CINDERELLA MAXI DRESS MURAH!!

Last updated : October 28, 2013
Cantik bukan baju ni ? Nak beli ? RM 95 sahaja tak termasuk postage.


cikgu garang, cara jadi guru yang tegas, cara jadi cikgu baik
     Gambar baju first cuma promote. Nak beli? Sila beli. Aku nak cerita pasal murid. Kalau korang nak tahu, murid yang aku tak ajar, memuji-muji aku bukan main lagi. Maybe diorang pikir aku cikgu yang baik, kind, nice etc. Siap bagi hadiah bagai-bagai. buku, kek, muffin tapi, kalau murid yang aku ajar, pandang buat derk jer. Ni gara-gara aku terlalu serius dalam kelas. Sumpah aku tak tipu. Muka budak-budak ni semua serius kalau waktu kelas aku. Tiada gelak tawa. Padahal baru darjah 2. Ini semua gara-gara angin kus-kus tiap bulan. Memang nasib budak-budak ni laa time aku masuk sekolah ni, time ni lah angin kus-kus mai.
     Nak dijadikan cerita, tadi aku psiko budak-budak ni. Aku suruh diorang tidur, kemudian pikir “kalau ibu dan ayah tiada macam mana” “Ibu selalu beli apa yang awak nak, selalu buat apa yang awak suruh tapi bila ibu minta tolong, awak suruh adik, abang, kakak awak buat” lepas tu aku pun tambah ayat macam-macam bagi sampai diorang sebak. Memang ayat drama habis la.. Last-last menangis. Bila dah lama menangis, makin lama makin banyak air mata + hingus keluar, aku cuak lah jugak. Kut lah under control ke. Ending, boleh control ya. Tak de sampai melalak jerit “Nak mak!! Nak mak!!!” Boleh kira dengan jari yang tak menangis tu berapa. Yang tak menangis tu sebab tertidur. =.=” Penat-penat aku berceramah kat depan diorang boleh tidur, siap meleleh air liur pulak tuu..
     Start esok, aku nak ubah! Bagi budak-budak fun sikit.. Dalam masa yang sama tegas not garang okay! Mau bawa laptop! Sebab tu cara bagi budak-budak ni release tension asyik mengadap muka kerut-kerut aku ni.
p/s: aku cerita panjang-panjang, bukan korang baca pun kan.. k bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/cinderella-maxi-dress-murah.html/trackback

PAGE TOP