First Crush : Cinta 8 Tahun

Last updated : August 25, 2014

Ko tahu, bila cinta tahap gaban ni, kita sanggup buat apa aje. Aku ulang balik. Sanggup buat apa sahaja… sahaja… sahaja.. (Effect gema).

Masa aku kecik, aku ada crush yang aku minat bertahun-tahun since aku 6 tahun lagi. Guess what, cinta 8 tahun aku tersangatlah funny dan bodoh. Aku beritahu semua classmate aku, aku ada pakwe nama “A”. Siap conteng nama “A” kat meja lah apa la. Lepas tu, bila dapat tahu no telefon dia, aku selalu kol. Kol tapi tak cakap. Dan percentage untuk dengar suara dia tersangat lah tipis. Sebab yang angkat phone tu maybe mak dia, ayah dia, adik dia, atau abang dia. Jadi, bila aku dapat dengar suara dia sambil sebut ‘Hello.. Hello’, aku dah bayangkan dia tengah sandar kat dinding sambil sikat rambut cacak-cacak. Disebabkan zaman tu, style rambut wajib guna gel sebelanga then letak kat rambut sambil feeling-feeling hensem. Aku tahu feeling tu sebab aku pun letak gel yang keras-keras kat rambut. Lepas tu feeling cantik. Siot.

Lepas tu cinta 8 tahun ini juga buat aku berbunga-bunga tiap hari. Dan aku juga setia orangnya. Serius aku tak tipu. Aku setia sampai mati takkan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki walaupun waktu sekolah rendah dulu aku selalu main kejor-kejor dengan lelaki. Pastu gedik-gedik. Ouhh normal! Dah la mak aku cikgu, satu sekolah dengan aku. Haha.

Cinta ini jugak memberi aku satu tenaga dan kekuatan untuk buat “love letter”. Aku tak ingat aku tulis apa. Tapi yang pasti tak ada ayat “Dinda sayang kanda”. “sayang cinta abang”. Nonsense, Cinta budak darjah 2 bagi surat kat budak darjah 3, mana ada ayat-ayat gitu. Paling tak pun

“weyh, aku suka ko. Dah lama. Tapi aku malu nak bagitahu. Balas surat ni!!! kalau tak balas, ko tak sayang aku!! Balas!!!

Pecah kaca, pecah gelas,

sudah baca, harap balas.

Itu semua ayat budak sekolah rendah. Memang viral ayat “pecah kaca, pecah gelas” walaupun tak ada facebook button share, tak ada email yang boleh foward-foward. Rasa macam ayat tu merupakan satu pendidikan yang kita kena hafal dan lepas tu masuk exam, kalau tak jawab atau salah, fail. Haha

Dan lagi satu yang aku rasa bodoh adalah semua benda buat untuk “A”. Aku bagi contoh laa.. Aku masuk sukan lari sebab “A”. AKu kena menang untuk “A”! (dengan muka serius). Sekarang ni aku rasa macam “kejadahnya cinta macam ni! Macam lah ko lari penat-penat, dapat no 1, si “A” tu akan bangga. Bila sekolah ko start sukan pun dia tak tahu! Bajet macam dia dekat dengan kau aje, padahal cinta utara-selatan”.

Masa aku ambil UPSR pun sebab “A”. Yang ni bangang. Aku macam nak pergi tahun 2004 lepas tu jeggil mata depan amal darjah 6, lepas tu cakap “Ko ingat kalau ko ambil UPSR tu, dia tangkap cintan dengan ko ke? Ko nak cakap “suka kat dia” pun malu. Berani ke ko nak bagitahu mak dengan ayah ko, yang ko tak nak ambil UPSR?? Ko takkan berani! Memang nak tak nak ko kena amek pun UPSR tuu. Tak payah sembang lebat ko ambil UPSR tu sebab si “A”. Pensel 2b masa jawab periksa ko tu pun mak ayah yang beli. Puihh”.

cinta 8 tahun

Lagi 1 yang gila tak masuk akal, aku duduk/diri tepi jalan lepas tu cakap “Kalau ada kereta lalu, “A” suka aku”. Kau agak apa? Aku dah tak larat nak maki dalam hati. Penat dah.

Ini lah cinta aku sejak 6 tahun sampai form 2. Cinta budak perempuan Johor kepada budak lelaki Pineng. DIsebabkan aku balik pineng (balik kampung) 2 tahun sekali, cinta jarak jauh ni kekal sampai 8 tahun. Dan kenapa sampai form 2 je? Sebab aku penat cinta bertepuk sebelah tangan. Cinta sorang-sorang, feeling sorang-sorang, berangan kawin sorang-sorang, akhirnya 2 bulan lepas tu aku berjaya lupakan dia.

p/s: 2 kali je bercinta, now happy to be a single

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/first-crush-cinta-8-tahun.html/trackback

PAGE TOP