Fenomena Warga asing jadi warganegara Malaysia

Assalamualaikum…

 

     Beberapa hari yang lepas dalam perjalanan nak pergi rumah atuk aku, adik aku cakap “aku tak sempat nak salam dengan Indera, kawan aku daripada Indonesia”. Aku diam.. Kemudian aku pandang kiri dan kanan, penuh dengan warga asing. Siap ada rumah dan motor. Bagi warga Malaysia yang aku tak nyatakan kat mana, bagi mereka itu normal. Biasa.

     Aku pun pernah main dam haji dengan warga burma. Siap orang kampung kata dia ayah angkat aku sebab dia ajar aku main dam. Macam mana mereka-mereka ini boleh duduk semeja bersama penduduk lain, lawan dam, berbual sambil minum teh kopi bersama?

     Dan ada antara mereka yang tak sah pun duduk di Malaysia. Siap anak lahir di Malaysia, sekolah di Malaysia. Bila mereka-mereka ini sudah duduk di Malaysia, bergaul dengan masyarakat kita, rapat dengan kita, apabila kita ditimpa kesusahan, mereka tolong kita, apabila mereka ditimpa kesusahan, kita bantu mereka. Termasuk lah jugak, kalau polis datang buat spot check, masyarakat kita “sorokkan”mereka.

     Adakah kita yang salah, atau mereka-mereka yang salah atau pihak berkuasa yang salah? Susah bukan kalau kita nak tunding jari pada orang lain? Sebab ada 4 jari sedang tunding kepada kita. Takkan kita nak halau mereka sedangkan mereka yang bantu Malaysia bina bangunan, rumah-rumah, jalan kereta api dan sebagainya. Kalau orang macam aku, aku diam. 

     Aku taknak tulis panjang-panjang, sebab aku perlu jaga sensetiviti. Nanti blog aku kena ban bush dan sebagainya, rugi duit aku tukar domain .com dan beli hosting

     Jadi apa motif aku tulis entry ini? Sebab satu je.. Diorang ada motor, diorang ada kereta, aku tak ada. K bye! 

hantu gila, cik amal, blogger hot, gambar menakutkan, lukisan hodoh, doodle comel, doodle buruk, lukisan hantu

Aku lukis gambar ni kat papan hitam, aku suruh budak-budak ni teka, korang tau jawapan diorang apa? 

Itu Cikgu Amal!”

Demm!

4 Comments

  1. aw…comel cikgu amal (yang versi kat papan hitam) hahaha… anyway, blog dah tukar background ea? simple but nice.. keep update cikgu amal. anak murid sini nak baca. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/fenomena-warga-asing-jadi-warganegara.html/trackback

PAGE TOP