia geleng kepala menandakan yang dia ni tak nak. Lama aku pujuk, dia tetap taknak. Aku pun fikir, mungkin dia ingat aku ni gila sebab ajak dia mandi, walhal aku cuma nak badan dia bersih. Jadi aku suruh dia mandi sendiri. Aku cakap kat dia “Nenek masuk toilet tu, dan mandi, cuci sini, cuci sini (siap dengan gaya tangan supaya dia paham)” Dia macam nak cakap dekat aku something, tapi dia diam je. Aku pujuk jugak dia, Mungkin dia frust, last-last dia pun bangun dan pergi kat toilet yang aku cakap tadi. Belum sempat dia nak masuk toilet tu, ada seorang perempuan kat kaunter toilet tu tahan dia siap maki hamun dan halau-halau lagi nenek ni. Menjerit-jerit bagai nak gila. Sekarang baru aku faham kenapa nenek ni taknak masuk toilet tu.

Yang pertama, sebab dia tak ada duit nak masuk toilet.

Yang kedua, sebab dia gila.

Lepas tu dia datang kat aku. Aku cakap “tak pe. Saya ada”. Aku suruh dia tunggu situ, aku nak ambil beg baju aku. Nasib baik event ni 2 hari, jadi kelengkapan untuk mandi semua ada.

Aku pegang tangan dia dan bawa dia masuk toilet. Aku bayar untuk 2 orang. Makcik yang maki hamun ni tadi pandang sinis dekat aku sambil kata “jangan kotorkan toilet ya”. Geramnya aku masa tu.

Aku tarik nenek ni masuk toilet yang untuk mandi punya. Aku sempat pandang manusia-manusia yang pandang pelik kat aku siap ada yang tutup-tutup hidung lagi.

Bila dalam toilet tu, aku bagi dia kain batik, untuk tutup bahagian yang sulit. Masa dia buka baju, tuhan je tahu macam mana aku tahan nafas. Mula-mula aku bersihkan kepala dia dan seterusnya badan dan muka. Korang boleh bayangkan tak, macam mana kotornya nenek tu sampai air yang bersih jadi kelabu. Lepas tu, keluarlah selut dan macam-macam lagi. Habis sabun cecair lifebuoy aku guna. Dah la sikit sebab aku bawa yang jenis travel punya. Lepas siap semua, aku potong kuku dia. Nasib baik ada pengetip kuku yang aku sangkut kat kunci. Lepas habis mandi, aku bagi dia pakai baju T-shirt aku dengan seluar tidur aku. Itu aja yang muat dengan badan dia.

Tak lama lepas tu makcik yang jaga kaunter datang ketuk bilik air. Dia Tanya kenapa lama sangat. Dia suruh aku cepat-cepat keluar. Aku tengok jam. Baru aku tahu setengah jam lebih aku dalam toilet. Yang aku peliknya, kalau ada yang sakit perut nak berak, takkan makcik ni halau keluar jugak kalau lama-lama??? Kenapa dengki sangat dengan golongan macam ni ??

Lepas keluar toilet, aku cari tempat duduk. Nenek ni diam je dari mula jumpa sampai lah sekarang. Tapi apa yang aku suruh, semua dia buat. Aku keringkan rambut nenek tu. Aku ikat bagi kemas rambut dia. Kalau korang tengok sebelum dan selepas rupa dia, mesti korang takkan percaya.

Lepas selesai semua, dia nak blah dari situ. Aku suruh dia tunggu. Aku pun belikan roti dan biskut untuk dia banyak-banyak dan letakkan dalam plastik putih. Dia taknak. Aku pun ambil 1 tin yang ada pada dia. Aku harap, dia faham sistem barter aku kali ini cuma aku cakap “yang lagi 2 tin ni, nenek simpan”. Lepas tu baru dia ambil makanan tu semua. Aku nak bagi duit, dia tolak. Lepas tu dia pergi.

Aku nak tunggu kat situ sampai dia hilang daripada pandangan mata aku, bila dia dah jauh, aku nampak dia bagi something yang dalam beg plastik putih dekat seseorang. Tapi aku tak Nampak siapa. Sebab terlalu jauh. Masa tu aku terfikir, “Adakah makcik ni normal?”

Lepas tu aku pun teruskan kerja aku memandangkan waktu rehat da tamat.

Part ni sedih gila

Esoknya (petang), bila kerja dah habis, kami semua simpan semua peralatan dan kemas-kemas apa yang patut. Dan korang nak tau apa jadi lepas tu???

Nenek tu datang dengan satu beg plastik hitam yang diikat. Dan dia bagi pada aku. Aku cakap tak nak. Aku suruh dia simpan. Dia cakap “Ni!” “Ni!” sambil tunjuk beg plastik tu dengan muka yang marah bila aku cakap aku tak nak. Dia macam suruh aku terima beg plastik tu jugak. Bila aku ambil, terus dia blah dari situ.

Aku tengok dalam beg plastik tu….

Ada tin!!!!

Ya! Ada tin! Banyak. Mana nenek ni cari tin semua? Untuk apa dia bagi aku? Aku kira semua tin tu. Semuanya ada 25 tin. Banyak gila!

Baru aku teringat pasal semalam. Adakah dia bersusah payah cari tin ni semata-mata nak bagi aku sebab tolong mandikan dia dan belikan makanan? Dia dah la tua dan dalam sehari nak dapat 10 tin pun susah, inikan pulak tin-tin yang banyak ni? Daripada pagi sampai lah petang baru dia dapat 2 tin, inikan pula 25 biji tin.

Aku rasa macam nak nangis.

Sebab tin ni.

Sebab . . . . . . . .

Dia tak ada apa nak bagi aku….
Dia tak ada duit nak bagi aku…
Dia tak ada apa-apa langsung nak bagi kat aku…
Dia cuma ada tin.
Tin kosong yang kotor, yang ada dalam tong sampah, dalam longkang dan tempat-tempat kotor.

Bagi kita, tin tu cuma tin sahaja. Tapi bagi dia, Tak!

anak-yang-lupakan-ibu-bapa

Aku rasa macam nak menjerit sekuat hati pada orang sekeliling

“TOLONG HORMAT DIA WALAUPUN KEADAAN DIA YANG DAIF TUU!! TOLONG JANGAN MAKI HAMUN DAN MAKI-MAKI PADA DIA LAGI!!! DIA TU BUKAN BINATANG UNTUK KORANG LEMPIAS KATA-KATA KESAT!!!!

Paling tidak pun. Tolong jangan pandang hina dengan dia.Dengan golongan macam dia. Dengan tin-tin yang korang anggap sampah dan kotor.

Tolong…..

Aku merayu…..

Lepas aku tengok beg plastik tu, aku terus cari nenek tu, tapi dia tak ada. Satu je aku nak cakap “Dia tak gila”.

14 Comments

  1. dewi puspitasays: Reply

    hebat imaginasi amal… mcm real… 🙂

  2. Rahimah Abubakrsays: Reply

    kalu tulis spm.. dah fail paper ni…

    sebab mcm ending dgn..

    “eh eh aku mimpi rupanya…”

    anyway good story.
    ingat ada
    cerita sebenar yg lebih dahsyat dlm msyrkt kita…

  3. bellasays: Reply

    Sedihnyaa …. kalau
    real mesti lagi sedih

  4. bellasays: Reply

    Sedihnyaa …. kalau
    real mesti lagi sedih. Nasib baik rekaan saja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cerita-sedih-nenek-ni-tak-gila.html/trackback

PAGE TOP