Jangan Ambil Tau Langsung Apa Yang Orang Nak Cakap

Semalam lepak dengan member. Ada satu ayat yang aku dengar “Biarlah diorang nak cakap apa pun. Tak sakit badan pun“. Ya. Tak sakit pun. Asalkan mereka tak sentuh hal keluarga, semua akan okay. Kau nak kutuk aku, nak cakap hal yang tak betul pasal aku, aku akan okay. Even perkara tersebut merupakan perkara yang betul, aku still okay. Betul lah kata mereka, badan tak sakit pun.

1 je tips nak bagi, jangan ambil tau langsung apa yang orang nak cakap. Kalau kau mulakan dengan ayat “Eh! Diorang cakap apa kat aku weyh?“, aku yakin lepas tu kau akan sakit hati. Jadi, kalau nak hati kau sihat dan boleh hidup lama, kau jangan ambil tahu. Asalkan kau da achieve apa yang kau nak, kau dah kira berjaya da. Aim matlamat, kejar sampai dapat, dan endahkan apa orang nak cakap.

Tapi.

Macam mana kalau apa yang kau buat tu salah, dan diorang cakap benda yang betul, takkan nak buat tak tahu je apa kata orang?

Hidup ni serba buat silap. Kalau kau tak tahu yang kau sedang buat silap hari ni, maybe akan datang kau akan tahu jugak. Cepat atau lambat je. Sebab tu bila kita tengok memories notification kat facebook, status-status kau masa 4-5 tahun yang lepas, kau rasa macam “Bodoh apa weyh buat status macam ni? Malunya weyh. Bodoh gila kot“, maknanya apa? Kau sedar silap kau waktu dulu. Lepas tu baru kau berhati-hati nak buat status kat facebook. Sama juga situasi yang lain.

jangan ambil tau langsung apa yang orang nak cakap

p/s: Goodluck jaga hati masing-masing 😉

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/jangan-ambil-tau-langsung-apa-yang-orang-nak-cakap.html/trackback

PAGE TOP