iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Last updated : September 24, 2014

Hadiah Cabaran iPhone 5s l Hadiah Utama ialah Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang dan hadiah saguhati berbentuk wang Tunai yang akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

Masa dulu tak ada gajet, semua pakat duduk depan tv paling tak pun mengadap muka makcik-makcik. Rumah nenek aku dekat je. Datang hari-hari bukannya setahun 2 kali. Sekarang bila aku pergi rumah nenek aku, aku mengadap handphone. Percaya atau tak, aku masuk, salam atuk (perempuan) aku dan sedara-mara semua, lepas tu aku baring dan main handphone. Itu memang style aku sejak hampir setahun lepas.

Disebabkan aku baru pakai handphone android sejak 11/9/2013, sehari selepas birthday dan konvokesyen aku.

Korang pernah tak tengok budak-budak kalau mak ayah dia tak layan dia, dia akan buat perangai. Nenek aku pun macam tu. Dia tak ada la buat perangai yang macam budak-budak buat, tapi aku nampak dia dingin. Dah masing-masing dengan gajet. Memang susah nak tinggal handphone. Dan lagi satu sebab, dia sakit, tapi sekarang dia dah okay dah sikit.

Nenek aku memang dah paham style zaman sekarang kalau anak dan cucu dia datang rumah, memang masing-masing tunduk. Ada gak dia bebel, tapi masing-masing buat tak tahu.

Bukan aku aje.

S. E. M. U. A

Korang pernah buat?

Aku tak tahu kenapa aku cerita semua ni sedangkan hadiah yang ditawarkan untuk contest ni, memang aku teringin sangat. Sebab free. Itu normal lah. Siapa tak nak iPhone beb! Bukan blogger je nak, yang tak ada blog pun teringin. Sebut sahaja brand Apple, terkedek-kedek ramai yang beratur untuk beli.

Sebab Utama Aku Nak iPhone 5s

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Korang tahu apa yang aku fikir sekarang ni? Aku kalau dapat gajet impian semua orang ni, aku akan jual. Itu perkara pertama yang aku akan buat. Lepas jual, duit yang aku dapat, aku akan beli hadiah untuk nenek aku. Hadiah apa? Itu rahsia. Kalau dia dapat, memanjang senyum.

Kenapa nak jual? Kan sayang…..

Sebab aku bukan jenis berduit. Nak beli “barang tu”, bukan seringgit dua ringgit. Dan lagi satu sebab, kalau guna handphone canggih-canggih, orang akan fikir kita ni jenis berduit. Padahal, hutang keliling pinggang. Contoh hutang secara tak langsung seperti kereta, PTPTN, dan rumah. Hehe. Siapa ada hutang ? Angkat tangan! Hehe

Aku bukan fanatik dengan gajet seperti handphone yang canggih-canggih. Kalau dapat free, aku sanggup buat apa je.

iPhone 5s gajet impian setiap blogger ini dianjurkan oleh denaihati.com dan ditaja oleh :

1. http://ejamothman.com/
2. http://www.eridy.com/
3. http://www.hilalazmi.com/
4. http://eizil.com/
5. http://alansarhealth.com/
6. http://www.syuhada1981.com/
7. http://www.diarymama.com/
8. http://pendekarberkuda.org
9. http://www.saji.my
10. http://abangensem.com
11. http://www.enveeus.com
12. http://www.pakarniaga.com/
13. http://anarm.net
14. http://www.daddydee.net
15. http://www.sunshinekelly.com
16. http://sweetkurma.com
17. http://awn.my
18. http://mawarmerah2008.com
19. http://www.blogieta.com/
20. http://www.broframestone.com
21. http://akmaomar.com
22. http://khairilmazri.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html/trackback

PAGE TOP