Hidup Tak Indah Macam Kau Duga

Kau pernah terfikir tak, satu hari nanti kau akan kawen dan lepas tu ada pelamin yang sangat cantik, baju kawen yang ala-ala princess, kemudian makan dalam dewan atau mungkin kau terfikir yang akan datang ayah kau akan belikan kau sebiji kereta. Paling cincai pun kereta Viva.

Dengan kata lain, kau membayangkan saat kau dewasa, akan ada someone yang appreciate diri kau dan memberi kemewahan yang setanding dengan status orang tersebut. Maksud aku kat sini, bila pakwe kau belanja kau makan hotel, sara duit topup kau, ada kereta dan kau membayangkan akan datang kau kawen dalam suasana indah macam wedding artis sebab pakwe kau mampu. Tak pun, bila ayah kau yang telah menyara kau daripada kecil sampai besar, kalau kau tak ada duit , dia akan bank in RM100, kalau kau susah dia akan hulur duit dan kau mengharapkan bila kau habis belajar, kau hanya perlu mintak kereta dan ayah kau akan beli sebab ayah kau mampu.

kereta-mewah-boyfriend-pakwe

Dan kemudian, belum apa-apa lagi kau dah bangga dengan ‘status’ orang di sekeliling kau.

Sampai lah tiba waktunya, kau tak dapat apa yang telah kau angan-angan selama ini. Sebab bila kau dewasa, baru kau tahu susahnya cari duit, susahnya kerja penat-penat,  susahnya nak kumpul duit. Dan masa tu kau redha je bila kawen biasa-biasa atau bapak kau bagi kereta biasa-biasa je. Sebab baru kau tahu ‘Life is not Easy’.

Tapi jenuh nak hadap orang yang macam ni. Tapi terus terang aku kata, aku boleh tahan dengan orang macam ni. Haha. Sebab bagi aku, aku tak perfect, jadi jangan bising bila orang lain tak perfect sama.

p/s: Contoh di atas hanya contoh sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

3 Comments

  1. Liyana Shahsays: Reply

    betul tu, hidup tak semudah yang disangka dan tak seindah apa yang diceritakan dalam novel..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/hidup-tak-indah-macam-kau-duga.html/trackback

PAGE TOP