JANGAN BELAGAK DENGAN AKU PLEASE

Last updated : August 20, 2014
Wa takde smartphone. Jangan Tanya kenapa. Kang wa bantai.
     Fenomena smartphone ini kadang-kadang buat aku tension. Kenapa ? Tiap kali mulanya persahabatan, akan keluar lah soalan berbunyik sebegini “ada whatssup?”atau “jum whatssup”.  Eleh.. Nak mintak no phone aku lah tu.. okay abaikan.. Bila aku cakap takde tu menunjukkan aku ni perempuan yang tak hipokrit belagak kaya. Jadi jangan Tanya lagi kenapa tak pakai smartphone.
      “Kenapa tak pakai smarthone?”.. Heishh.. Kan tadi aku da cakap, jangan tanya lagi, kang aku bantai kang! Jangan nak belagak dengan aku. Kang handphone tu kena sumpah masuk dalam lubang jamban baru hang tau.
     Apa jenis handphone menjadi kegilaan perempuan manis macam aku? Muntah dengar perkataan perempuan manis? Pergi muntah tempat lain. wa taknak ini blog kotor. Handphone yang paling wa minat adalah “Handphone 3310”. Jangan gelak! Jangan gelak! Wa pukul nanti.
     Pernah aku berangan, masa dulang-dulang hantaran kawin nanti, lagi smart kalau letak handphone ni. Tak pernah dibuat orang lagi, apa kata nanti time kawin aku yang buat macam tu. Kalau suami aku malu nak bagi hantaran macam tu, cukup lah kalau malam pertama nanti dia hulur handphone ni sebagai tanda hadiah sebelum kami tidur. Saat ibu dengan ayah baca blog aku ni, aku agak mesti diorang kata aku gatal. Okay abaikan. aku tahu diorang tak suka. Aku dah ready nak kena peril.
Kenapa handphone 3310 ni lagi aku suka dari smartphone?

 

     Paling syiok bila kita tekan bintik bintik body 3310 untuk mesej dan ianya tersangat lah heaven! Begitu laju dan sedap. Mohon jangan otak kuning kalau baca blog ni. Aku tak bersedia lagi.  Kenapa aku kata laju? Cuba lawan taip mesej, agak2 mana yang selamat sampai dulu? Kenapa aku kata ianya sedap? Tersangat lah sedap untuk ditaip. Button yang direka sangat lembut dan rasa heaven gila kalau nak main mesej dengan tunang.

Setiap handphone ada kelemahan dan kekurangannya.. Kalau guna 3310, pun tak boleh online fb dan tak de mende mende canggih.. Aku cerita jer pasal handphone 3310 ni, padahal aku tak guna pun hp ni..sekarang aku guna hp sony cabuk buruk.

p/s : Aku lagi suka beli perfume dan kasut beratus ringgit dari buang duit ke handphone. Pelik tak ?

15 Comments

  1. handphone pertama akak waktu form 5,, 3310 gak..mmg best..smpai zmn matrik akak guna..org duk tgok pelik2 tp peduli ap..sy family susah, mane mampu nk beli hp canggih2 mcm sony taim 2 glamour ar…hahhaha

  2. Elok jugak… takde la ramai orang sibuk nak kacau. Whassap tue kan free, kang banyak jer tangan gatal nak kacau…

    Hey! nokia 3310 sekarang mahal okay? Antik dan rare… Kedai banyak dah tak jual. Kalau dia boleh letak phone nie atas dulang hantaran, memang bukan calang2 orang tue… Huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/jangan-belagak-dengan-aku-please.html/trackback

PAGE TOP