Genesis Metamorfosis Buku Motivasi Paling Best

Saya pernah menemani umi ke sebuah kompleks membeli belah. apa yang melucukan pemikiran saya saat kami ke kaunter pembayaran adalah, kesemua yang mengendalikan kaunter bayaran adalah manusia. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa, ada Melayu, Cina, India, dan dari Bengali dan Indonesia, namun semuanya tetap manusia.

Tetapi setiap kali selesai pembayaran, setiap komuter di kaunter akan mengeluarkan suara rakaman seorang wanita berkata “Terima Kasih, Thank You!”

Geli hati memikirkan, apakah manusia sudah maju sehingga tidak pandai berbudi bahasa? Akhirnya robot mengambil alih tugas manusia untuk berbudi bahasa, manakala manusia sibuk dengan kerja robot.

___________

Lebah biasa dilihat dengan wataknya yang tegas. Siapa yang berani mengganggu sarang mereka, rasailah kesakitan dari ketegasan sang lebah. Setiap lebah mempunyai sengatan yang berbisa. Malah serangan sekumpulan lebah yang banyak mampu membawa maut! Setiap orang pasti takkan sanggup merasai kesakitannya.

Namun tak ramai yang sedar lebah jua adalah sejenis haiwan yang sangat lemah lembut. mereka bekerja untuk koloni mereka. Tugas mereka adalah menyedut madu di setiap bunga untuk membawa pulang ke sarang mereka. setiap titisan madu lebah, memerlukan ratusan malah ribuan bunga untuk menghasilkannya.

Apa yang lemah lembutnya lebah ini adalah, mereka hinggap di setiap bunga dengan agenda, yakni untuk mendapatkan madu. Tetapi tidak sedikit pun setiap bunga ini dirosakkan atau dikoyakkan oleh setiap lebah. Lebah datang dengan cara yang baik untuk mendapatkan madu, dan lebah pergi dengan cara yang sangat baik.

_____________

Bagi aku, buku ini sangat bagus. Penceritaan yang ringkas tetapi “deep”. Penulis baru umur 22 tahun. Thumb up bro! Aku paling suka part yang seorang lelaki ni namanya David dan kerja dia setiap hari keluarkan daging dari bilik pembekuan yang bersuhu 0 darjah celcius. Satu hari dia terkunci dari dalam, semua pekerja dah balik. 4 jam terkurung kat situ dan dia dah nyawa-nyawa ikan, tiba-tiba pengawal keselamatan datang selamatkan dia. Yang peliknya, kerja pengawal bukannya check bilik pembekuan pada waktu-waktu tu, tapi macam mana dia boleh terfikir nak buka pintu pembekuan tu? Sebabnya:

Tuan, saya dah bekerja di sini selama 30 tahun. Telah beratus manusia keluar dan masuk kilang ini. Tetapi sepanjang saya bekerja di sini, tuanlah manusia pertama yang akan mengucapkan “Selamat Pagi” setiap kali masuk dan “Selamat Tinggal” setiap kali keluar dari kilang ini. Saya melalui hari tersebut dengan biasa. Setiap hari saya mendengar ucapan “Selamat Pagi” dan “Selamat Tinggal” dari tuan. Hari ini, saya mendengar ucapan “selamat pagi”, tetapi saya hairan dan tertanya, di manakah ucapan “selamat tinggal” dari tuan. Maka saya rasa ada sesuatu yang tak kena.

Genesis Metamorfosis

Hasil Penulisan Shamiel Fikri Ishak. 

Humaira Publication Sdn Bhd

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/genesis-metamorfosis-buku-motivasi-paling-best.html/trackback

PAGE TOP