Dapat 11 CPUV Nuffnang Sekaligus!

Kalau ada yang tanya macam mana nak dapat 11 CPUV Nuffnang Sekaligus, aku memang tak tahu macam mana. Tapi aku ada satu tips. Mungkin boleh digunakan. Iaitu jangan update blog. Haha.

Aku memang busy. Nak-nak lagi bulan 11 ni USM nak konvokesyen. Disebabkan aku merupakan salah seorang daripada ratusan yang interview Convex dan terpilih menjadi penyelaras bahagian Media dan Pendokumentasian, jadi kesibukannya melampau-lampau. Tapi best, fun !

Kalau lah ketua aku tak sporting, dah lama aku kaku duduk dalam bilik kerja kitaorang sambil menghadap laptop daripada pagi yang cerah sampai lah pagi yang gelap (Paham tak?).

Dan yang paling best, bila aku jadi penyelaras time birthday USM yang ke 50 tahun, dan disebabkan itu lah Ahli Convex telah menjemput Sultan Brunei, Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, TYT (Pulau Pinang) dan VC kami. Memang paling gempak gila adalah tahun ni.

Bayangkan masa Convex berlangsung, ada ramai VVIP. Gila crowded dan gempak. Gempak tu gempak lah jugak, tapi yang hasilkannya tak cukup tidur lah gamaknya. Kesian Majlis Tertinggi jabatan aku. Kebanyakkannya mereka yang kena buat. Aku apa pun tak reti. Nak kena guna software-software macam photoshop, Adobe illustrator dan macam-macam lagi software yang aku tak pernah dengar. Memang nak tak nak kena belajar.

11-CPUV-NUFFNANG

 

Okay dah lari tajuk.

Tapi memang betul pun. Aku tak update blog, tiba-tiba (buat pertama kalinya) aku dapat sedebuk banyak CPUV daripada Nuffnang. Dan aku tahu, ramai yang dapat. Kan kan ?

Convex = Eventย yang berlangsung masa hari konvokesyen.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/dapat-11-cpuv-nuffnang-sekaligus.html/trackback

PAGE TOP