HaiBlogger aplikasi android untuk blogger Chatting

Last updated : April 20, 2014

Assalamualaikumm… Selamat tengah hari..

Now, masih ada di sekolah.. Sebab gemuk balik sekolah pukul 3.15 kejap lagi.. Jadi aku masih di sekolah. Takkan aku nak ulang-alik kan… Balik rumah, kemudian ambil dia balik sekolah. Satu kerja pulak. Dah la aku ni spesis “Malas” yang semakin terancam.

Tapi… Tujuan post ni bukan nak cerita pasal gemuk pulak sekolah tetapi pasal Aplikasi khas untuk blogger chating. Kalau korang rasa korang pemalu tetapi nak kenal blogger dengan lebih rapat, Boleh lah download Aplikasi HaiBlogger.

Best ke ?

Best. Sebab ianya open chat. Kalau korang mengumpat blogger lain pun, yang lain boleh tahu. Haha. tapi mereka-mereka ni semuanya okay dan yang paling best ialah mereka sporting.

Merangkumi 6 open chat yang terdiri daripada :

  1. Blogger barat
  2. Blogger Selatan
  3. Blogger Timur
  4. Blogger Utara
  5. Selamat Datang
  6. Sepetang Bersama Blogger 2014

Kalau blogger utara, Hellow Hellow la aku tau.. “Cik amal”. Saya orang pineng 🙂

Siapa pemilik Aplikasi ini ?

Halimbrother.com. Orang kata dia hensem. Tapi.. aku tak tahu. Tak pernah jumpa. Siapa yang pernah jumpa Halim ni kat “Sepetang Bersama Blogger 2014”, Mesti tahu dia macam mana. Rajin beliau buat Aplikasi ni.

Cara-cara download Aplikasi HaiBlogger:

  1. Kena ada duit.
  2. Beli handphone ber android
  3. Download ‘HaiBlogger! di play store
  4. Sign in guna Facebook atau gmail
  5. Mulakan dengan memberi salam dan have fun chat dengan blogger-blogger lain 🙂

psst! Abaikan langkah 1 dan 2 jika sudah memiliki handphone android 🙂 hehe

Ramai yang download. Rugi korang tak download.. Sebab banyak yang kami chat lagi-lagi kat bahagian Sepetang Bersama Blogger 2014. Superb dan terbaik!

HaiBlogger-Aplikasi-android-untuk-blogger-chattingp/s: Siap ada yang berkenal-kenalan lagi tuu.. HikHik.. Siapa gerangannya ? 😀

Macam dah nampak siapa yang bakal dapat hadiah iPad Mini Kat contest ni

23 Comments

  1. faezahsays: Reply

    macam best je hehe xde open chat untuk org outside malaysia ke hehe

    • xde lagi buat masa sekarang.. anti apa-apa request, tny direct pada halim.. 🙂 maybe lepas tu ada 🙂

  2. Rahmadsays: Reply

    Nice apps bro.. Coding sendiri ek.. Ak pernah try nk bwat android apps tp tak jadi2..haha

    • segerakan download kak 😀 dan terus aktif dalam tuu 🙂

    • waalaikumussalam… tahu xpe 😀
      eh! macam mana nak buat love2 ni 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/haiblogger-aplikasi-android-untuk-blogger-chatting.html/trackback

PAGE TOP