Guru Abad 21, GET READY !

IMG_20141111_234010

Aku ingat lagi presentation pasal “akil baligh dan seksualiti“. Bila baca buku “Life Span Development” (dalam bahasa Inggeris), memang senang. Tapi bila translate guna google translate, mak ai! Kena explain pasal zakar.

Kau agak, aku explain tak? Gila tak explain. Penat tau aku nak hadap skrip. Bagi aku, ini perkara paling memalukan. Sebab dulu masa sekolah menengah, aku sekolah perempuan. Jadi bila cikgu explain pasal  akil baligh atau berkaitan seksualiti, kami tak kesah sangat. Sebab semua perempuan.

Apa nak kesah? Masa subjek PJ, kena tukar baju senam, tak kesah langsung tukar baju dalam kelas. Dada cina, melayu dan india semua aku pernah tengok. Haha Sebab apa? Sebab dulu tak matang dan mengganggap ianya biasa. Siap boleh berbual pandang depan-depan tapi badan bogel. Cuma part bulu ketiak aku rasa macam nak pengsan. Berbagai jenis hutan. Tapi sekarang, lepas 5 tahun tinggal sekolah, serius aku geli nak tengok benda-benda gini.

Jadi, kalau setakat cikgu nak ajar part buah dada, muka masing-masing tak ada feeling langsung. Tapi kalau masuk part lelaki, sengih memanjang. Semua tunjuk minat. Haha

Pernah tak tengok surat khabar, budak 11 tahun lahir anak? Orang selalu cakap, “Pendidikan berkaitan Seks” ini penting, sebab nak bagi kesedaran pada pelajar-pelajar sekolah mengenai keburukan Seks sebelum nikah. Tapi bila aku fikir balik, macam mana aku sebagai bakal cikgu nak explain pada budak sekolah rendah/menengah pasal benda ni kalau nak explain pasal zakar dan buah dada pada rakan-rakan kelas pun malu.

So, kauorang guru abad 21, GET READY !

2 Comments

    • zakisays: Reply

      Omg amal… Hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/guru-abad-21-get-ready.html/trackback

PAGE TOP