Cikgu… Saya minta maaf :(

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum… Tak jawab berdosa!

     Aku bukan nak merungut. Tapi biarlah blog ni tempat aku bercakap. Aku rasa macam sakit hati, geram, sedih, pilu, sesak kepala dan macam-macam lagi. Dan kalau tengok, semuanya ayat negatif.. Sampai aku pikir, aku reset minda balik, i act like a strong women tapi at last aku diam, dan aku rasa macam “Ya allah! Susah jadi cikgu
    Bila aku tegas budak-budak tak suka, aku hiperaktif dan berlembut, budak pijak kepala. Kalau cikgu tetap boleh beri hukuman. Buat lah apa je.. Rotan, cubit tapi aku cuma guru ganti.. Guru yang hanya beberapa hari je dengan budak-budak ni. Aku diam depan budak-budak ni, tapi ada jugak segelintir murid yang degil, masih bercakap, bermain dihadapan aku walaupun diorang tahu aku tengah marah, walaupun rakan-rakan diorang suruh senyap (sebab tengok mka aku tengah marah). You know what you feel kalau orang yang biadab tak dengar kata, it feel like arghhh!!!
     Aku mula-mula tak nak marah.. Aku senyap. Aku pikir balik “macam mana nak buat budak-budak ni dengar cakap aku“. Dan bila aku senyap sambil muka yang memang tension gila, diorang tetap buat perangai macam tu..
     Last, aku bunyi loceng terus aku keluar. Aku memang rasa macam !@#$%^. Bila aku turun tangga, turun tangga, then nak balik bilik guru, tiba-tiba aku rasa….takpe aku mengalah. Aku pegi kelas diorang balik, aku minta maaf. Dengan suara sebak, aku cakap “aku minta maaf blablablablabla” Panjang lah jugak aku bebel masa tu. Masa tu rasa macam sebak, macam ala-ala majlis perpisahan macam tu laa… Tapi aku tahan. Budak-budak ni nak exam minggu depan, jadi tak nak disebabkan perasaan aku, mereka fail. Aku taknak.
     Dan aku keluar.. Nak turun tangga, ada seorang murid tu kata “cikgu nak pergi tandas” lepas tu tiba-tiba dia tarik tangan aku dan cakap “cikgu maafkan kami” lepas tu terus blah.  Aku tahu masa tu dia saje bagi alasan “cikgu nak pergi tandas“, actually dia nak minta maaf. Dan tiba-tiba ada 2 3 murid datang kejar aku, minta maaf juga. Time tu rasa macam sebak jugak la.. sebak lagi… haha

aku ni rendahkan ego aku.. datang balik kat kelas korang. Mintaa maaf semua walaupun awak yang tak dengar cakap cikgu…Tapi satu je, kalau tak nak belajar, takpe,.. cikgu tak kesah..

Walau banyak mengajar TETAPI hanya secebis kuman sahaja ilmu yang diredhai, aku halalkan

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cikgu-saya-minta-maaf.html/trackback

PAGE TOP