CORETAN MUSLIMAH MEMAKAI PURDAH

Jawapan Seorang Wanita Yang Memakai Purdah Apabila Ditanya Kenapa Memakai Purdah

doodle-muslimah-purdah


Aku muslimah Ninja. 


Kenapa aku dapat nama tu? Mungkin kerana purdah yang dipakai. Pernah aku diketawakan kerana purdah ni. Nak tahu apa orang kata?

” Wei! Pakai purdah ni mesti sebab muka buruk!”

” Yeahh! Ninja dah maii!”

Aku pandang sebelah mata sahaja apa yang mereka lakukan dan aku tepiskan segala yang mereka katakan. Sedih, kerana mereka tidak mengerti kenapa aku pakai purdah ini.

Aku tidak pelik. Yelah, kata orang, situasi di Malaysia bukan berpasir seperti di Mesir. Mereka  berpurdah untuk melindungi muka dari habuk yang berterbangan. 

Tetapi mereka tidak tahu bahawa aku juga sedang melindungi wajah aku. Dari debu? Bukan. Dari fitnah manusia yang tidak pernah lepas. 

Pernah juga ada yang bertanya kepada aku, kenapa aku memakai purdah. Jawapan aku mudah. Aku hanya mahu melindungi diri sendiri. 

Tetapi kalau kamu semua nak tahu, aku lebih selamat apabila memakai purdah. Apabila aku berjalan, terasa diri dihormati kerana ramai yang menunduk mata apabila melewati aku. 

Lelaki pula tidak sewenang-wenang memegang atau menyentuh aku kerana tahu akan batasnya dengan aku. 

Tetapi ada juga yang menganggap bahawa aku memakai purdah kerana mahu menarik perhatian lelaki. Allahurabbi. Tak ingin pun aku. Niat kerana Allah. Istiqamah itu penting. 

Ada juga menganggap bahawa mereka yang berpakaian purdah ini orang alim. Bukan juga. Alim tidak semestinya melalui pemakaian. 

Betapa aku terasa beruntung apabila diperkenalkan purdah ini. Eh, macamana aku kenal purdah ni? 

Dari seorang sahabat. 

Terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada purdah. 

 

Kredit:

Aku Muslimah Ninja

11 Comments

  1. semoga trus istiqamah..timm sndri pun ada kwan yg brpurdah..dia pun sma jugk gila2, juz pkai purdah jer..sronok brkwan dgn glongn brpurdah ni..

  2. islam mengajarkan kepada umatnya dengan syariat yang sebagian orang susah untuk memahaminya,hadits yang shahih di sebutkan “islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing,dst….”,seperti itulah gambaran sekarang,maka berbagialah siapa saja yang menjalankan syariat tersebut
    [nama] recently posted…Beberapa Jenis Kanker/Tumor OtakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/coretan-muslimah-memakai-purdah.html/trackback

PAGE TOP