DUIT SEKOLAH 4 GENERASI

Last updated : December 2, 2015

Kawan aku cerita.

Anak sedara dia umur 7 tahun dapat duit sekolah RM20 sehari. Satu hari, dia mintak duit lebih. Bila maknya tanya nak buat apa, dia cakap “Nak bagi dekat kawan perempuan“. Bila ditanya kenapa, jawapannya “Sebab saya sayang dia“.

Satu situasi yang agak comel kalau duit sekolah tersebut adalah RM2 / RM3 dan dia nak bagi sikit kat kawan perempuan dia. Sebab apa? “Sebab saya sayang dia“. Kecik-kecik dah pandai sweet-sweet nafkah gitu. Tapi satu situasi yang agak mengejutkan kalau duit yang dia dapat RM20 tiap-tiap hari. Whathefish! Banyak siot RM20! Bila aku tanya, “Sekolah kat mana?“, jawapan yang aku dapat buat aku percaya amaun tersebut sesuai untuk sekolah tersebut.

Jadi, aku pun cerita dekat mak aku (generasi 1970) dan nenek aku (generasi 1950) masa makan malam. Masa tu, adik-adik aku (generasi abad 21) ada sekali. Nenek aku cakap, “Biasa lah tu. Nasi kat sana RM6. Air Kat sana RM4“.

Tiba-tiba, adik aku menyampuk “Dulu aku dapat duit sekolah 70 sen je“. Please lah! Nampak sangat bohong. Mak aku tak ada nak bagi duit sekolah generasi abad 21 dengan duit 70 sen. Apa lagi, mula lah kami adik beradik bergaduh kat meja makan pasal duit sekolah masing-masing.

DUIT SEKOLAH 4 GENERASI

Generasi Abad 21

Duit sekolah dapat RM4 je. Seringgit duit van. Yang lain duit makan.

Generasi 1990

Dulu duit sekolah aku RM1 je. Sekolah agama pulak 50 sen. Jiran aku yang kewangan mak ayah dia biasa-biasa je dapat duit sekolah RM2 dan sekolah agama RM1.

———————————————————————————————————–

Generasi 1970

Ibu dulu tak makan masa kat sekolah tau!

Generasi 1950

Atuk dulu bawa 10 sen je untuk makan.

.

.

.

.

.

Lepas tu, semua senyap…..

Hang kalau gaduh dengan orang tua, orang tua yang akan menang.

Ni lah nenek kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/duit-sekolah-4-generasi.html/trackback

PAGE TOP