Gempa Bumi Magnitud 6.0 Di Sumatera, P.Pinang Rasai Gegaran

GEORGE TOWN: Gegaran dirasai di beberapa bahagian Pulau Pinang tetapi Jabatan Meteorologi tidak dapat mengesahkan sumber itu setakat pukul 4 petang Selasa.

Warga Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan mereka di laman web rangkaian sosial berikutan gegaran itu.

“Kami telah menerima laporan daripada orang ramai yang berkata, mereka merasakan gegaran dari bahagian barat pulau itu tetapi kita masih meneliti perkara itu,” kata jurucakap jabatan berkenaan.

Berdasarkan laman web Pusat Seismologi Mediterranean-Eropah, gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter dikesan di bahagian utara Sumatera pada kira-kira pukul 3.37 petang (waktu tempatan).

Ia juga dinyatakan di laman web bahawa sumber parameter masih belum dikaji oleh pakar seismologi.

Sumber: mstar
     Aku tak rasa pun. Alhamdulillah. Sejak belakang kebelakang ini, aku rasa malas sangat nak buat apa-apa. Mesti korang rasa tak ada kaitan kan dengan gempa bagai ? okay tak pe.. Aku buat perenggan baru..
     Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa!
     Pemalas. Itu lah tajuk yang patut aku letak kat atas. Tapi ianya agak tak menarik, jadi aku buat tajuk lain.  Bagi meningkatkan bilangan visitor yang bagi aku agak merundum. Okay tak apa 🙂 Itu merupakan satu kayu ukur tahap kemalasan aku. Apa yang aku malas ? Everything. Tak melibatkan kencing berak. 
     
p/s : I’m lazy to be lazy 

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/gempa-bumi-magnitud-60-di-sumatera.html/trackback

PAGE TOP