Denda anak murid

Last updated : December 2, 2013

 

cikgu kejap, denda anak murid, denda anak murid dengan aktiviti menarik, tarik perhatian anak murid.

 

      Rindu sekolah, rindu nak mengajar. Nampak gambar kat atas ni? Bila aku jadi cikgu, aku ada peraturan. Bila aku suruh letak kepala atas meja, semua kena buat. Kalau diorang ni bising, aku suruh diorang letak mulut atas meja. Peduli apa aku. Cara ni bukan kejam. Sebab ia didik budak-budak ni patuh dengan arahan.

     Kadang-kadang aku kejam jugak la. Sikit. kalau diorang bising, aku cakap “letak kepala atas meja” Tapi!! Aku cakap dengan suara yang sangat halus. Nasib pada sesiapa yang tak dengar. Bila tak dengar, macam-macam denda yang aku buat. Tapi denda dalam bentuk ‘fun’ la. Contoh macam kalau siapa kena denda tu boleh gelak tawa gila-gila walaupun diri tu sedang di denda oleh cikgu Amal 😀

      Budak-budak ni kalau tak dengar arahan, ada sebab, Kalau nakal tahap dewa, cuba tanya diorang pasal family dan persekitaran rumah diorang. Mesti terkejut, kalau diorang cerita. Macam-macam ada.. 

p/s: Aku benci spammer !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/denda-anak-murid.html/trackback

PAGE TOP