ISTIQAMAH ITU SUSAH

Bismillahirrahmanirrahiim… Mungkin tajuk ni satu doa, tapi memang itu yang aku rasa. Rasa penat pun ada. Kadang-kadang ada rasa macam nak undur 1 kaki ke belakang pun ada. Tapi aku ingat balik, awal-awal aku berubah sebab Allah. Takkan nak patah balik.

istiqomah-itu-susah-cik-amal

Bila masuk USM ni, ni lah dunia baru aku. Tak ada yang kenal dunia aku waktu dulu melainkan kawan-kawan zaman sekolah dan diploma. Yang rapat je tahu.

Kalau betul kau nak istiqamah, kau kena duduk dalam hutan. Dalam gua. Jangan bagi orang down kan kau disebabkan apa yang diorang cakap. Sebab itu adanya peralihan Safiey Ilias dan Uqasha Senrose. Sebab mungkin mereka dah penat. Kau patah balik pun orang menganjing, kau usaha bertatih ke depan 1 kaki pun orang menganjing. Sebab tu, kau kena pekakkan telinga.

Jangan tanya kenapa aku tak pilih seluar saiz 26. Jangan tanya kenapa aku tak ada boyfriend. Jangan tanya kenapa aku pakai tudung tutup dada. Jangan tanya kenapa aku beriya-iya beli stokin banyak-banyak. Jangan lah kau tanya kenapa. Sebab semua tu bukan aku nak.

Kadang-kadang aku rindu. Kadang-kadang, aku rasa bodoh. Apabenda kau, sampai nak kena pakai baju dua lapis, lepas tu sarung pulak handsock. Kau punya lah pakai berlapis-lapis, tapi tetap ada shape. Tetap tak betul. Tudung pun kau kena fikir jugak. Jarang ke tak. Labuh ke tak. Bila tak, kau pakai jugak. Tiap-tiap hari kau fikir benda yang sama, dan tiap-tiap hari jugak kau menyesal. Dah pakai stokin, lepas tu kau pakai slipper. Kau nak pergi berenang pun pakai stokin. Bila kau nak masuk dalam air, kau kena cepat-cepat buat keputusan. Nak masuk dalam air, nak tanggal ke tak stokin kau. Dan kau pun diam je. Mengharapkan orang lain cakap “Amal, better kau pakai stokin kau“. Mengharapkan orang cakap, “Amal, buang je nombor mamat tu“. Mengharapkan orang cakap, “Amal, kau tak pakai skaf rambut“. Mengharapkan orang cakap, “Amal, seluar kau ketat“.

Sampai aku fikir, apa aku buat, aku tak dapat apa. Tetap sama. Hari-hari aku usaha. Usaha untuk kekalkan. Usaha untuk tak menapak ke belakang. Walaupun banyak kali aku toleh-toleh ke belakang. Jeling-jeling. Sebab aku rasa, walaupun aku beriya pakai seluar jean saiz 29, sampai kena cerut dengan tali pinggang, aku tetap berjalan bogel. Aku tetap dapat dosa. Sama juga dengan benda lain.

Aku rasa macam nak buat semua benda. Nak handle semua hal kat dunia ni. Supaya aku busy dan tak fikir hal-hal lepas. Sebab Istiqamah itu susah. Dan aku tahu, aku kena bertahan. Aku kena pekakkan telinga. Aku kena tahu yang Allah ada perancangan lain untuk aku. Ya. Aku tahu ada. Aku cuma kena tunggu.

Aku harap, aku boleh bertahan untuk tunggu.

Aku sorang-sorang.

Dengan Allah.

istiqamah-je-jalan-allah-nak-berubah-copy

4 Comments

  1. Aliahsays: Reply

    Hy..sory tnye..its about ur tesis..awak dh tukar nombor fon ke sbb nk tnye lebih lanjut pasal tesis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/istiqamah-itu-susah.html/trackback

PAGE TOP