I’m Looser.

Last updated : December 18, 2015

I’m sorry if this post don’t make any advantage pada sesiapa, tapi yang aku tahu, aku nak menulis saat ini.

Aku tak tahu kenapa aku looser gila semester ni. Aku sorang yang rasa atau orang lain pun sama? Aku rasa looser gila bila:

  1. Aku tak datang kelas. Pensyarah aku tanya soalan pasal sel solar atas bumbung atau lebih dikenali sebagai photovoltaic. Dia tanya “Itu apa? Photo… Photo apa?” Sebab aku takut, dengan lajunya aku bagi jawapan fotosintesis. Aku tak boleh terima kenyataan yang aku jawab fotosintesis dan lepas tu baru fikir fotosintesis adalah proses dimana pokok makan karbon dioksida lepas tu dia muntah oksigen. Aku tak tahu kenapa looser gila bila tak dapat jawab soalan yang senang. Sebab apa? Sebab aku tak datang kelas. Sampaikan pensyarah tanya “Awak ni tak datang kelas ke apa?”. Aku sangat benci bila lecturer tanya soalan dan aku kena pusing kiri kanan tanya orang jawapan. Shit. Kau tahu tak, bila tak datang kelas, kau miss banyak benda. Dan bila kau datang kelas, kau benci sebab kau tak tahu apa yang kau dah belajar selama 2 jam.
  2. Mulakan perbualan. Aku seriously sangat sombong (orang kata). Aku akan rasa bangang gila nak berbual dengan orang for the first time. Beb, aku tak tahu nak tanya soalan apa. Shit benda ni. Aku rasa macam looser gila bila aku buat fake smile. Please, kalau nampak aku, tolong tanya banyak soalan pada aku. Sebab benda tu yang buat aku rasa comfortable gila.
  3. Hilang kawan. Acctually, benda ni aku nak letak rank first sekali. Tapi bila fikir, fotosintesis lagi bangang, jadi aku buat keputusan untuk bagi dia stay kat sini je. Bagi aku looser bila aku tak stick dengan member tu sampai bila-bila. Aku bukan lah lesbian atau gatal. Tapi value of friendship bagi aku sangat penting. Sebab tu aku sangat sukar didekati. Haha, ayat sampah. Aku sangat benci bila mulakan persahabatan, dan lepas tu tak kekal. Serius aku akan menangis dalam bilik bila roomate aku tak ada.
  4. Nasihatkan orang. Bila kawan dengan aku, kau kena tahu beza bebel dengan nasihat. Sama jugak bila aku bagi penerangan dan bila aku marah. Berbeza tau. Tapi orang selalu salah anggap. Aku rasa macam bodoh gila lepas selesai je bagi nasihat atau teguran. Aku rasa serba salah, tapi rasah bodoh tu lagi tinggi daripada rasa serba salah. Walaupun benda tu mendatangkan kebaikan, aku rasa macam “aku tak patut buat”.
  5. Bila aku drive pergi kelas. Weyh, serius aku cakap, aku memang rasa looser dan sangat tak guna hari isnin-khamis. Sebab, bila aku pergi kelas naik kereta, aku baru perasan yang aku dah tak rapat dengan bestfriend aku. Sebab dulu, kami selalu naik bas sama-sama atau naik motor sama-sama. Bila aku drive sorang-sorang p kelas, baru aku perasan yang kami pun tak duduk sama-sama dalam kelas, tak swimming sama-sama. Semua benda tak buat sama-sama. Sepatutnya aku perasan benda ni awal semester lagi, tapi aku sibuk dan…..
  6. Lebihkan kawan daripada family.
  7. Tak atur hidup aku dengan elok. Waktu basuh baju, sidai kain, waktu makan, waktu tidur, waktu solat, waktu study, waktu kemas kereta dan waktu kemas bilik. Sebelum aku tidur, aku rasa paling looser hari tersebut sebab aku sedar akan masalah ini tapi aku tak berubah.
  8. Bila aku tak buat assigment dengan bersungguh. Tak ada preparation untuk presentation, buat tugasan macam sampah, aku cari pasal dengan lecturer bila aku copy paste sebutir-sebutir huruf, perkataan dan frasa ayat tanpa letak rujukan. Aku tak ada inisiatif langsung untuk belajar. Aku ambil mudah dan aku buat tak endah dengan test dan tutorial. Kauorang pernah tengok penagih dadah? Macam tu la life aku.
  9. Barang aku everything shit. Cermin mata aku punya cermin (damn explanation) hilang sebab terjatuh di celah seat kereta, Air milo tumpah atas laptop, handphone problem, kereta banyak kali accident dan baru beberapa minit yang lepas laptop aku jatuh katil dengan begitu kuat. Bodoh.
  10. Bila susah nak sebut ‘i love you’. 

 

Aku selesai tulis entry ni pada pukul 02:07:56 , December 15.

Aku gabungkan perkataan yang teruk-teruk tu dengan guna 1 perkataan je, iaitu LOOSER. Sebab tu kadang-kadang, tak ada kena mengena langsung perkataan looser tu, tapi guna jugak. The worst thing, bila aku habis tulis, baru aku google maksud looser dan shit. Damn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/im-looser.html/trackback

PAGE TOP