GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA

Β 

Masa kecik ini teddy saya

Baunya sekarang serupa air paya

Kalau cium memang tak daya

Kalau cerita mesti tak percaya

Nampak dalam gambar memang bergaya

Serupa macam baby anak orang kaya

Tapi ingat ini alam maya

Bila diluar serupa tak bermaya

Bebel panjang-panjang dah cuba sedaya upaya

Dengan banyak-banyak doodle Hope entry berjaya

Eh lupa! Kita kan dah habis raya

Mesti memasing tengah kaya raya

Saya dapat sikit jer duit raya πŸ™


13 tahun
21 tahun

Siapa kata dah besar tak boleh ada teddy?

Aku sayang tau pemberian daripada daddy

Teddy tu dah lama sampai tak pernah mandi

Walaupun muka dah layak jumpa tok kadi

Tapi dah kalau badan pun macam lidi

Aku rasa siapa pun tak sudi

Lelaki sekarang selalu tengok body

Teringin jugak photo wedding dengan padi

Lagipun aku baru habis study

ada jodoh mesti menjadi

Harap-harap jangan dengan kaki judi

Kalau tak mesti kena gerudi

Tulis entry ni kena lah steady

Almaklumlah, nak tengok siapa yang menang, awal-awal dah ready

saya nak teddy besar dari tadi

asyik-asyik termimpi serupa kena badi




Si teruna hensem si gadis cantik

Baju pun sama daripada butik

Bergambar pula dengan basikal antik

Ini kes nak cari betik

Kalau ibu tengok ada kena jentik

Nak naik basikal pun badan lentik

Kaki tak sampai, tinggi ayam katik

Muka ala-ala dah kena suntik

Nasib baik comel tak macam itik

Lagi awesome kan dengan hujan rintik-rintik?

Sambil pegang big teddy mesti lagi romantik

Walaupun cinta belum berputik

Ye laa… kawin pun tak lagi, hanya tunggu detik

Harap-harap la entry ini dipetik

Teringin juga tuan hamba beri hadiah pada patik


Andai kata saya tak menang

Biar lah teddy bear tu saya kenang

Join contest ni pun bukan senang

Saya akan terima dengan hati tenang

Walaupun air mata akan bergenang

Sampai banjir, boleh berenang

Biarlah saya tunggu diri ini dipinang

Mana tau dapat teddy masa bertunang πŸ™‚




Tomorrow is tuesday
Tomorrow is my birthday
Tomorrow is my convocation day
It would be my special day
And I hope it would be my great day
Even it’s not saturday
But i love and will miss tomorrow from other days
Korang.. doakan aku dan family selamat pergi dan selamat sampai okay.. Hari ni bertolak ke kajang, esok baru bertolak dari Kajang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kalau aku menang GA ni, memang Daebak la!!! Esok hari konvokesyen, my birthday dan dapat teddy bear besar.. Memang daebak laa…. Hehe..
Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini
Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013
Good Luck semua ^.^
Β 

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html/trackback

PAGE TOP