INDIVIDU

Last updated : October 28, 2013
2.0       Pengenalan:
           
            Pensyarah saya iaitu Cik Saida telah memberi satu tugasan individu yang perlu disiapkan sebelum minggu ke-12. Tugasan yang perlu dilakukan ialah merancang dan membina model atau bahan yang dapat merangsang dan membantu perkembangan kanak-kanak. Setiap pembinaan model atau bahan mesti disertakan dengan laporan bertulis. Saya perlu memilih satu perkembangan daripada 5 perkembangan iaitu sensori motor, emosi sosial, moral dan rohani serta intelek. Saya telah memilih perkembangan intelek sebagai pilihan utama dan tugasan ini menunjukan bagaimana saya mengolah dan menerangkan secara terperinci bagaimana perkembangan intelek dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
            Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut:
            Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti,masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya.
Kedua ialah desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja. Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah. Keupayaan menyusun objek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.             Ketiga pula ialah kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya. Dan yang terakhir ialah berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental. Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.
 
 
3.0       Objektif kajian:
 
Ringkasan objektif:
1.Mengenal subjek Perkembangan intelek kanak-kanak;
2.Mendalami psikologi kanak-kanak;
3.Memantapkan ilmu mengenai kanak-kanak;
4.Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak
 
            Terdapat banyak objektif dalam kajian kes ini. Antaranya adalah dapat mengenal subjek perkembangan intelek kanak-kanak dengan lebih terperinci. Selain itu, melalui kerja kursus ini, kita dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan terhadap konsep sebenar perkembangan intelek kanak-kanak semakin jelas difahami.
            Selain itu, modul ini juga dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, modul dapat memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, modul ini boleh membantu memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada masa hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, kita dapat mempalajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Hal ini penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.
 
 
 
4.0
MODUL
BENTUK
UMUR                    : 2-3 TAHUN
MASA        : 20-30 MINIT
TUNJANG : PERKEMBANGAN INTELEK KANAK-KANAK
OBJEKTIF PELAKSANAAN :
*     Meningkatkan kemahiran berfikir dan pemerhatian pelbagai bentuk
*     Mengembangkan kemahiran awal matematik dan permikiran logik (memadan, menyusun ikut urutan )
*     Meningkatkan koordinasi mata-tangan.
*     Kanak-kanak sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
CARA PERLAKSANAAN
BAHAN /
PERBENDAHARAAN KATA
 
1)     Meletakkan acuan (mould) di atas meja.
2)     Meminta kanak-kanak mengeluarkkan objek dari dalam bakul atau kotak dan bertanya “adik itu bentuk apa?”
3)     Memberi peluang kanak-kanak memegang dan menjawab. Jika kanak-kanak tidak tahu, guru boleh mengatakan “itu bulat”.
4)     Meminta kanak-kanak memasukkan objek ke dalam lubang/acuan bulat.
5)     Member pujian kepada kanak-kanak yang telah berjaya melakukannya.
6)     Melakukan langkah yang sama untuk objek yang lain sehingga semua objek dalam bakul atau kotak itu telah dipadankan dengan acuannya.
7)     Menggalakkan kanak-kanak bermain dengan bentuk-bentuk tersebut (bermain bebas).
 
 
Aktiviti susulan :
 
Menggunakan objek abjad atau nombor dan padankan dengan lubang pada papan sorter. Pendidik tidak perlu mengajar tentang abjad atau nombor. Cukup sekadar mereka tahu memadankan bentuk ke dalam acuannya.
 
 
 
 
 
BAHAN :
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
Bentuk dan sorter
 
 
 
 
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
Bentuk-bentuk angka
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
Bentuk-bentuk huruf
 
PERBENDAHARAAN KATA :
*     Bulat
*     Empat Segi
*     Tiga Segi
 
SELEPAS PEMBELAJARAN :
*     Perhatikan perkembangan berfikir dan pemerhatian pelbagai bentuk kanak-kanak.
*     Buat satu catatan ringkas tentang peningkatan perkembangan intelek kanak-kanak tersebut selepas aktiviti untuk pengetahuan ibu bapa.
*     Guru perlu member pujian kepada kanak-kanak yang Berjaya memasukkan sorter ke dalam acuannya.
*     Meminta kanak-kanak membantu memasukkan semula bongkah ke dalam bakul dengan mengatakan “sekarang adik masukkan semula bongkah-bongkah ini ke dalam bakul”
 
 
 
PERMAINAN INI DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEK    KANAK-KANAK
            Permainan ini dapat mengajar kanak-kanak tentang dunia bentuk. Terdapat banyak bentuk, antaranya ialah segi empat sama, segi empat tepat, silinder, bulat dan lain-lain lagi. Ini adalah cara terbaik untuk mengajar kanak-kanak tentang bentuk dengan mudah. Sebagai contoh, selain menjalankan aktiviti di atas, pendidik boleh mengajar kanak-kanak dengan menunjukkan bentuk-bentuk tertentu dan berinteraksi dengan mereka tentang bentuk-bentuk tersebut. Kemudian pendidik boleh sebutkan apa-apa bentuk dan menyuruh kanak-kanak memilih dan tunjuk bentuk tersebut. Ini menjadikan permainan semakin menarik. Dengan itu, perkembangan intelek kanak-kanak mengenai bentuk akan cepat berkembang selepas bermain aktiviti tersebut.
 
            Selain daripada itu, permainan ini juga dapat membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Ketika bermain aktiviti ini, kanak-kanak harus mengawal mata dan tangan mereka untuk memastikan mereka meletakkan bentuk atau lebih dikenali sebagai sorter dalam bahasa inggeris ini di tempat yang sepatutnya sehingga berjaya. Jadi, ia merupakan satu latihan yang baik untuk kanak-kanak. Selain itu, ia juga meningkatkn kemahiran motor halus kanak-kanak.
 
            Tambahan pula, permainan ‘bentuk’ ini dapat meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak dengan rakan mahupun guru. Apabila mereka bermain permainan ini dengan kawan-kawan, mereka akan berinteraksi antara satu sama lain bagaimana untuk menyelesaikan kesemua bentuk tersebut masuk ke dalam acuannya. Kanak-kanak juga beriteraksi dengan pendidik apabila pendidik menanyakan soalan dan kanak-kanak memberi tindak balas dengan menjawab setiap pertanyaan yang diajukan.
 
            Ia juga mengajar kanak-kanak tentang warna. Bergantung kepada jenis bentuk / sorter, kebanyakannya bewarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain mengajar bentuk, kita juga boleh mengajar warna kepada kanak-kanak. Daripada satu perkataan, pendidik boleh mengajar mereka  2 perkataan pula. Contohnya adalah “Blue Circle. Mula-mula, pendidik boleh mengajar bentuk dahulu, selepas itu pendidik boleh mengajar warna, atau vice versa. Terpulang kepada pendidik. Dari sinilah kanak-kanak akan kenal satu perkataan, selepas itu 2 , 3 dan seterusnya jadi satu sentence. Gunakan kaedah yang sama seperti di atas.
                                                            BUILDING BLOCK !
UMUR                    : 3-4 TAHUN
MASA        : 30-40 MINIT
TUNJANG : PERKEMBANGAN INTELEK KANAK-KANAK
OBJEKTIF PELAKSANAAN :
*     Menyusun bongkah secara mendatar atau menegak
*     Mengasingkan bongkah mengikut saiz
*     kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya
 
CARA PERLAKSANAAN
BAHAN /
PERBENDAHARAAN KATA
 
1)     Member peluang kepada kanak-kanak bermain secara bebas, tetapi sentiasa bercakap dengan kanak-kanak semasa mereka menyusun bongkah.
2)     Membimbing kanak-kanak untuk membina bongkah dengan pelbagai pola yang berlainan dengan mengatakan “ boleh adik susun bongkah ini mengikut barisan (mendatar) atau boleh adik susun menjadi menara “ (menegak)
3)     Menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir dengan bertanya soalan seperti, “ jika adik hendak membuat menara menjadi tinggi, apa yang adik boleh lakukan?”  bongkah yang mana adik akan keluarkan?” atau, “jika adik keluarkan bongkah yang ditengah-tengah, apakah yang akan terjadi kepada menara ini?”
 
BAHAN :
*     Blok berbagai warna dan saiz lego
 
Anda memerlukan 10 blok yang mempunyai bentuk yang sama tapi dua saiz yang berbeza
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
Membina menara
(blok menegak)
 
 
 
4)     Membantu kanak-kanak mengenal saiz-saiz bongkah dengan mengatakan “adik lihat dua bongkah ini, yang mana lebih besar?”
5)     Meletakkan beberapa saiz bongkah besar, sederhana dan kecil. “boleh adik asingkan bongkah-bongkah ini mengikut saiz?”. Lihat, bongkah ini mempunyai saiz yang sama. Sekarang giliran adik pula, “boleh adik asingkan bongkah-bongkah ini mengikut saiz yang kecil?”
6)     Biarkan kanak-kanak membina bongkah mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
 
SELEPAS PEMBELAJARAN :
*     Memberi pujian kepada kanak-kanak yang yang berjaya mengasingkan saiz bongkah yang kecil dengan mengatakan “pandai”
*     Meminta kanak-kanak membantu memasukkan semula bongkah ke dalam bakul dengan mengatakan “sekarang adik masukkan semula bongkah-bongkah ini ke dalam bakul”
*     Memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya.
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
Membina kereta api
(blok mendatar)
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
PERBENDAHARAAN KATA :
 
*     Menegak
*     Besar
*     Segi empat tepat
*     Kecil
*     Menara
 
 
 
 
 
 
BAGAIMANA PERMAINAN INI DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEK    KANAK-KANAK
            Permainan ini juga mengajar kanak-kanak tentang warna. Bergantung kepada jenis ‘Building Blocks’, kebanyakannya bewarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain mengajar bentuk, pendidik juga boleh mengajar tentang warna kepada kanak-kanak. Daripada satu perkataan, pendidik boleh mengajar kanak-kanak dua perkataan. Contohnya  ‘circle’ kepadaBlue Circle’. Pada mulanya, pendidik boleh mengajar bentuk terlebih dahulu, selepas itu, pendidik  boleh mengajar berkenaan warna. Terpulang kepada pendidik. Selepas kanak-kanak bermain aktiviti ini, mereka dapat kenal dari satu perkataan, selepas itu dua perkataan dan seterusnya menjadi satu ayat. Dalam permainan ‘Building Blocks’ ini mempunyai  bermacam-macam warna untuk satu bentuk, jadi kanak-kanak ini sudah boleh membezakan antara kedua-dua bentuk ini menggunakan warna.
            Seperti huraian di atas semasa permainan dijalankan, pendidik dan kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain. Sebagai contoh, pendidik akan menanyakan soalan seperti  “jika adik hendak membuat menara menjadi tinggi, apa yang adik boleh lakukan?” dan selepas itu kanak-kanak akan menjawab pertanyaan tersebut. Dengan ini, perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak juga akan meningkat. Apabila mereka bermain ‘Building Blocks’ ini dengan kawan-kawan, ia mampu meningkatkan kemahiran interaksi sosial kanak-kanak kerana permainan ‘building blocks’ adalah antara permainan yang akan dimainkan bersama-sama dalam kelas.
            Faedah seterusnya ialah permainan ini dapat membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan Kanak-kanak. Ketika bermain ‘building blocks’ ini, kanak-kanak harus mengawal mata dan tangan mereka untuk memastikan mereka meletakkan blocks ini di tempat yang sepatutnya dan mengelakkannya dari terjatuh jika membuat blok secara menegak. Maka, ia merupakan satu latihan yang baik untuk kanak-kanak. Selain itu, ia juga meningkatkn kemahiran motor halus anak.
            Selain daripada itu, permainan ini juga meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Tiada cara yang betul atau salah ketika bermain bulding blocks ini. Semasa mereka bermain, kanak-kanak akan merekacipta apa sahaja bentuk yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing. Bagi kanak-kanak 4-6 tahun, mereka lebih gemar bereksperimen dengan ‘Building Blocks’ ini. Semasa mereka bermain, mereka akan cuba mencipta satu rekaan yang menakjubkan dan menguji minda mereka.
 
MENUANG AIR DALAM BEKAS
UMUR                    : 3-4 TAHUN
MASA        : 20-30 MINIT
TUNJANG : PERKEMBANGAN INTELEK KANAK-KANAK
 
OBJEKTIF PELAKSANAAN :
*     Meningkatkan kemahiran berfikir secara logik iaitu sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya.
*     Membina kebolehan menyelesaikan masalah.
*     Berkeupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti,masa, sebab musabab dan isipadu
 
CARA PERLAKSANAAN
BAHAN /
PERBENDAHARAAN KATA
 
1)     Membawa kanak-kanak keluar kelas untuk bermain dengan air yang disediakan.
2)     Meminta kanak-kanak mengisi air ke dalam botol-botol dan bekas yang mempunyai pelbagai saiz lubang.
3)     Melihat bagaimana kanak-kanak mencuba berbagai cara untuk memenuhkan botol / bekas masing-masing
4)     Bertanya kepada kanak-kanak, “ bagaimana adik dapat memenuhkan botol / bekas itu dengan cepat?”
5)     Membantu kanak-kanak membandingkan botol/bekas mana mempunyai kuantiti air lebih banyak atau sedikit
6)     Menggalakan untuk kanak-kanak berfikir tentang cara untuk memindahkan air dari satu bekas ke bekas yang lain.
 
 
 
 
 
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
Menuang air ke dalam bekas yang berbeza saiz.
 
 
BAHAN:
*     Botol pelbagai lubang
*     Cawan plastik
*     Air secukupnya
*     Baldi
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
 
Botol pelbagai saiz
 
 
(GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN)
 
Baldi
 
 
PERBENDAHARAAN KATA:
*     Botol
*     Air
*     Cawan
*     Baldi
*     Bekas
 
 
 
SELEPAS PEMBELAJARAN :
*     Memberi pujian kepada kanak-kanak yang yang berjaya memasukkan kesemua air tanpa menumpahkanya dengan mengatakan “pandai”
*     Meminta kanak-kanak membantu mengemas kesemua alatan yang telah digunakan.
*     Membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir secara logik
 
 
 
 
BAGAIMANA PERMAINAN INI DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEK    KANAK-KANAK
 
Permainan menuang air dalam bekas dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak sedangkan bermain air merupakan salah satu permainan yang dianggap kurang mengembangkan perkembangan intelek kanak-kanak pada masa kini.
Selepas kanak-kanak bermain aktiviti ini, perkembangan kanak-kanak meningkat apabila kanak-kanak dapat membina kebolehan menyelesaikan masalah dan berkemampuan berfikir secara umum dan sangat sesuai untuk pembangunan konsep dalam matematik serta ilmu pengetahuan.
Salah satunya ialah belajar matematik. Kanak-kanak berkeupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, sebab musabab dan isipadu serta konsep-konsep matematik tertentu dapat dibina. Hal ini kerana mereka akan memasukkan air ke dalam botol yang berbeza. Contoh konsep matematik yang boleh dibina melalui menuang air ke dalam bekas ialah kosong dan penuh, berat dan ringan, cetek dan dalam, menghintung ukuran panjang dan sebagainya.
Kanak-kanak juga dapat berfikir secara induktif dan deduktif seperti menjelajah sifat-sifat air. Kanak-kanak berfikir secara induktif ialah mereka menggunakan fakta-fakta dan konsep untuk membina sebuah kesimpulan umum manakala berfikir deduktif adalah menyimpulkan fakta-fakta tertentu dan konsep yang menyokong prinsip am. Konsep boleh dibina tentang sifat cecair, menyatakan bahan-bahan, pencemaran, penyelesaian, dan sebagainya.
Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat mengembangkan kemahiran fizikal penggunaan kedua-dua otot besar dan kecil serta kemahiran yang diperlukan untuk menyelaraskan gerakan mata dan tangan. Kanak-kanak menggunakan otot besar seperti menolong guru angkat baldi ketika mengemas peralatan dan membersihkan kawasan air. Manakala koordinasi mata-tangan digunakan semasa memasukkan air ke dalam bekas yang berlainan.
 
 
KESIMPULAN
            Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan proses perkembangan intelek kanak-kanak. Pertama sekali, ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula.
            Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka. Untuk mempertingkatkan perkembangan intelek kanak-kanak, ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan intelek mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri-ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.
            Cadangan seterusnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, strategi pengajaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan latihan. Pemilihan strategi adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa murid. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan menjadikan proses P&P menarik dan berkesan.
            Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah kumpulan, kooperatif, inkuiri, dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses P&P lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu bijak melihat kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi yang menarik.
            Di samping itu, guru perlulah sentiasa merancang objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan objektif pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang pintar, objektif pembelajaran seharusnya lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang lemah. Dengan adanya perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap perkembangan intelek pelajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/individu_28.html/trackback

PAGE TOP