HARAP DIA MAMPU BERTAHAN UNTUK HIIDUP

Last updated : October 28, 2013
Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa !
     Korang pernah tak tengok ikan ni ? Nama dia “Bubble Eye“.. Family aku ada bela ikan ni 2 ekor + ikan2 yang lain.. Ikan ni nampak pelik sikit.. Masa first time aku tengok ikan ni pun ada rasa geli.. Aku rasa macam nak picit-picit jer bubble pipi dia tuh.. Pernah terpikir nak bagi pecah dia punya pipi.. Dia comell bila pipi dia tu gerak gerak…
     Tadi Aku dengan ayah nak keluarkan air dalam akuarium guna getah paip.. Then tiba-tiba ikan aku tu tersedut sama (termasuk dalam getah paip). Time tu pakat kalut lah.. Ingatkan tak jadi apa, rupa-rupanya pipi dia dah pecah… Ada darah pulak tu.. Sebelah mata dia macam terlondeh (terkeluar) sikit..
     Terpaksa letak dia dalam akuarium lain… Sebab akuarium besar yang dia tinggal tu ada rumpai plastik lah apa lah.. Takut jugak lah bubble pipi dia terkena benda-benda tu sume then terkoyak.. Campur pulak dengan ikan-ikan yang lain..
     Aku rasa ikan ni buta dah la.. Sebabnya bila bagi makan, selalunya dia and the geng pelahap dulu.. Tapi ni, buat tak tahu jer..Bila terlanggar makanan dia, baru dia makan…

Sekarang badan dia dah pucat… Jadi putih… Harap dia hidup lagi.. aamiin…  🙁

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/harap-ikan-bubble-eye-aku-boleh.html/trackback

PAGE TOP